Sabtu, 7 Jun 2014

Siapa Yang Puad Bela..?


Yang tak jelas memahami isu ini diharap dapatkan hujah kedua dua pihak..! baca, faham dan nilaikan..! Jangan sampai kita terjebak kedalam keranda puak kapitalis yang sentiasa memancing orang Melayu dan umat Islam agar sentiasa dipesongkan dari mendapat fakta sebenar..!

Baca sejauhmana bahaya nya puak kapitalis di sini dan sini. Sedangkan seperti mana yang dinukilkan oleh Sdr Zulkifli Jalil bahawa kita dituntut untuk…

HARUS diteliti dahulu bahasa undang-undang yang memberi kuasa kepada raja dalam pentadbiran di Johor seperti mana yang didakwa.

Raja memang mempunyai kuasa dalam beberapa bidang terutama dalam hal ehwal Islam dan agama.

Tetapi untuk campur tangan dalam pentadbiran negeri tidak boleh dilakukan sebab sistem berasaskan pada perlembagaan dan pentadbiran adalah menerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Justeru, konotasi atau bunyi bahasa kononnya bukan kuasa raja dalam pentadbiran, ia perlu dilihat dahulu sebelum didebatkan.

Dalam hal ini, pakar perlembagaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim dalam komen ringkas kepada penulis meminta semua pihak melihat dulu apa bahasa digunakan untuk memberi kuasa pentadbiran kepada raja.

"Berhubung kepentingan hak-hak keistimewaan orang Melayu, latihan serta biasiswa untuk Melayu, ia dibenarkan di bawah Perkara 153 Perlembagaan dan boleh dipakai di negeri. Terpakai di semua negeri sebab tergantung pada Perlembagaan.

"Umum mesti melihat bahasa dan klausa yang digunakan di Johor itu nanti. Kita tidak boleh serkap jarang kononnya raja tidak mempunyai kuasa dalam perkara bersabit kepentingan Melayu.

"Tinggal lagi kalau itu diberikan oleh DUN, ia mesti berimbang dengan kuasa rakyat. Ini berbeza dengan kuasa mengampun, agama Islam atau menggubal akta di negeri masing-masing," kata Penasihat Sosio Budaya kerajaan itu.

Raja berperlembagaan perlu disabitkan kepada raja yang mementingkan keadilan dan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara. Raja berperlembagaan tidak seharusnya menjadi benteng atau halangan kepada raja-raja Melayu untuk menegaskan pendapat dan kewibawaan baginda dalam perkara-perkara yang pada hemat baginda adalah bagi kepentingan negara.

Antaranya, yang begitu menjadi perhatian umum sekarang ialah penyatuan umat Melayu Islam. Kebijaksanaan, kewibawaan dan ketegasan baginda sangat diperlukan bagi memastikan masalah perpecahan tidak akan memudaratkan negara.

Dalam pengalaman negara jiran yang begitu kukuh dengan sistem beraja, Raja Thailand contohnya pernah mendepani protes pelajar ketika tindakan keras ke atas komunis. Raja Thailand telah dapat menangani protes itu. Selain itu, Raja Thailand terpaksa mendepani situasi politik negara yang begitu hebat sehingga berbelas pengambilalihan kuasa politik terjadi di Thailand.

Dalam mendepani isu sebegitu, sudah tentu seandainya tanpa kebijaksanaan dan kewibawaan, institusi raja di negara Gajah Putih itu juga akan tercalar.

Nepal dahulunya sebuah negara Hindu Monarki yang kemudian melupuskan sistem beraja dan membentuk negara sekular republik pada 2008. Antara menyumbang kepada pemansuhan institusi raja dan agama di negara itu kata penganalisis kerana tiadanya kewibawaan raja yang memerintah.

