Selasa, 5 Mac 2013

Kesan Serangan Mula Membahang..!

KELIHATAN sebuah helikopter Nuri bersiap sedia memberi bantuan udara kepada pasukan keselamatan negara dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi ini.

Pasukan keselamatan yang melancarkan serangan habis-habisan ke atas penceroboh bersenhata di Kampung Tanduo menerusi udara dan darat, kata sumber tentera.

Katanya, ia dimulakan dengan serangan udara menggunakan pesawat F-18D, Honet dan Hawk selain mortar, kenderaan berperisai APC dan mopping.

Sementara itu, suasana di Hospital Lahad Datu pada masa ini agak sibuk apabila ambulans telah bersiap sedia. Lima buah ambulans dilihat bergegas keluar dengan diiringi dua kereta polis.

Beberapa siri letupan kedengaran dari sekitar Felda Sahabat 17 ekoran serangan pasukan keselamatan ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, pagi ini.

Wartawan Bernama di dalam twitter agensi berita itu melaporkan, beberapa pesawat pejuang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melintasi ruang udara kawasan tersebut.

Bangunan dan cermin Hotel Felda Residence, di Felda Sahabat 16, tempat wartawan menghinap bergegar akibat letupan berdekatan," katanya.

SUMBER UTUSAN

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan