Selasa, 12 April 2016

1MDB ~ Najib Patut Letak Jawatan..!


Kata Muhyiddin lagi..Itu pun kalau ada maruah ler..!

33 mins

KENYATAAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN BERHUBUNG LAPORAN PAC MENGENAI 1MDB
1. Saya telah tegaskan dari awal lagi bahawa penubuhan 1MDB adalah tidak perlu. Dengan struktur modal hanya RM1 juta dan hutang RM42 bilion, model perniagaan 1MDB tidak mapan dan akhirnya menjadi beban kepada negara. Saya juga telah menasihati Dato’ Seri Najib supaya beliau tidak menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB kerana ia tidak wajar. Saya menyatakan agak luar biasa sebuah syarikat mempunyai Lembaga Penasihat.
2. Saya juga pernah menzahirkan kebimbangan saya mengenai masalah aliran tunai syarikat yang amat teruk sehinggakan tidak mampu membayar hutang. Juga mengenai pelaburan yang mencurigakan tanpa dibuat due diligence sebelum perjanjian dimaterai.
3. Saya juga mempersoalkan pelan rasionalisasi 1MDB yang belum tentu dapat ditunaikan. Malah penjualan aset-aset 1MDB tidak menjamin boleh menyelesaikan hutang-piutangnya yang bukan semakin berkurang tetapi meningkat kepada RM50 bilion. Saya juga telah meminta seluruh ahli Lembaga Pengarah dipecat dan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka. Baru kini mereka meletak jawatan.
4. Laporan PAC mengesahkan segala pandangan dan kebimbangan saya mengenai 1MDB. Najib nampaknya bersedia menerima laporan PAC, tetapi malangnya dia telah menghukum saya apabila saya menyuarakan hal yang sama di dalam kabinet. Hari ini penyokong-penyokong Najib mencanang bahawa nama Najib telah dibersihkan oleh PAC dan meminta rakyat terus bergerak ke hadapan dengan melupakan episod hitam penyelewengan 1MDB. Mana mungkin? Berapa kali dalam laporan PAC disebut Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, iaitu Najib.
5. Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB tidak membebaskan Najib daripada dakwaan penyelewangan. Sebaliknya laporan PAC mendedahkan mengikut Artikel 117 Memorandum dan Artikel Penubuhan 1MDB, sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Najib terbabit secara langsung membuat keputusan-keputusan penting berkaitan komitmen kewangan syarikat, termasuk pelaburan. Justeru, tidak hairanlah sepertimana yang dilaporkan oleh PAC, pihak pengurusan 1MDB banyak membelakangkan arahan Lembaga Pengarah syarikat dalam melaksanakan usahasama dan pelaburan kerana kuasa tersebut terletak di tangan Perdana Menteri. 
6. Antaranya ialah keputusan Lembaga Pengarah meluluskan pemindahan sebanyak USD1 billion ke dalam akaun bank syarikat usahasama 1MDB Petrosaudi Ltd. Pihak pengurusan hanya memindahkan sebanyak USD300 juta ke dalam akaun bank 1MDB Petrosaudi Ltd, manakala baki sebanyak USD700 juta dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star Limited milik Taek Jho Low, iaitu kenalan rapat Najib.
7. Sepertimana yang dilapor dalam hansard prosiding PAC, mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral mengesahkan pemindahan wang berjumlah USD1 bilion untuk usahasama dengan PetroSaudi Ltd telah mendapat kelulusan bertulis daripada Perdana Menteri. Saya percaya pihak pengurusan 1MDB juga menerima arahan daripada Perdana Menteri dalam membuat keputusan-keputusan pelaburan berisiko tinggi yang tidak masuk akal. Antaranya ialah keputusan untuk melabur sejumlah USD2.318 bilion dalam Segregated Portfolio Company (SPC) melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC, iaitu sebuah syarikat yang baru sebulan ditubuhkan, tiada lesen sebagai pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar. Begitu juga dengan dana berjumlah USD3 bilion yang sepatutnya digunakan untuk projek pembangunan TRX tetapi telah dipindahkan kepada 1MDB sebanyak USD 1 bilion, kepada 1MDB Energy Ltd sebanyak USD 28.85 juta, kepada Brazen Sky Ltd sebanyak USD 1.5 juta dan pelaburan di luar negara sebanyak USD1.58 billion.