Sistem monarki dan berperlembagaan tidak patut dijadikan alasan menyekat sumbangan raja kepada negara. Melonjakkan kredibiliti sebagai raja; mendekatkan diri dengan masalah rakyat serta meningkat taraf hidup rakyat adalah juga boleh ditakrifkan sebagai maksud tersirat dalam raja berperlembagaan.

Cuma, seperti kata Rais, kita harus tunggu apa bahasa hendak digunakan oleh pihak berkaitan di Johor. Ada baiknya draf berkenaan diperlihatkan kepada pihak-pihak berkepentingan di Johor.

Sekarang kita hanya mendengar sosek-sosek itu dan ini di Johor. Masih samar-samar draf undang-undang yang tidak ketahuan umum. Dan meskipun dalam pentadbiran biasa hakikatnya tidak boleh campur tangan Sultan sebab kuasa itu telah diserahkan kepada pihak-pihak bertauliah dan perlembagaan negeri.

Makanya terdetik jugak kita kenapa Puad dan sekutunya utusan begitu beriya iya menolak dan menyanggah usul yang menerbitkan perkongsian kuasa antara Sultan@ Raja Raja Melayu dengan pihak Kerajaan negeri Melayu..!

Seperti yang ditegaskan oleh YAB MB bahawa jauh dari kemelut yang cuba dicetuskan oleh puak ini ialah bagaimana Rang Undang Undang ini bakal mampu bertegas dan melindungi hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera keatas kedaulatan tanah serta bertegas dengan dilindungi undang undang untuk mempastikan perumahan kos rendah dan sederhana yang menjadi keperluan kita bangsa Melayu dapat dilaksana dengan jaya dan segera..!!!

Jadi siapa agaknya yang berdiri dibelakang, kiri, kanan dan depan puak ni?

Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Term ini terakhir bagi Fuad sebagai MP.

    BalasPadam
  2. Kalau semua pihak memntingkan rakyat ,sistem sekarang pun tak ada masalahnya.MB kata dia tetap jadi pembuat keputusan,kalau macam tu apa guna lagi enakmen baru?.Belajar lah dari sejarah.

    BalasPadam
  3. Baguslah PEMUDA UMNO/UMNO Johor mempertahankan YM Tuanku Sultan Johor kita mcm. ni - dan harapnya akan NYAHkan terus mana-mana si puak Islam/melayu LIBERAL-PENYANGAK dlm PEMUDA dan MT UMNO! Akibat PENGKHIANATAN si Islam/Melayu LIBERALlah, yg. terus menyebabkan BUMIPUTERA Islam/Melayu masih ramai hidup dlm. kemiskinan sampai terpaksa jual TANAH PUSAKA nenek moyang kat si KAPIRDAJAL termasuk org. asing! Tapi si LIBERAL ni asyik nak cakap psl. nak jadikan Tanah Melayu ni negara maju dan tandatangan TPPA-ZIONIS-JAHANAM tu!

    Sebenaqnya demokrasi dan “equality & liberty" (hak asasi KESAMAAN dan KEBEBASAN) yg. menghasilkan Republik-Republik Peranchis/Russia dgn. MEMBUNUH Raja-Raja Katolik Raja Peranchis dan Tsar Nicholas II, dgn. amat BUAS, adalah dicipta si Yahudi ZIONISDAJAL, utk. meletakkan kuasa Syaitan (sbg. tuhan mereka) SAMA dgn. kuasa ALLAH SWT kita; dan "evil is EQUAL to good" - sebab itu perangai-mcm-haiwan-buas, termasuk bebas SEMUTLAKnya, jadi si GAY/KAPIRDAJAL/PEMBUNUH/PEROMPAK, makin digalakkan puak SYAITAN-gila-SODOM ni! Raja- Raja Katolik ini dibunuh dgn. amat kejam, bersama seluruh keluarga dan sanak saudara mereka oleh si puak SODOM ZIONIS ini, yg. juga terus menguasai Vatican, kerana Raja-Raja Katolik/Vatican ini adalah penjaga agama Katolik (yg. asasnya juga mengharamkan budaya SODOM – sebab itu puak Vatican yg. sudah dikuasai Yahudi ZIONIS sepenuhnya sekrg., nak menghalalkan budaya ini secara rasmi)!

