Sabtu, 30 April 2016

Najib Bukan Tun Razak..!


Sendiri mau ingat..!

Najib tak macam bapa, kata Dr M pada orang Kedah

Selepas memperkenalkan diri sebagai 'Team B' Umno, pasukan yang menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak itu memilih Jitra untuk siri ceramahnya.
Acara malam tadi berlangsung di Napoh, sebuah pekan kecil di Jitra, yang cuma 18 minit ke sempadan Thailand, Bukit Kayu Hitam.
Antara digolongkan dalam kumpulan itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, anaknya Mukhriz, bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri pusat Datuk Seri Shafie Apdal.
Dewan Lye Huat malam tadi penuh dengan kira-kira 2,000 penyokong dalam program dua jam bermula 8.30 malam.
Kelihatan sedikit batuk-batuk, Mahathir yang kini berumur 91 tahun, berucap hampir sejam dan hanya menamatkan ucapannya untuk bergegas pulang dengan penerbangan ke Kuala Lumpur pada tengah malam.
Selain membangkitkan dakwaan amalan urus tadbir yang tidak baik, Mahathir berkata Najib telah berubah selepas mendapat kuasa.
Pemimpin PAS, AMANAH turut hadir
Malah, kata Mahathir, beliau tidak seperti bapanya Tun Abdul Razak, perdana menteri kedua.
Katanya, tidak seperti Razak, pentadbiran Najib didakwa menggunakan pendekatan “cash is king” (duit itu raja).
Menurut Mahathir, Najib berasa beliau boleh melakukan apa sahaja selagi memberikan wang kepada rakyat.
Antara yang hadir ke acara malam tadi ialah pemimpin PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi.
Turut hadir pendebat terkenal Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Orang ramai memberikan tepukan gemuruh manakala Mukhriz sempat mengambil gambar selfie bersama orang ramai.
Video AG kena bu
Secara berjenaka beliau berkata terpaksa melakukannya supaya tidak dituduh pemimpin Umno hanya 200 orang hadir dalam acara itu.
Ucapan Mukhriz lebih banyak menumpukan kepada penglibatan Najib dalam kontroversi 1MDB dan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Beliau malah menunjukkan rakaman video menunjukkan perbezaan penjelasan Najib berkaitan wang itu, yang dimasukkan ke akaunnya sebelum pilihan raya umum ke-13.
Ketika ditunjukkan rakaman Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan salah laku, ia disambut sorakan bu oleh penonton.
Acara itu dianjurkan oleh kumpulan yang menamakan diri mereka “Jaringan Gelombang Merah” bagi mengumpulkan tandangan terhadap Deklarasi Rakyat bagi mendesak pengunduran Najib.
Deklarasi itu, yang turut melibatkan pemimpin pembangkang, menyasarkan sejuta tendangan untuk dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu.
Sementara itu, Shafie pula berkata, sepanjang kerjaya politiknya dalam tujuh kementerian, beliau tidak pernah melihat dakwaan rasuah sebesar itu.
Lu Fikir La Sendiri!!!

32 ulasan:

  1. Hidup "Rasuah Didahulukan Penyamun Diutamakan".

    BalasPadam
  2. Terrrbaa¡¡¡¡¡kkkk..

    BalasPadam
  3. Mereka2 yang melindungi najib dan rosmah, ini ada message kepada kamu semua;

    TIADA MAAF KEPADA KAMU SEMUA, PERBUATAN KAMU AKAN DITUNTUT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT!!!

    BalasPadam
  4. Team B aka balaci dapigs....

    Boboboi pun bukan mamakdey.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bongok...fobia bila dengar dap..takut sangat dgn dap kenapa..? Fuckks..ProOO00ootTt

      Padam
    2. Sesiapa yg menipu rakyat dan mereka yg menyokong penipuan ini walau apa kedudukan mereka ada lah besar punya haram jadah....

      Padam
    3. Adakah kamu menegak KEMUNGKARAN wahai Keris Berayon? Fikirlah seikhlas hati. Jangan kerana bangsa dan negara kamu terpaksa lupakan AGAMA.