8. Penyelewengan dalam 1MDB telah menyebabkan syarikat ini gagal menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar hutang. Malah 1MDB terpaksa meminjam wang untuk membayar hutang yang telah meningkat secara mendadak daripada RM5 bilion pada tahun 2009 kepada RM50 bilion pada tahun 2016. 1MDB memerlukan RM3 bilion setahun untuk membayar faedah ke atas hutang sahaja. Dengan kebanyakan aset 1MDB telah dijual dan pelaburan yang mencurigakan, berkemungkinan besar kerajaan terpaksa menanggung segala hutang syarikat. Saya amat bimbang beban onar 1MDB akhirnya akan terpaksa ditanggung oleh rakyat.
9. Antara skop laporan PAC ialah untuk menentukan samada wang hasil pelaburan 1MDB di Cayman Islands berjumlah USD2.318 bilion sudah dibawa balik ke Malaysia. Malangnya, PAC gagal menyatakan perkara ini dengan jelas. Tidak dapat juga dipastikan ke mana perginya wang USD700 juta dan USD330 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Good Star Limited milik Jho Low; USD3.51 bilion yang dibayar kepada Aabar Investment PJS Limited; USD940 juta dalam bentuk 'unit' yang dikatakan disimpan dalam Bank BSI di Singapura; dan USD1.56 bilion yang dilabur dalam 1MDB Global Investments Ltd. Kesemuanya berjumlah USD7 billion (RM28 billion).
10. Terbaharu, International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi menafikan syarikat tersebut atau unitnya Aabar Investment PJS telah menerima USD3.5 bilion daripada 1MDB menerusi Aabar BVI sepertimana yang dilapor kepada PAC. IPIC juga menafikan mereka ada sebarang kaitan dengan 1MDB. Ini suatu pendedahan yang amat memalukan. Ia suatu penipuan. Jika IPIC tidak menerima sebarang bayaran daripada 1MDB, ke mana perginya wang ini? Kegagalan untuk memastikan ke mana perginya wang ini mengukuhkan lagi pandangan saya sebelum ini bahawa 1MDB sejak dari awal lagi adalah satu skim untuk menipu. 
11. Jadi kepada menteri-menteri kabinet dan Najib sendiri yang menganggap penyelewengan 1MDB telah selesai dan namanya telah dibersihkan, seraya mengajak rakyat supaya bergerak ke hadapan, janganlah anda cuba bersandiwara atau mengalihkan isu. Rakyat tidak akan lupa puluhan bilion wang negara telah diseleweng. Orang yang mencuri ayam pun ditangkap dan didakwa. Masakan individu yang mencuri puluhan bilion wang negara terlepas begitu sahaja?
12. PAC telah memperakukan supaya bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral, disiasat oleh pihak berkuasa. Saya menggesa supaya pihak berkuasa segera membuat siasatan dan Datuk Shahrol mestilah menyatakan perkara yang sebenar. Siasatan mengenai aliran keluar wang 1MDB yang masih belum terjawab juga perlu diteruskan.
13. Tanpa memperkecilkan laporan PAC, penyiasatan yang dijalankan ke atas 1MDB tidak konklusif. T maklumat-maklumat penting berkaitan pelaburan luar negara yang tidak dapat ditentukan kesahihannya. Apa lagi ia telah menyebabkan kerugian bernilai berbilion ringgit kepada IMDB seperti usahasama dengan Petrosaudi. Sebenarnya Najib bertanggungjawab sepenuhnya di atas penyelewengan 1MDB. Sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang berkuasa membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan syarikat, dia tidak boleh mencuci tangan dengan meletakkan semua kesalahan ke atas Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan syarikat.
14. Gesaan saya selama ini supaya Najib meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB ternyata berasas. Mana pernah berlaku dalam sejarah negara kita seorang Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi sebuah syarikat awam. Hal ini telah diakui oleh PAC dalam laporannya yang membuat perakuan supaya Lembaga Penasihat bersama Artikel 117 M&A syarikat dimansuhkan.
15. Namun, pemansuhan Lembaga Penasihat 1MDB sahaja tidak memadai. Najib ialah orang yang terlibat secara langsung dalam penyelewengan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat ini menanggung beban hutang yang besar dan kerajaan terdedah kepada risiko hutang RM20 bilion. Jangan pula nanti ada tindakan bail out oleh kerajaan. 
17. Penyelewengan 1MDB amat jelas. Jika Najib seorang yang bermaruah, dia sepatutnya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

