Kedengaran beberapa letupan bom dipercayai daripada jet pejuang tentera dijatuhkan di Kampung Tanduo, dekat sini yang menjadi lokasi persembunyian kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina.
Sejak jam 7 pagi tadi, kedengaran empat kali bunyi bom dari hotel wartawan yang membuat liputan yang terletak kira-kira 20 km dari lokasi kejadian.
Pasukan keselamatan pada jam 7 pagi tadi melancarkan serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu ke atas penceroboh kumpulan bersenjata demi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana dituntut oleh rakyat Malaysia.
Datuk Seri Najib Razak berkata demikian dalam kenyataan penuh Perdana Menteri susulan serangan di Lahad Datu, sebentar tadi.
Sama sama kita doakan kejayaan dan keselamatan pasukan keselamatan kita semua..! Amin
Pengkhianat kat atas tu pun bakal dipenggal tak lama lagi..!
Berikut pula ialah kenyaaa penuh YAB PM berkaitan serangan pagi ini..
Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu:
Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februari 2013, kerajaan mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.
Pihak polis sudah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan
penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang
tindakan undang-undang yang serius.
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah.
Pada hari Jumaat lalu, mereka melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh; sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
Selepas serangan yang pertama, saya menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.
Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat.
Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan melancarkan serangan di Kampung Tanduo.
Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu:
Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februari 2013, kerajaan mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.
Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah.
Pada hari Jumaat lalu, mereka melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh; sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.
Selepas serangan yang pertama, saya menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.
Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.
Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat.
Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan melancarkan serangan di Kampung Tanduo.
Syabas PM..nasib baik ada PM..! nak harap kan orang lain..?huhuhu
Lu FIkir La Sendiri!!
ALLAHUAKHBAR...ALLAHUAKHBAR ....ALLAHUAKHBAR....
BalasPadamLindungila ngr kami dari makhlok2 yg mahu menghancorkan keamanan dan kemakmuran yg kau kurniakan pada kami di Malaysia ini...dan hindarila makhlok2 perosak itu dari bumi Malaysia ini...
Rakyat Malaysia digalakan pergilah melancung keluar negara, lihat keadaan negara orang. Lihat kehidupan rakyat-rakyat mereka, bagaimana kehidupan mereka.
BalasPadamSetelah kembali anda akan menangis , "Ya Allah bertuahnya Aku hidup di Bumi Malaysia ini". Kalau tak percaya lakukan dan buat perbandingannya.
"Betulkanlah yang biasa, dan biasakanlah yang betul".
Saat Jais
www.treat-cure.com
http://saatjais.wordpress.com