      Padam
  5. Baru buat posting muallaf diusir dari tmpat kerja dan rakan serumah....nnpk mcm dah insaf tapi sah puak red bean armt ini bersifat munafik..... gara2 sekongkol pluralist/syiah/komunis nnpk sifat blogger ini mcm syiah..... takkiyah(munafik) satu dari rukun iman syiah......taubat la sbb dosa fitnah kena mintak maaf dulu dari mangsa fiynah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. "gara2 sekongkol pluralist/syiah/komunis nnpk sifat blogger ini mcm syia"

      Itu yg fitnah tu! Kamu check balik semua entry dalam blog ni, ada ke sokong pluralist/syiah/komunis. Kalau tak ada bermakna kamu fitnah BLOGGER NI.

      Kamu tau apa nak buat kan kalau dah FITNAH orang? Kamu nak izin orang lain pulak jaja fitnah kamu ni?

      Dalam dunia ni orang susah nak cari kamu wahai Tanpa Nama30 April 2016 11:13 PG. Tapi Allah swt tahu.

      Jangan pulak cakap 'saya tak tau, saya acah saja.' Sama jugak dgn 'saya tak tau, saya sain saja' atau 'saya tak tau, saya baca saja'

      >>> Tapi kalau tuduhan kamu betul dan benar, tunjukkan dekat aku entry dalam blog ni yg tunjukkan blogger ni sekongkol pluralist/syiah/komunis. Memang tak susah. Tak payah nak mintak SPRM tolong takrifkan makna 'sumbangan kepada penjawat awam', tak payah cari penderma hingga ke Arab Saudi. Bagitau saja apa tajuk entry dan tarikhnya. Aku akan mintak maaf dengan kamu dan aku tak akan masuk lagi blog ni.

      Aku bukan nak cabar. Tapi aku nak cari kebenaran. Kes Mohd Najib pun sama. Kalau ada sesiapa yg boleh tunjukkan kebenaran yg dia tak bersalah, sila bagitau aku. Aku tak takut nak ubah haluan. Aku bukan hamba sesiapa, tak ada satu sen pun aku untung atau rugi jika aku beralih arah, ke pihak yg benar. Tetapi setakat ini, dgn letakkan agama Islam sebagai pedoman dan panduan aku, semakin hari semakin yakin Mohd Najib adalah pengkhianat agama, bangsa dan negara.

      Padam
    2. Yg momok mudah luoa sekongkol dng DAP komunis...Syiah dlm PAN dan pluralist dlm PKR dlm deklarasi haramjadah ko nk campak kemano.... bodohhhhh....

      Padam
    3. Tanpa Nama30 April 2016 2:20 PTG, Cehhh... Hebat sangatlah boleh cakap 'DAP komunis', 'Syiah dlm PAN', "Pluralist dlm PKR'. Yg jauh kamu nampak semua jijik, yg dekat semua suci. Tapi sebenarnya kamu butakan mata kamu, pekakkan telinga kamu, dan sesatkan fikiran kamu.

      Sebab tu kamu tak reti nak balas komen aku, tak boleh nak sahut cabaran aku. Nak cari nak tunjuk bukti komunis/syiah/pluralist dalam blog ni pun kamu tak mampu. Kalau nak menuduh memang hebat. Siap tolong peringatkan 'dosa fitnah'. Tapi bila diri sendiri yg buat fitnah, tak sedar pulak, tak mahu pulak nak mintak maaf dekat blogger.

      Malu la dok hujah2 dgn orang Islam macam ni. Kalau tak tau nak cari KEBENARAN pun, janganlah tunjukkan KEBODOHAN pulak.

      Padam
  6. Ni semua kerja takdak faedah.. Buang masa dan tenaga.. Najib masih tetap distu..sebagai pm ..ko orang meroyan lah berbakul bakul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko fikir dia akan jadi pm smp kiamat? Dah lupa ke berapa ramai orang berkuasa yg jatuh gedebuk sebab kuasa rakyat?

