Khamis, 28 April 2016

Skandal 1MDB ~ Rakyat Percaya WSJ..!


Bila nak sampai selasa WSJ tu..!


WSJ pertahan berita, dakwa Putrajaya buat pusingan U

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) mempertahankan laporannya sebelum ini yang menamakan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Gabenor Irwan Siregar Abdullah sebagai gabenor Bank Negara yang baru.
Dalam satu kenyataan ringkas kepada Malaysiakini, WSJ menerusi penerbitnya, Dow Jones berkata mereka berpegang teguh dengan laporan sebelum ini bahawa pengganti yang sepatutnya menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz adalah sekutu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kami berpegang teguh dengan laporan yang adil dan tepat berhubung cerita yang berkembang ini dan komited untuk berterusan menyediakan liputan peristiwa di Malaysia," kata WSJ.
Akhbar kewangan Amerika Syarikat itu berkata demikian berhubung kenyataan setiausaha akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, yang berkata bahawa pengumuman Datuk Muhammad Ibrahim sebagai gabenor Bank Negara membuktikan sekali lagi "pembohongan tanpa mengambil kira fakta" oleh WSJ dalam laporan mengenai Malaysia.
"WSJ melaporkannya sebagai fakta beberapa kali, termasuk oleh Ken Brown pada 20 April dan Tom Wright pada 11 Mac, bahawa Perdana Menteri melantik Irwan Serigar Abdullah menjadi gabenor baru dan bahawa beliau mempunyai kaitan dengan 1MDB.
"Ini berlaku walaupun tiada pengumuman dibuat, dan berdasarkan sumber-sumber yang tidak dinamakan," kata Tengku Sharifuddin, semalam.
Muhammad Ibrahim akan memulakan tugasnya pada 1 Mei selepas Zeti bersara pada akhir bulan ini.
Bagaimanapun, akhbar harian Amerika Syarikat itu dalam satu laporan hari ini mendakwa keputusan untuk melantik Muhammad Ibrahim dan bukannya Irwan adalah pusingan-U yang dibuat akibat tekanan.
"Peralihan ini dibuat selepas Zeti, yang meletak jawatan pada akhir bulan ini, menuntut kerajaan melantik seseorang dari Bank Negara untuk menggantikannya, menurut sumber yang rapat dengan perkara itu," tulis WSJ hari ini.
"Percubaan untuk menghubungi Zeti tidak berjaya. Pejabat Perdana Menteri tidak menjawab berhubung permohonan untuk mendapatkan ulasan," katanya.
Julai lalu, WSJ mendedahkan dokumen yang didakwa daripada penyiasat Malaysia menunjukkan RM2.6 bilion dan RM42 juta telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.
Sejak itu, ia telah menerbitkan beberapa siri artikel yang mengaitkan dana berkenaan dengan 1MDB, yang sering dipetik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan pengkritik Najib dalam usha mendesak perdana menteri mengundurkan diri.
Jelas perbezaan yang hitam dan yang putih..! Percaya???
Lu Fikir La Sendiri!!!

16 ulasan:

  1. Last minit Zeti kuar kompaun pasal 1mdb.... cepat berita panas ... bila bloger batu api ni nak siar kan... cepat bola tanggung utk najib .... jangan lupa bukti kompaun kena siarkan sekali tau..... huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Rasuah Didahulukan Penyamun Diutamakan". lol..

      Padam
  2. sibuk pemakan dedak kecoh kunun WSJ penyebar cerita palsu pasal pelantikan gabenor baru BNM. Kalau WSJ tak bising ari tu..sudah tentu mmg org2 mcm Apandi akan dilantik...bagus juga WSJ buat preempt bg ah jib serba salah. Kalau WSJ tak kuar berita mau pencuci dosa ah jid sudah tentu akan dilantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul!
      memang bagus WSJ buat serkap jarang gitu. Kalau tak, dah tentu Serigar tu (yg telah pun memegang banyak jawatan tertinggi dalam pentadbiran Negara) yg akan dilantik sebagai Gabenor.

      Saya masih analisis yg dibuat sebelum ini ttg calon2 Gabenor BNM untuk menggantikan Zeti. Nama Datok Muhammad Ibrahim adalah nama yg kelima sebab dia bukan seorang yg ada political affiliation dgn mana-mana parti politik, dia orang kanan Zeti dan dia pastinya sukar untuk diarah-arah oleh PMO.

      Namun, serkap jarang WSJ telah meletakkan PMO on the spot, hahahaaa.... klu ikut pelan asal nanti orang cakap WSJ memang boleh dipercayai. Nak lantik Ismee (semua orang korporat tau Ismee ada hubungan jelas dgn Rosmah, ada liability).

      So sekarang, walaupun terpaksa telan pahit dgn melantik Datuk Muhamaad Ibrahim, at least PMO dapat peluru baru utk tembak WSJ.