MUHYIDDIN YASSIN
12 APRIL 2016

Lu Fikir La Sendiri!!!!

25 ulasan:

  1. SENARAIKAN SEMUA YG TERLIBAT BERSAMA NAJIB..

    TERMASUKLAH SEMUA PEMAKAN2 DEDAK, SUPAYA MUDAH RAKYAT TOLAK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berita Skandal 1MDB Terbaharu.....

      International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi menafikan syarikat tersebut atau unitnya Aabar Investment PJS telah menerima USD3.5 bilion daripada 1MDB menerusi Aabar BVI sepertimana yang dilapor kepada PAC. IPIC juga menafikan mereka ada sebarang kaitan dengan 1MDB. Ini suatu pendedahan yang amat memalukan. Ia suatu penipuan. Jika IPIC tidak menerima sebarang bayaran daripada 1MDB, ke mana perginya wang ini? Kegagalan untuk memastikan ke mana perginya wang ini mengukuhkan lagi pandangan saya sebelum ini bahawa 1MDB sejak dari awal lagi adalah satu skim untuk menipu.

      Jadi kepada menteri-menteri kabinet dan Najib sendiri yang menganggap penyelewengan 1MDB telah selesai dan namanya telah dibersihkan, seraya mengajak rakyat supaya bergerak ke hadapan, janganlah anda cuba bersandiwara atau mengalihkan isu. Rakyat tidak akan lupa puluhan bilion wang negara telah diseleweng. Orang yang mencuri ayam pun ditangkap dan didakwa. Masakan individu yang mencuri puluhan bilion wang negara terlepas begitu sahaja?

      Najibul Bullshit serta kuncu-kuncunya boleh cuba dan terus mencuba untuk memperbodohkan umum tetapi tembelang mereka telah pecah. Seluruh dunia sudah tahu siapa yang berkomplot cuba merompak Malaysia dalam senyap. Cubaan yang dibuat dalam senyap tetapi tembelang Najib sudah pecah dan baunya amat busuk sekali.

      Kerana kuasa masih di tangan dan kerana kuasa itu boleh menagih sokongan membuta tuli maka Najibul Bullshit masih mencuba tetapi umum sudah terhidu bau yang amat busuk dari tembelang yang pecah.

      Padam
  2. Bukan hanya letak jawatan.
    Dibicarakan bersama mereka yg terlibat.
    Harta semua disita.
    Declare bangkrup.
    Penyokong2 juga dilucutkan jawatan dan dibicara.
    Baru semua puashati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas tu kau boleh mampus dengan tenang...

      Padam
    2. 6.44 sape yang mampus chai? Jika tidak hari ini, hari esok pasti ada, apa yang diminta 5.24 adalah permintaan majoriti rakyat!

      Mereka yang menjadi penyokong najib juga wajib dihadapkan ke mahkamah!