      Meroyan pun at least bukan bacul lagi dayus macam korang yang terang2 menyokong pemimpin yang menipu dan tak amanah. Nanti anak cucu tanya..dulu sokong sape...?,i bet you will never say you support najib chicken tu..takde maruah punya orang..sebijik mcm najib chicken..!!! Go eat dedak lah!!!

      Padam
  7. Setuju 12:15.
    Sape2 yg menyokong penyamun bugis dn setan betina gomok nafsu besar, kat akhirat dia bergayut kat blkng penyokong bila tolong.

    BalasPadam
  8. Kepada penyelamat penyamun kmbalilah ke pangkal jalan sebelum terlmbat....

    BalasPadam
  9. Buat apa buang masa dan tenaga suruh najib berhenti..tempoh dia printah masih ada sehingga pru14..sampai masa pru14.. Rakyat yg akan menentukan kerajaan mana pilihan rakyat samada pakatsn harapan atau bn..kuasa ditamgan rakyat ..sebelum ssmpai masa tu tak perlu buang masa dan tenaga meroyan berbakul bakul..kerana najib tetap disitu sebagai pm sehinggs pru14 .samada masih berkuasa atau tidak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini mentaliti orang bangang. Jika dia takut turun sekalipun..kalau berdiam diri, makin rosak negara ini dibuatnya.

      Jika ikut cara kau, esok 1mei suka hati dia je naikkan gst kepada 8 atau 10%. Suka hati dia je main golf time rakyat ditimpa bencana. Suka hati dia je biarkan akak kau naik jet kerajaan untuk enjoy bla bla bla.

      Kau nak biar..itu hak kau. Sebab kami tahu orang macam kau memang jenis takde maruah.. Tapi kami yang tak nak bersetongkol tetap akan suarakan tentangan kami terhadap pemimpin yang takde maruah!

      Padam
    2. Najib perdana menteri malaysia.. Suka atau tidak itu hakikat..tplh dia masih ada sampai pru14..tak perlu lah meroyan pasal gst ..main golf ..naik jet ke apa..segala itu adalah privillege perdana menteri. .itu bukan hak ko nak persoalkan.. Ko tak puas hati tumggu saja pru 14 tak perlu meroyan..senangkan..

      Padam
    3. Tadi aku tanya dekat Keris Berayon, sekarang aku nak tanya dekat Joe Labu pulak... Adakah kamu dengan suka dan rela hati menegak KEMUNGKARAN wahai Joe Labu? Fikirlah seikhlas hati. Jangan kerana bangsa dan negara kamu terpaksa lupakan AGAMA.

      Dan juga jangan kerana Mohd Najib kamu biarkan negara kita ni porak peranda. Privilege Perdana Menteri pun ada hadnya. Tapi bukan privilege Mohd Najib yg dipertikaikan, bukan amanah dan kepercayaan yg diberikan kepadanya, tetapi songlap dan selewengnya yg hingga boleh ancam ekonomi negara. Dah sampai mengamcam negara pun nak tunggu proses demokrasi? Nak tunggu PRU14 baru dia boleh diturunkan? Elok kamu jadi budak tadika wahai Joe Labu, tunggu giliran jamban kosong baru boleh lepaskan sembelit kamu.

      Padam
    4. Orang lain pun ada privilege jugak. Tapi tak merosakkan negara tak menyusahkan rakyat. Camnilah..boleh tak kau bagitau pm kau tu di mana tempatnya pemimpin yang tidak amanah di akhirat nanti? Anggap sj lah tentangan kami ini sbg teguran. Beringat lah. Kuasa kamu di dunia tak kemana pun. Sekian. Terima kasih.

      Padam
    5. Tanpa Nama30 April 2016 9:25 PTG bertanya 'boleh tak kau bagitau pm kau tu di mana tempatnya pemimpin yang tidak amanah di akhirat nanti?'

      Ini kata2 Mohd Najib...
      "... Rakyat nak apa, 'food on the table', bumbung 'shelter', rezeki yang halal, sekolah dan pendidikan untuk anak-anak. Ini yang perlu kita beri fokus…

      "Soal 1MDB bukan segala-galanya macam dunia nak kiamat, macam apa namanya, siling nak runtuh. Ini bukanlah isu yang paling penting."