      Semua blogger hard core pro-najib duk tembak bertalu-talu sekarang, bab 1MDB kena bayar denda... dah sah buat salah laku pentadbiran kewangan... dah default hutang berbilion-bilion langsung tak disebut.

      Padam
  3. Ini ada soalan mudah untuk pencacai2...

    Kes altantuya siapa dikambinghitamkan?

    Jawapannya...sirul Dan azilah.

    Lionel Morais kena simen siapa dikambinghitamkan?

    Jawapannya...doktor tentera.

    Terbaru,

    Pengnyolapan Dan penyamunan 1mdb siapa dikambinghitamkan?

    Jawapannya shahrol.

    Dalam ketiga tiga kes ini ada kaitan dengan siapa?

    a.Tun Hussein Onn?
    b.Tun Mahathir?
    c.Pak Lah?
    d.Najib dan Rosmah?

    Kalau tanya anak istimewa yg ada penyakit spastik suka kikikiki tu tentu dia bleh jawab...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawapan mudah je macai pkr kuat menipu
      Firma dcns perancis ITU antantuya punya sebab di tetap harga ITU dalam pemikiran macai pkr

      Lionel Morais, bekas pegawai kastam, bekas CEO ambank 70an
      Siapa buat anwar rakan2 dia bunuh, walau aku cakap fitnat di atas sebab media macai jika ADA pembunuhan VIP najib buat pada hal tak kena mena dengan najib

      Lupa sirul dah bagi keterangan di YouTube najib tak bersalah yg bersalah dalam kes dia, ADA pihak berkepentingan untuk memaksa sirul cakap bawa najib bersalah terutama ahli politik di malaysia

      Nak aku tunjuk ke video YouTube and cari sendiri peakuan sirul najib tak bersalah tak ,sirul mendapat penlindungan kerajana Australia Dari hukumen mati nak di Jalan di malaysia, siapa nak kena hukum mati baik lari ke Australia mereka akan beri pelindungan, lupa ia sirul dia paksa ke oleh polis Australia cakap najib tak bersalah , pikir ADA otak sikit macai pkr, kerajaan kita tak kuasa pada polis Australia itu atau jabatan imigresen Australia itu

      Padam
    2. So? Najib suci murni? Mak Badak menabung drpd kecik? RM50 billion tak hilang? Altantuya, P.I Bala. Najadi, Kevin Morais, semua mati sakit jantung? lol..

      Padam
  4. WSJ has no substance ... yet create presumptious alegation ... only devil will listen and believe the devil WSJ... another false ejaculation ... syok sendiri .... go get 1m signed declaration ... else go fly kite !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Najib suci murni. Sape tak sokong Najib, devil!! lol..

      Padam
  5. Wsj kitab baru puak2 rejim sana..lepas ni tariklah dari tabung TH boleh lah pergi sembah yahudi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg besalam ngan yahudi kat usa yg bawak bank yahudi masuk malaysia yg pinjam ngan yahudi yg bawak punahsihat yahudi kat pmo bukan ke bos engkau wahai pemakan dedak gred e? Penipu pembohong pencurik perompak tapi bagi upah macai hanya dedak gred e.

      Padam
  6. 1mdb kata kononnya MASALAH DALAMAN sehingga membuatkan ia bermasalah. Ok lah..siapa paling berkuasa di dalam 1mdb tu? Maka orang itulah yang paling bermasalah..tak nampak2 lagi ke?

    Masalah dalaman sampai kena denda oleh BNM..kah kah kah

    BalasPadam
  7. Nk buat macammana org yg paling berkuasa dlm 1mdb tu bodoh bahlul bacul, sign tp tak faham isi kandungan doc.
    Makhluk macam ni umno lantik jadi pm.lol

    BalasPadam
  8. Apabila WSJ menyiarkan laporan tentang kemasukan RM 2.6 Billion...mula2 Najib memberitahu kt media "Saya akan Saman WSJ"....SAMPAI SEKARANG...HAMPEH....kemudian disokong oleh DedakMan...kemudian bila cerita ini BENAR...BUKAN REKAAN...timbul isu DERMA...mula2 DedakMan cakap...lawan IS lah....Najib Pejuang la....kemudian timbul Seorang Penderma...kemudian lebih seorang penderma...kemudian dah jumpa penderma(walhal Raja dah mangkat) kemudian...Putera..plak...

    KESIMPULAN....kenapa Najib TIDAK MENGAKU dari awal..KENAPA nak asyik - asyik alih tiang Gol jer?

    Sekarang dh terbukti...duit itu ada..

    BalasPadam
  9. Penyamun mana nk mengaku dia menyamun.

    BalasPadam
  10. Walaupun bini pendek mcm peti ais tp selera tinggi, kalau laki tk menyamun mana nk cari duit utk beli emas berlian intan permata.

    BalasPadam