Ayat 120 surah Al Baqarah menjadi panduan umat Islam sepanjang masa akan ancaman yang sentiasa datang dari puak-puak pelampau evangelis Kristian.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).
Ini kita kena yakini. Jangan kita terpesong dengan tafsiran yang cuba menyesatkan umat dengan mengatakan bahawa orang-orang Kristianlah yang sebenarnya dekat sekali kasih mesranya terhadap orang Islam dalam mendepani asakan pelampau evangelis Kristian dengan mengambil ayat 82 surah Al Maaidah. Inilah hujahan di luar konteks yang cuba dibawa oleh Asri MAZA tanpa melihat keseluruhan ayat tersebut serta sebab turunnya. Berhujah di luar konteks menjadi kegemaran MAZA. Baca: Asri Ni Dia Tak Faham Atau Dia Rasa Terlalu Pandai?
Yang dimaksudkan orang Nasrani yang dekat kasihnya dengan orang Islam ialah kerana mereka dan pendita mereka yang jujur, apabila mendapat seruan dakwah mereka terus memeluk Islam bukannya berterusan memusuhi Islam. Itulah kisah yang disebut tentang Raja Najasi Habshah. Baca: Orang Nasrani Yang Dekat Sekali Kasih Mesranya Kepada Orang Islam 
Begitulah pengajaran untuk kita bahawa pelampau evangelis Kristian sememangnya jahat dan berniat jahat. Mereka hanya berpura-pura dalam apa-apa helah yang mereka berikan. Baca: Niat Puak-puak Gereja AMAT JELAS
seminar kristologi uitm 6mei2014Sebab itu, apabila UiTM menganjurkan Seminar Kristologi & Kalimah Allah Nusantara pelampau-pelampau Kristian tidak henti-henti menggasak dan menyerang. Baca: UiTM seminar accused of whipping up anti-Christian sentiments danGerakan Kristianisasi: Muslim Malaysia diasak bertubi-tubi.
UiTM melaksanakan tanggung jawab mereka untuk memberi kefahaman tentang ancaman pelampau evangelis dan sememangnya kita semua wajar sokong usaha murni sebegini. Dan wajarnya kita memahami serta SENTIASA MEWASPADAI rencana jahat evangelis Kristian.
Sebab itu sebagai Timbalan Perdana Menteri yang prihatin dengan isu-isu ini serta cakna dengan ancaman sebegini TS Muhyiddin memberi jawaban yang tuntas apabila diserang dengan soalan berkaitan seminar tersebut di Parlimen semalam … “satu perbincangan akademik yang perlu dilihat secara positif”.
“Ia hanya usaha untuk mempertahankan identiti orang Islam dan memahami cabaran yang dihadapi mereka, terutama mereka yang keliru ekoran isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam,”
Inilah sikap seseorang yang jelas nampak bersungguh mempertahankan kesucian Islam dan membela umatnya “TPM: Bendung liberalisme, pluralisme” ketika merasmi Wacana Ahli sunnah wal jamaah anjuran MUAFAKAT bulan lepas.
Berbeza pula dengan sikap yang ditunjuk oleh orang yang dahulunya petah melaungkan pelbagai slogan perjuangan Islam namun kini dilihat lebih bersungguh membela pelampau evangelis Kristian.
Anwar-bela islam jijikKita lihat komen Anwar Ibrahim apabila satu seminar yang hampir sama dengan seminar di UiTM diadakan dua tahun lalu oleh Pejabat Mufti Johor. Seminar bertujuan untuk memberi kefahaman kepada para guru Melayu Islam agar dapat membimbingi murid mereka dalam mewaspadai rencana jahat Kristian. Anwar mengatakan seminar itu JIJIK!
Bagaimana mungkin “pejuang Islam” menghina usaha murni ‘amr ma’aruf nahi mungkar. Sudah pastilah ini sikap seseorang yang memusuhi usaha dakwah atau telah menjadi boneka yang tunduk kepada “tuan” mereka.
Sebab itulah komen-komen Anwar sentiasa menyebelahi pelampau evangelis dalam isu-isu sebegini. Dalam isu kalimah Allah, Anwar galak menyebelahi pelampau Kristian dalam tuntutan mereka – baca: Isu Kalimah Allah: Bodohnya Anwar Ibrahim! dan Isu Kalimah Allah: Anwar Ibrahim vs. Pope Benedict XVI.
Dan Anwar berpendirian bahawa Azlina Jailani patut dibenarkan murtad – baca:Anwar: Lina Joy Patut Dibenarkan Murtad!
Sikap sebegini datangnya dari pegangan agamanya yang menerima semua agama sebagai sama – PLURALISME AGAMA. Baca: Kemuncak Anutan Pluralisme Agama Bagi Anwar Ibrahim? Malah Anwar Tidak Peduli Apa Orang Kata (baca: klik) yang dia seorang Pluralis tegar.
Malah manusia seperti Anwar, ketika memberi penghormatan semasa pengkebumian Karpal Singh, sanggup membohongi hadith apabila dia menyamakannya “tunduknya” dengan apa yang dilakukan Nabi s.a.w.
Itulah bezanya seorang dilihat membela Umat Islam dan seorang lagi dilihat membela pelampau evangelis Kristian.