      Padam
    3. 7.34 betul tu.
      Sapa tak percaya tgk udian yg shahidan kassim buat.
      Total undian setakat ini 900. Undi BN hanya seratus lebih. Yg mahu perubahan 5 ratus lebih.
      Sapa tak nampak confirm buta hati.

      Padam
    4. Bab postimg mudin ni... Rpk baru jer ulas..dlm blog dia.. Hahaha mudah saja rpk sondol satu satu geng anc ni... Terbaik raja prtra kamaruddin.. Jom singgah blog rpk

      Padam
    5. Boleh percaya ke cakap RPK....??? Dalam portal dia, dia cakap Najibul Bullshit terpaksa simpan senyap2 duit derma berbilion dalam akaun peribadi sebab Najibul Bullshit tak percaya dgn semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO...dia takut dorang songlap duit itu. Amekau MKT, padan muka....!!!

      Padam
  3. Balasan
    1. Kita buktikan gelombang Gerakan/Kebangkitan Rakyat lebih dahsyat dari tsunami. Situasi kini bertambah bersemangat & bersemarak dari selatan ke utara semenanjung, Sabah & Sawarak.

      Padam
    2. Kita mulakan dgn UMNO dulu ye...
      Dari presiden hingga abdi biasa, maksud aku ahli biasa.
      Kita perah habis2 sampai muflis, mula dari atas hingga ke bawah... Termasuk Othman dan Abu Bakar, heh heh heh...

      Oppp... Mintak sesiapa tolong rantaikan tayar kapalterbang tu, nanti Datin bawak pelari beg tangan dia pulak. Aku cadang kita buat 'Best Dotdotdot In The World Museum'. Dapat gak jana pendapat utk bayar hutang 1MDB.

      Padam
    3. QalamQabut....nakal juga kamu ye....Berjasa dia.....!!!

      Padam
    4. qalam hati kau macam yahudi jugak ye..

      Padam
    5. The exaggeration against Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak by former premier Tun Dr Mahathir Mohamad has raised many issues against Najib and that these issues are going to result in Barisan Nasional losing the next general election.

      On the 1MDB issue, Dato Seri Salleh Said Keruak said Singapore has its Temasek Holdings, which was formed more than 40 years ago in 1971.
      Malaysia has its 1MDB, which has just started and needs time to prove its viability.

      Polls Result "How does the people on the street feel about 1MDB?"

      Happy
      10%

      Sad
      0%

      Angry
      71%

      Shocked
      13%

      Nothing
      6%

      Padam
    6. QalamQabut....nakal juga kamu ye....Berjasa dia.....!!!

      Man, kita kena sentiasa buat baik. Pahala besar kalau orang boleh kenang jasa kita. Tapi bukanlah cara buat sendiri seperti ‘I Love PM’ atau ‘Respect MyPM’ tu. Tapi apa salahnya kita kenang jasa Mohd Najib, ikut cara kita sendiri. Ada orang suka dan ada orang benci dia, tapi kejam sangat kalau kita dok benci dia sepanjang hayat kita.

      Jika kita buat muzium utk Mohd Najib pun, satu kebaikan utk dunia jugak. Banyak boleh dipelajari dan manfaatkan. Boleh dijadikan contoh dan teladan, jadikan batas dan sempadan bagi semua pemimpin di dunia ni, dari pemimpin negara hingga pemimpin rumahtangga. Sebenarnya ikhtiar ni juga salah satu cara nak pulihkan nama baik negara kita di mata dunia.

      Kan Mohd Najib ni femes satu dunia. Tak payah nak iklan bagai nak rak utk tarik pelancong. Ramai nak kira berapa beg Birkin dia belikan utk isteri, beli gelang tangan sampai ke siku tak dan lain2 hiasan yg dibeli berjuta ringgit setiap kali shopping. Kalau juru pandu muzium cerita pasal rambut isteri Mohd Najib pun ramai nak dengar, termasuk bekas ahli Puteri UMNO sendiri (aku cakap ‘bekas’ sebab UMNO dah hancus waktu ni, agaknya lah…).

