Rabu, 20 Mac 2013

OPS Daulat Gabung Aset 3 Cabang...Lanun Bakal Masuk Lubang...!



Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan tiga cabang perkhidmatannya -- udara, laut dan darat -- dalam Operasi Daulat bagi menggempur militan dari Sulu yang menceroboh negara ini.
Gerakan ofensif pasukan keselamatan pada 5 Mac itu dimulakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menggunakan jet penyerang F/A 18D Hornet disusuli pasawat Hawk yang menggugurkan bom.
F/A 18D Hornet yang merupakan pesawat pejuang penyerang moden mempunyai keupayaan melancarkan pengeboman dengan panduan laser ke atas sasaran yang telah ditanda di darat oleh komputer mudah alih yang dibawa unit-unit Pasukan Khas Udara (Paskau).
Serangan udara oleh TUDM itu diteruskan pasukan tentera darat dengan tembakan bertalu-talu daripada mortar 91mm ke atas kubu pengganas bertujuan melemahkan musuh dari segi kekuatan dan juga moral mereka.
Setelah menggempur melalui udara, pasukan darat mula begerak ke kawasan kubu musuh bagi menjalankan operasi susulan dan penggeledahan untuk memburu saki-bakipengganas.
Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ahmad ZakiMokhtar berkata, pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai berantaiAdnan yang mampu bergerak di atas pelbagai bentuk muka bumi.
ACV300 itu dijangka memberi kelebihan kepada pasukan penggempur tentera kerana senjatanya dikawal oleh komputer dan sistem optik untuk penyelasaran tembakan lebih canggih dan stabil serta dilengkapi alat pandang malam.
Tidak kurang penting dalam Operasi Daulat ialah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengawal perairan negara bagi memastikan tiada penceroboh yang masuk atau meloloskan diri.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pula berkata, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang TLDM akan tiba di Lahad Datu secara berperingkat.
Penggunaan aset ketenteraan oleh ATM dalam menangani krisis pencerobohan pengganas dari Sulu itu memberi mesej jelas kepada musuh bahawa Malaysia tidak akan bertolak ansur dalam soal kedaulatan negara.
Menurut seorang penganalisis pertahanan, penggunaan aset perang konvensional ke atas pengganas Sulu yang menggunakan taktik perang gerila dilihat lebih kepada 'power projection' atau paparan kekuatan ke atas mana-mana musuh yang mempunyai niat tidak baik terhadap Malaysia.
"Power projection dalam keadaan aman dibuat melalui latihan ketenteraan seperti 'Eksesais Halilintar' yang dijalankan di Langkawi membabitkan lebihkurang 10,000 tentera," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, kebanyakan orang awam tidak memahami operasi tentera dan mengkritik taktik yang diguna pakai pasukan keselamatan semasa menggempur pengganas Sulu di kawasan Kampung Tanduo.
Nyawa tentera atau polis bukan murah untuk dihantar terus secara berhadapan dengan pengganas Sulu yang berjumlah antara 100 hingga 200 orang, katanya.
"ATM merupakan pasukan yang mempunyai pengalaman perang gerila yang sangat meluas, begitu juga pengganas Sulu. Kesilapan musuh adalah kerana merekamenyangka pertempuran ini sama dengan pengalaman perang mereka di tempat sendiri," katanya.
Pengganas Sulu tidak mengambil kira sokongan rakyat terhadap kerajaan dankeupayaan TLDM untuk mengadakan sekatan-sekatan di lautan terutama bagi mengekang kemasukan bekalan senjata dan peluru untuk musuh, katanya. - BERNAMA
SEMENTARA ITU DILAPORKAN JUGA...
Lebih 100 orang yang ditahan berkaitan dengan pencerobohan bersenjata Sulu di Kg Tanduo kira-kira 135km dari sini sejak 12 Februari lalu berkemungkinan akan berhadapan dengan tuduhan di mahkamah tidak lama lagi.
Mereka yang ditahan termasuk lelaki bersenjata, anggota beruniform dan penduduk kampung masing-masing disyaki kemungkinan mempunyai secara langsung atau tidak langsung bersubahat dengan lelaki bersenjata Sulu.
Sehingga Selasa, seramai 107 orang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (Somsa) dan lebih 243 orang lagi untuk pelbagai kesalahan lain termasuk Akta Imigresen dan Akta Pendaftaran Negara.
Sebahagian daripada mereka telah ditahan di dalam kawasan OpS Daulat yang mana pasukan keselamatan melancarkan serangan udara dan artileri secara ofensif pada 4 Mac untuk mengusir pengganas daripada Kg Tanduo sebelum ia menular ke arah kawasan kampung di Tanjung Labian.
Lain-lain yang ditahan di Lahad Datu, Semporna, Kunak, Sandakan dan bahagian-bahagian lain di negeri ini.
Ketua Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, suspek disiasat bagi pelbagai kesalahan termasuk memiliki senjata berbahaya, dokumen peribadi yang mencurigakan dan antara lainnya memasuki negara ini secara haram.
Beliau menjelaskan bahawa Somsa (yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri) digunakan bagi siasatan dan dakwaan yang akan difailkan di bawah Kanun Keseksaan.
Sementara itu, pertempuran bersenjata berterusan antara pasukan keselamatan dan pengganas Sulu di kawasan Kg Tanjung Batu di mana polis menganggarkan kurang daripada 50 lelaki bersenjata masih bersembunyi di antara rumah papan di kampung di mana penghuninya telah pergi ke tempat lain untuk menyelamatkan diri.
Beliau berkata, Pengangkut Berperisai (AVC 300 Adnan) memasuki Kg Tanjung Batu pada Selasa untuk ‘membersihkan’ kawasan baki pengganas dan ancaman lain.
Hamza menjelaskan, AVC 300 mempunyai mobiliti yang lebih baik berbanding dengan kereta kebal tentera sebelumnya dan boleh mempunyai akses lebih baik dalam zon operasi.
"Kami lebih bersedia sekarang dan kita menjangka untuk melengkapkan pembersihan kawasan Tanjung Batu dalam tempoh 24 jam akan datang," katanya.
lu fikir la sendiri!!!

    2 ulasan:

    1. KEHKEHKEH JGN KASI CHAN KT PENGGANAS TU SEMUA..JGN TINGGALKN WLU SEKOR PUN..KASI TEBAS SMPI HABIS..YEZZEKKK

      BalasPadam
    2. kalau dia bersembunyi dalam rumah,suruh "ADNAN" tembak rumah tu.
      tak pe.rumah tu krajaan boleh ganti kemudian.
      nyawa anggota keselamatan tak boleh ganti.

      BalasPadam