    “Declaration of Human Rights” (Deklarasi Hak Asasi Manusia) yg. PERTAMA, sebenaqnya bukan lahir selepas Perang Dunia Kedua di PBB (UN) tapi waktu "French Revolution" yg. amat BUAS dlm tahun 1789, yg. adalah diketuai/dibiayai Yahudi ZIONIS plg. DAJAL, Rothschild, yg. kemudiannya menubuhkan Israel dgn. membunuh BUMIPUTERA ISLAM Palestin dlm. GENOSID yg masih BERTERUSAN - sebagai permulaan kepada objektif utama Yahudi ZIONIS, untuk menubuhkan Satu Kerajaan Dunia (di bawah “New World Order”) , dgn. menawan seluruh Barat (yg. sudah dicapainya, melalui penubuhan EU/NATO dan perkahwinan puak Yahudi Zionis ini , terutamanya dari Empayar Rothschild, dgn. Raja-Raja/pemimpin penting Barat), dan seterusnya menawan Dunia Islam di abad ini, termasuk Arab Saudi, yg. kaya minyak-gas-minerals, bermula dari Palestin, dan untuk MENGHANCURkan MEKAH/KAABAH (untuk memahami sejarah dan agenda puak Yahdi Zionis ini, lihat di - http://vigilantcitizen.com/hidden-knowledge/the-order-of-the-illuminati/ , The Order of the Illuminati: Its Origins, Its Methods and Its Influence on the World Events, Dec 12th, 2012; dan di http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html , Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel, by Bill Woollam)!

    Oleh kerana itulah si Barat-ZIONIS ingin menghancurkan KEDAULATAN dan KUASA Raja-Raja ISLAM/Melayu sebagai PENJAGA ISLAM/umatnya, di seluruh Dunia Islam – dgn. menggunakan falsafah dan undang-undang demokrasi dan “equality & liberty" (hak asasi KESAMAAN dan KEBEBASAN) si Barat-ZIONIS ini!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    BalasPadam
  4. Membawa sekali pihak sultan bersama-sama pihak MB menjadi pentadbir negeri adalah satu kesilapan, kerana apabila berlaku sebarang kelemahan pentadbiran sultan juga akan mudah menjadi sasaran untuk di kritik dan dieksploitasi kedudukannya dan imej sultan akan tercemar . contoh sultan pahang dengan FAM . sekiranya kelemahan menjadi semakin buruk maka rakyat akan tidak menghormati sultan malah memberi ruang untuk menderhaka. ketika itu jangan salahkan rakyat . Sebenar sultan menjadi penaung negeri dan negara mesti dijaga bukan membuat kerja-kerja rakyat yang terdedah untuk di kritik sekiranaya berlaku kelemahan . Sepatutnya mengenai isu jual tanah dan lain-lain isu salah laku sehingga banyak tanah melayu dan tempatan terjual pada orang asing perkara tidak akan berlaku sekiranya pihak berkuasa dan bertangjungjawab,seperti MB dan kerajaan negeri tegas , amanah , berintegeriti , iklas , takutkan allah dan utamakan rakyat dan negeri johor dalam menjalankan kewajipan . melainkan ada perkara lain dan ada kuasa lain yang MB tak mampu nak kawal ada berlaku yang kami rakyat tak tahu

    BalasPadam
  5. Menang sorak tanah tegadai

    BalasPadam
  6. Dah berapa billion tergadai? Sedarlah orang Johor.

    BalasPadam
  7. puad bkn MP pun..kalah di Batu Pahat..sbb 2 nak jd hero kot....sptutnya bncg dlu dgn kerajaan johor dan masuk mghadap baginda sultan..

    BalasPadam