Ahad, 10 April 2016

Dah Ghaib..?


Dah cabut???

Misteri selubungi syarikat didakwa terima RM44j dari Najib

Misteri nampaknya menyelubungi sebuah syarikat yang didedahkan didakwa menerima jutaan dari akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Malaysiakini mengunjungi syarikat Solar Shine Sdn Bhd di alamat yang disenaraikan di Plaza Mont Kiara, Kuala Lumpur untuk mendapatkan respons terhadap dakwaan tersebut, tetapi direktori di tingkat bawah bangunan itu memaparkan nama syarikat yang berbeza - Steelwell Development Sdn Bhd.
Pejabat yang terletak di alamat tersebut bukan Steelwell. Bukan juga Solar Shine - syarikat yang Wall Street Journal dakwa dalam laporan pada 31 Mac bahawa kira-kira AS$44 juta (RM142.8 juta) dari akaun Najib didakwa disalurkan kepada syarikat berkenaan.
Ia adalah sebuah syarikat bernama IT Data Centre Sdn Bhd.
Ketika ditemui Malaysiakini, penyambut tetamu mengesahkan bahawa syarikat itu adalah IT Data Centre, bukan Solar Shine.
Ini menimbulkan persoalan: Adakah Solar Shine telah diambil alih oleh IT Data Centre atau ia telah berpindah ke alamat baru?
Dokumen dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan bahawa ketiga-tiga syarikat masih wujud.
Ketiga-tiganya berkongsi alamat berdaftar yang sama - Taman Damai Utama, Puchong, Selangor - dan juga alamat perniagaan yang sama di Plaza Mont Kiara.
Antara ketiga-tiganya, Steelwell Development adalah yang pertama diperbadankan pada 27 Oktober 1993, dan berurusan dalam pembangunan hartanah.
Solar Shine yang didaftarkan pada 22 Februari 2000, menganjurkan acara, manakala IT Data Centre yang diperbadankan pada 5 Ogos 2009, membangunkan perisian dan mengekalkan portal masing-masing.
Nama syarikat lama Solar Shine ialah Steelwell E-Software Sdn Bhd, tetapi nama itu ditukar pada 2008 kepada nama sekarang.
Semakan di SSM juga mendapati bahawa ketiga-tiga syarikat itu berkongsi pengarah yang sama.
Kenapa tiada pihak berkuasa yang mengambil tindakan???
Lu Fikir La Sendiri!!!

12 ulasan:

  1. Biasalah...kalau kes babitkan orang kenamaan nii mmg rumit...takde laporan katanya...pasti ada sesuatu yg disembunyikan...ProOO00ootTt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukanya rumit tp kakitangan kerajaan telah terikat ... jaga periuk nasi...buta tp celik

      Padam
  2. Bukankah saya dah kata banyak kali, duit 1MDB hasil pinjaman riba tajaan Goldman Sachs telah di simpang siur transferkan menjelelajah ke mana-mana untuk mengelirukan daripada dijejak. Alih-alih..tut.tut.. terrrrtransfer masuk ke akuan peribadi Sheikh Najibul Bullshit. Nak temberang pun agak2 le. AG Pandir & KP Khalid kan ada belajar undang2, kenapa mereka begitu sewel.......??????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah anda ini bapa azalina othman?

      Padam
    2. Hiiii....selisih, production saya semua ikut S.O.P., tak ada defect macam si spesi Jantina (jantan bukan, betina pun bukan). Spesi kemegahan Sheikh Najibul Bullshit, Got it...??

      Padam
  3. Macam tulah cara pemimpin2 umno merompak duit negara, mereka saling brtolong tolongan dan melindungi antara satu sama lain, klau najib turun sekalipun selagi specis umno yg perintah negara ni,perkara yg sana akan berlaku.
    Dah bosan dah...
    Benam najib, benam umno sekali.

    BalasPadam
  4. Sendiri kena ingat & bertanya...kenapa zaman pentadbiran Najibul Bullshit banyak peristiwa GHAIB terjadi. MH 370, sebesar-besar pesawat bersama crew & penumpang-penumpang GHAIB tak dikesan hingga sekarang. Duit pinjaman riba tajaan Yehudi Goldman Sachs sebesar-besar 42 bilion (dgn bunga riba dah jadi 50 bilion) pun boleh GHAIB. Tub.tub. macam ada magic terrrrtransfer masuk sesat ke akaun peribadi Sheikh Najibul Bullshit, (kononnya derma dari another Pak Sheikh Arab Dogol). Apalah malangnya.... angkara seorang dua MUSIBAT, MUSIBAH menimpa tak henti kepada Negara & Rakyat Jelata.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PRU 14 nanti pakat kaleh nooo.....

      Padam
  5. Budak botak janji ada acara tiap2 minggu utk demonstrasi sambil tanda tangan deklarasi 'save Malaysia(baca save mamak pandikutty)'... yg pelik macai boboi botak pun tak sudi nak hadir... at last buat 'booth' ajer yg mampu kat stadiom darulaman...ini macam bila bole dapat 1juta tandatangan laa...dari janji buat demonstrasi besar2an skg mampu buat 'booth' ajer ahaks(200x)... sungguh memalukan macai macai sekelian....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesiapa yg menipu rakyat dan mereka yg menyokong penipuan terhadap rakyat memang besar punya haram jadah

      Padam
  6. Najib orang no 2 aku benci...org pertama aku benci rosmah.

    BalasPadam
  7. Aku sokong 10:45 120%

    BalasPadam