Selasa, 5 Mac 2013

Alhamdulilah..! Lanun Yang Mati @ Hidup Pasti Dapat Balasan..!


Alhamdulilah...semuanya setakat ini boleh dianggap selesai..! Setakat ini juga dilaporkan TIADA anggota keselamatan kita yang terkorban, sementara di pihak lanun penceroboh belum dapat di pastikan berapa ramai yang mati terbunuh dan yang menyerah diri..! 

Lanun penceroboh yang mati dah dapat balasan sementara yang hidup juga pasti akan diberikan balasan..!

Kumpulan bersenjata Sulu telah ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak-menembak secara besar-besaran bermula pukul 7 pagi Selasa, kata sumber polis.

Pasukan keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops Sulu apabila mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung oleh kira-kira 100 lelaki bersenjata.

Mereka adalah pengikut kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, selain menegaskan bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu untuk berada di Tanduo sehingga mati walaupun tarikh akhir dilanjutkan kepada mereka untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan darah.

Rundingan untuk menyelesaikan pencerobohan telah dilakukan secara aman telah gagal dan pada pagi Selasa, jet pejuang tentera negara melakukan serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang turut menghadapi pertempuran itu.

Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pukul 11.30 pagi Selasa bahawa tiada mangsa di kalangan rakyat Malaysia tetapi bilangan mangsa untuk lelaki bersenjata masih tidak diketahui.

Keadaan di semua bahagian pantai timur Sabah adalah terkawal dengan pemantauan oleh pihak polis dan tentera.

Yang hidup pulak akan dikenakan tindakan..

Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada Selasa berkata, insiden Lahad Datuk merupakan satu pencerobohan bukannya peperangan.

“Ini merupakan satu pencerobohan kepada kedaulatan negara, bukannya suatu peperangan.

“Oleh kerana ia adalah pencerobohan, maka keadaan itu lebih baik dikendalikan oleh polis,” katanya yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ditanya mengenai bagaimana lelaki bersenjata Sulu akan ditangani, beliau berkata, sekiranya ia adalah peperangan, Konvensyen Geneva akan memainkan peranan.

"Jika mereka melanggar undang-undang Malaysia, mereka akan didakwa di mahkamah,” kata Nazri.
Beliau menambah, mereka sudah tentu akan didakwa kerana membunuh.

Membunuh..! maknanya bakal dibunuh..! bakal mati jugak ler..!

Lu Fikir La Sendiri!!! 

3 ulasan:

  1. Kau tengoklah nanti beratus peguam cina, keling dan majlis peguam sendiri akan membela penceroboh ni dimahkamah nanti. Kalau aku bunuh je, buat habis beras je.

    BalasPadam
  2. kalau kita tak mampu membantu denagn duit,kita bantu dengan tenaga,kalau tak mampu bantu dengan tenaga,kita bantu dengan doa,kita mampu berdoa untuk keselamatan pewira pewira negara mempertahankan tanah air tercinta,"Ya Allah selamatkan angota keselamatan negara yang berjuang untuk agama bangsa dan negara,amin

    BalasPadam
  3. Bunuh Nuar dulu kerana dia lah punca segala petaka ni..menatang anak haram nuar brahim....

    BalasPadam