Isnin, 4 Mac 2013

6 Wira Terkorban Di Naikkan Pangkat..! Terima Kasih PM


Harimau mati meninggalkan belang...manusia mati meninggalkan nama..! Mempertahankan negara pasti dikenang sebagai perwira negara..! perwira bangsa dan agama ! 

Allhamdulilah..sekurang kurangnya balu dan anak anak perwira negara ini akan terus terbela..amin! Al-Fatihah kepada perwira negara kita..!

Tapi sebaliknya bagi pengkhianat negara pasti matinya akan diingat sepanjang masa sebagai bangsat..tak caya? tunggu bila Anwar Ibrahim mati..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

6 Anggota Polis Terkorban Di Semporna Dinaikkan Pangkat
Enam anggota polis yang maut dalam insiden serangan hendap oleh kumpulan bersenjata di sebuah kampung di Semporna, Sabah pada Sabtu.
PETALING JAYA: Kesemua enam anggota polis yang maut dalam insiden serangan hendap oleh kumpulan bersenjata di sebuah kampung di Semporna, Sabah dinaikkan pangkat, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan perkara itu kepada beliau selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Supt Ibrahim Lebar, 52, dan Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, setibanya jenazah mereka di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, Isnin.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Perdana Menteri dan kerajaan atas kenaikan pangkat ini. Mudah-mudahan ia dapat membantu mengurangkan beban keluarga mereka," kata Khalid kepada pemberita.
Turut terbunuh dalam serangan hendap Sabtu lepas di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna ialah ASP Micheal Padel, 36, Sarjan Baharin Hamid, 49, Sarjan Abdul Aziz Sakirun, 48, dan Koperal Salam Togiran, 42.
Khalid berkata PDRM akan menghulur bantuan lain yang layak diterima kepada keluarga mangsa.
Terdahulu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta ratusan pegawai dan anggota polis lain memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua jenazah.
Turut hadir isteri Sultan Johor Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah; Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah; Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad; dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. BERNAMA

    3 ulasan:

    1. adalah sorang ni kawan saya tanya soalan butaperot- dia kata dah mati baru naik pangkat" saya bagitahu dia sebelum mati lans kopral..duit pencen dapat tak banyak... baguslah kerajaan naikkan pangkat balu dia dapat lebih tampung anak-anaknya....dia kata pulak konspirasi dan sandiwara.... rupa-rupanya dia hardcore ....Patutlah Reput(PR)

      BalasPadam
    2. org yg tak tau akan bertanya. elokla diberitahu elok2 bahawa balu n anak2 akan mendapat pencen pd pangkat yg disandangnya. alfatiha utk semua yg terkorban

      BalasPadam
    3. semoga semua ini akan segera berakhir. kesian sangat kepada yang jadi mangsa pembunuhan kejam. al-fatihah.

      BalasPadam