      “... Sebagai ahli parti, saya nak kita kepada tugas utama kita, fokus kita apa, fokus kita jaga hati rakyat, buat apa yg dikehendaki rakyat. InshaAllah Umno dan Barisan Nasional boleh menang...

      "Sebagai presiden parti tentu sekali saya nak parti menang, parti kuat, ada kekuatan sepanjang masa. Ini amanah. Setiap orang akan dipertanggungjawabkan kepimpinannya dalam Islam. Ketua itu lagi berat tanggungjawabnya dipersoalkan nanti."
       Najib Razak, Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka,1 Ogos, 2015

      Padam
    6. Terima kasih saudara QQ..

      Cuba tanya pulak kat dia..apa itu munafiq...hehe

      Padam
    7. Pasal MUNAFIK tu Mohd Najib pun ada bagi tazkirah dgn peak-cap nya. Tapi aku dah hilang link you tube. Tapi dema tau kot klip tu...

      Tapi dalam istillah UMNO ni lain sikit. Dema kata 'hippokrit' (hippo tu yg buat istimewa), atau dlm bahasa mudah ialah 'cakap tak serupa bikin'. So macam lawak2 ringan saja, takde implikasi dosa pahala. Sebab itulah menyembur2 airliur dema ni dok spin cerita biar jauh dari cerita Mohd Najib dan 1MDB.

      Walhal antara ciri2 orang MUNAFIK tu:
      1. Yang tidak hiraukan nasib kaum atau saudara yg berbalah sesama sendiri.
      2. Yang takut terhadap kejadian atau suasana yg berpunca asal dari dirinya. eg. terjahan pemberita
      3. Yang tiada kesesuaian antara yg ditutur dan yg diamal.

      Padam
  10. Tun terbaik.....insyaAllah panglima bugis (kononya)akan menerima pembalasan kelak....terus beri tekanan terhadap panglima ini....mereka yang bersubahat juga dengan sendiri akan jatuh.....undur najib @panglima bugis (sendiri angkat bakul)!!

    BalasPadam
  11. Najib masih lagi pm..walau berbagai usaha nak jatuhkan nya..segala usaha oleh gerombolan yg nak menjatuhkan nJib ampaknya tidak mdapat izin Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pm yang hidupnya gundah gulana...takut berhadapan wartawan...tidur pun susah...kasihan

      Padam
    2. joe tidak mendapat dan belum mendapat jauh bezanya.. releks.. manman ye..

      Padam
    3. Apalah ertinya menjadi pm seperti yang dibanggakan oleh si joe labu sedangkan setiap hari dapat makihamun dan sumpah seranah rakyat sendiri..

      Dasar manusia takde maruah..dan begitu juga lah dengan penyokongnya.

      Padam
    4. Nabi saw ajar jadi pemimpin untuk bawa ke syurga...tapi pm si joe labu?

      Padam
    5. 'Najib masih lagi pm..walau berbagai usaha nak jatuhkan nya..segala usaha oleh gerombolan yg nak menjatuhkan nJib ampaknya tidak mdapat izin Allah'

      ~ Yang menyangkal keredhaan Allah dgn menunjukkan bukti dunia.

      Kamu samakanlah apa yg Allah izinkan kepada Mohd Najib itu dgn apa yang Allah izinkan kepada LGE.

      Padam
  12. Jangan lupa wahai en.najib dan penyokong2 beliau. JANGAN LUPA PASAL ISTIDRAJ.

    Kamu terus menerus diberikan kuasa dan kemewahan sehingga penyokong2 yakin itu semua adalah kehendak Allah jua. Anda fikir anda mendapat keizinan-Nya sebab itu terus berkuasa dan mewah padahal MURKA Allah ditujukan kepada anda. Makin anda berkuasa, semakin anda salahguna kuasa. Semakin anda kaya,semakin tertekan hidup rakyat jelata.

    Ingat tuan2 dan puan2 penyokong en.najib. Sekian.

    BalasPadam