Siapa wanita ini? apa kena mengena wanita ini dengan hidup setan kiram? apa pulak wanita ni boleh menyebabkan setan Kiram bunuh diri? cuba baca kat bawah ni..
Kerajaan Filipina sedang mengkaji kemungkinan mengadakan proses ekstradisi Sultan Jamalul Kiram ke Malaysia bagi menghadapi pertuduhan jenayah, kata Setiausaha Hakim Leila De Lima, Khamis.
Walau bagaimanapun, De Lima berkata keutamaan diberikan terhadap pertuduhan yang mungkin dikenakan terhadap Sultan yang akan difailkan di sini kerana melanggar undang-undang Filipina.
"Kami akan mengkaji (ekstradisi) tetapi keutamaan kami sekarang adalah memfailkan kes di sini. Kami tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia tetapi mungkin terdapat beberapa mekanisme supaya ia dimasukkan ke dalam kajian," kata De Lima kepada pemberita.
Sementara itu YAB PM dalam sidang akhbar semasa kunjungan beliau ke Felda Sahabat di lahad Datu tadi juga berkata...
LAHAD DATU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahagian timur Sabah meliputi Kudat, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau sebagai 'kawasan keselamatan khas' bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.
Menurut beliau lima batalion terdiri daripada pasukan polis dan tentera akan ditempatkan di bahagian berkenaan bagi memastikan kawasan tersebut kekal aman tanpa pencerobohan.
Lima bahagian yang diumumkan Perdana Menteri itu membabitkan kawasan operasi pembersihan saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 9 Februari lalu.
"Kawasan Keselamatan Khas ini berpusat di Lahad Datu yang akan menjadi pusat perintah yang menempatkan beberapa kabin sementara supaya ia dapat berfungsi dengan segera," katanya pada sidang media selepas meninjau dan mendengar taklimat berhubung Op Daulat di sini, Khamis.
Anwar tercekik tulang ker?
tahniah PM..kami sokong pengumuman bahagian timur Sabah meliputi Kudat, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau sebagai 'kawasan keselamatan khas' bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini. Lepas ini jgn benarkan satu pun bot dari sulu melintasi sempadan negara..sdh byk peluang kita bagi pd mereka. Hapuskan semua lanun ini dan hapuskan juga "lanun jual rokok seludup" secara terbuka yg bersepah2 d bandar2 yg trdapat d sabah...terutama d kk
BalasPadamSokong sangat tu...memang pun...Jika melawat kepekan - pekan tersebut macam berada di Jolo....Hapus terus kerabat pengganas Kiram ni... Yang ada gelaran pun kena siasat dan yang ada nama Kiram pun kena siasat kalau boleh lucut Mykad mereka dan serah balik kepada Filipin.... Orang Lahad Datu nak tidur pun susah.... Oleh Anak Lahad Datu.
BalasPadamteruskan usaha tegas ini ...rakyat akan berdiri teguh dibelakang PM
BalasPadam