Jumaat, 13 Januari 2012

Anwar Pengerusi Kelab Gay Sedunia..Tahniah!

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat ke atas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan turut disambut oleh sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) dalam satu kenyataan menerusi portal berita di http://www.tempo.com.ph berkata, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

‘‘Kami bersama-sama pergerakan individu demokratik yang lain meraikan kejayaan Anwar menentang penganiayaan terhadap beliau,” demikian menurut pegawai hak asasi manusia pertubuhan itu, Oscar Atadero seperti yang dilaporkan portal tersebut.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi di sini membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Menurut pertubuhan itu lagi, pembebasan Anwar itu juga merupakan langkah positif bagi perjuangan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.

Malah, pertubuhan itu juga menyedari meskipun tiada undang-undang berkenaan liwat di Filipina, namun, ahli politik dan keadilan mahkamah sering diserang dengan tuduhan homoseksual yang bermotifkan kepentingan politik.

Filipina adalah antara negara yang sering dilawati Anwar dalam mendapat sokongan berhubung isu kes liwatnya selain Indonesia.

Lu Fikir La Sendiri!
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 ulasan:

  1. Kalau dia jadi PM, dan kegiatan LBGT dibolehkan, maka tak selamatlah anak kita tinggal di asrama. Askar2 pun akan bebas dengan kegiatan gay/lesbian, seks bebas dll dalam berek2 dan kapal2.

    BalasPadam
  2. maka berduyun-duyun la org islam yang kemaruk seks bebas naik turun hotel murah yang bersepah skrg ni...sape nak serbu? takde maknenye lg...sebab anwar (yg gile jawatan perdana menteri) adalah pendokong seks bebas!

    BalasPadam
  3. XYAH GENDANG PUN RAKYAT DH TAU BROO..ANUWAR RAJE GAY MESIA PALING HARAMI! KEHKEHKEHKEH...ERR BEBAIK BRO..KANG LU PLAK KENE TUTT HUHUHU

    BalasPadam
  4. Kita kena berhati-hati supaya negara kita sentiasa terselamat daripada bencana drp ALLAH.Minta dijauhkan anak cucu kita drp Perbuatan yang dilaknat ALLAH ini kerana malapetaka akan menimpa kita jika tidak diatasi perkara 2 buruk seperti ini kelak.

    BalasPadam
  5. Alaa yang tak cerdik berpolitik orang melayu jugak. Cakap le macam-macam pasal BABI ni ramai orang melayu tetap sokong. Betul2 buang karen! Tengoklah sekarang; walau berguni2 Ezam cakap, walau berkarung2 RPK ditemuramah, korang ingat orang2 Melayu kat luar sana ada heran ke? Ada ke orang2 melayu heran dengan pendedahan demi pendedahan yang bekas pemimpin PKR cuba nyatakan. Dulu kemain kutuk kerajaan UMNO macam2 skrg bila ramai yang dah tertelan dengan fitnah dia orang ni, senang2 ke nak dimuntahkan semula? Nampak sangat orang-orang melayu ni cerdik dan celik berpolitik.

    BalasPadam
  6. Maaf ... sepatutnya nampak sangat orang-orang melayu ni tak cerdik dan celik berpolitik

    BalasPadam
  7. Mati beranggan lah engkau annuar,

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan menghukum seseorang dengan mendengar dan mlihat sebelah pihak sahaja, jangan menerima bulat-bulat apa yang dipaprkan oleh media arus perdana tanpa melihat dan menerima pandangan dari media alternatif kerana takut diri menjadi pemfitnah....renung-renungkan dan selamat beramal...pelbagai media massa jgn jadikan politik sebagai penghukum....

      Padam