      Satu bahagian lagi kita dedikasikan kepada 1MDB. Harapnya tidak ada korporat keparat nak tiru model perniagaan seperti ni, modal sejuta hutang 5,000 juta.

      Tapi yg mustahaknya segala pendapatan dari muzium ni digunakan utk bayar hutang 1MDB. Aku tak mau kita rakyat jelata tanggung hingga ke anak cucu. Dan kita bukan nak mintak simpati sesiapa, walaupun dari Tok Arab.

      Itulah salah satu tindakan yg aku nak buat jika aku terpilih mengganti tempat Mohd Najib. Kamu jangan ketawa ya Othman, aku kata ‘ter’pilih, ter yg bermaksud tak sengaja.

      Heh heh heh… Saja nak bagi otak releks sikit setelah sehari suntuk serabut dok fikirkan hal politik negara kita ni.

      Padam
    7. Sebenarnya yg bikin saya kecewa ialah dia boleh berubah sejak mengahwini Rosmah. Kami dulu sama2 dalam Pergerakan Pemuda menghidupkan UMNO setelah diharamkan oleh mahkamah pd 1988. Dia jadi gila kuasa setelah diberi ujian oleh Yg Maha Kuasa menjadi Orang No. 1 dalam negara. Betul kata orang2 tua, 'Dalam musibah ada hikmah, dalam mewah ada musibah kalau tak digalas dgn keimanan'.

      Salam perjuangan, sahabat.

      Padam
    8. Sedih jugak aku dengar. Mohd Najib memang bijak, cukup pengalaman dan pengetahuan. Aku pun pernah komen dia boleh berjaya seperti TDM, mungkin melebihi jika dapat memerintah sepanjang TDM. Tapi apa nak buat. Takkan nak attack Rosmah suruh turun takhta kot.

      Sebagaimana kamu masih kenang Mohd Najib sebagai rakan seperjuangan lama, aku harap kita yg lain juga jgn lupa yg kita sedang bertelagah ini adalah rakan, sahabat dan saudara kita juga. Sama2lah kita doakan sengketa ni dapat ditamatkan secepat mungkin supaya kita dapat bersatu semula utk hadapi musuh asal kita.

      Sama2 kita doakan juga supaya Mohd Najib dapat sedar dari mimpinya dan kembali ke alam nyata. Cash will not make you king.

      Salam.
      QQ

      Padam
  4. Apai abu bakar mana ka nuan..hapoot apai abu bakar... Brampot nyamai....branak berapi.. Udeh nyai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi mamposlah kau!

      Padam
    2. Kejora Liberal 'menurun' menciplak nama A. Bakar. Pakai nampak makin semaraklah orang Sarawak menjauhkan diri dari gerombolan Najibul Bullshit.

      Padam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Wahh..kalau dekat jepun dh lama minta maaff....atau terjun bangunan akibat skandal...tapi dkt malaysia nii lain pulak...disanjung...ProOO00ootTt

    BalasPadam
  7. Kat Malaysia tangan penyamun dicium cium oleh totok umno utk ambik berkat...
    Supaya boleh merompak lagi dan lagi.

    BalasPadam
  8. Salah2 mereka akan hukum TSMY selepas TDM dan Rafizi.Inilah yang dikatakan orang lain buat salah orang lain yang kena.Kemungkaran megatasi kebenaran.Oleh sebab orang yang membuat keputusan tidak takut dengan Allah SWT.Kumungkinan mereka2 ini belum sembayang lagi?.Ada sebuah hadthis RSW yang bermaksud" Sesaorang yang keluar dari sembayang tetapi maseh lagi melakukan kemungkaran maka orang itu belum sembayang lagi",Harap2 jangan tergolong dalam ketogeri ini kapada mereka yang melakukan sisatan tentang 1MDB ini terutama yang beragama Islam.

    BalasPadam
  9. Suci dalam debu.

    BalasPadam