Sabtu, 30 Mac 2013

SATU LAGI JANTAN DALAM HIDUP ANWAR...!


Apa pulak si Yuktes nak buat lagi..!!! Kasi pening Aljub ler..!

Bekas pembantu kepada peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay dalam kes liwat merancang untuk berjumpa Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi meminta maaf.

Katanya, dia berharap dapat bertemu Mohd. Saiful Bukhari secara peribadi, secepat mungkin untuk turut menyatakan kesediaan membantunya.

Yuktes berjanji akan membantu bekas pembantu peribadi Anwar itu dalam memperjuangkan nasib berhubung kes liwat berkenaan kerana percaya Mohd. Saiful Bukhari telah dianiaya.

"Saya mahu segera berjumpa dia dan meminta maaf secara peribadi kerana saya telah melakukan kesalahan dan berada di pihak yang salah sebelum ini.

"Saya mahu berbincang dan melihat apa yang boleh dibuat di mahkamah rayuan berhubung perkara itu (kes liwat)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan terbukanya di akaun Twitter hari ini yang memohon maaf kepada Mohd. Saiful Bukhari.

Bercakap mengenai perkara lain, Yuktes turut menyatakan kebimbangannya kerana sering diekori oleh beberapa individu setelah menarik diri daripada pasukan peguam bela kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari.

"Saya seperti diperhatikan dan diekori oleh beberapa individu yang menaiki kereta Myvi hitam," ujarnya.

Pada 13 Mac lalu, Yuktes telah mendedahkan beberapa 'cerita dalaman' berhubung kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari menerusi dua pucuk surat terbuka yang boleh diakses menerusi beberapa laman blog terutama di http://www.anwaraidc.com dan http://www.mynewshub.com. - UTUSAN ONLINE

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

3 ulasan:

  1. Hati2 pada si Yuktes ni. Dia ni tali barut PKR. Pelik juga bila tiba2 uTurn. Jangan tertipu.

    BalasPadam
  2. Azlan bole dpt juta2 RM? Sedangkan dia yg berhempas pulas membela Anwar dpt ciput je? Nak memerangkap Saiful? Nanti bole u-turn bila dah dpt maklumat dr Saiful? Hati-hatilah Saiful.

    BalasPadam
  3. .
    .
    .
    Biar dia jumpa Saiful & mohon maaf.
    Perjumpaan hendaklah diatur dalam sidang akhbar.
    Perjumpaan tertutup juga mesti ada dua orang peguam lain bersama Saiful.
    Tiada yang terselindung.
    Skrip jalan cerita ramai sudah ada sinopsisnya.
    Kita faham akan hala tuju.
    Matlamatnya hanya satu - liang lahatkan politik Al-Jubs yang akan menjadi lagenda kotor politik orang melayu selamanya.

    Bangsat yang terbilang - Anwar Ibrahim.


    .

    .

    .

    BalasPadam