Ada 2 cerita..
Pertama.. cerita baik yang perlu kita syukuri bahawa setakat ini pihak berkuasa berjaya menghapuskan puak lanun penceroboh hingga yang tinggal saki baki tanpa kecederaan dan kematian di pihak pasukan keselamatan, sehingga kini diberitakan..
Kini fasa kedua serangan sedang dilancarkan oleh pasukan keselamatan setelah UAV (Unmanned Air Vehicle) atau pesawat kawalan jauh tanpa juruterbang digunakan bagi melihat tahap kemusnahan lokasi musih yang telah dibom untuk tindakan susulan dan selanjutnya.
Difahamkan, sejurus selesai tugas UAV melaksanakan misi itu, pasukan komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memasuki dan menggempur musuh serta menghabiskan saki-baki penceroboh.
Pasukan tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pula dikerah untuk membuat back up.Kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM sehingga kini berjalan lancar dan memberi impak yang cukup ketara dalam misi menyelamatkan negara.
Ini kerana mengikut kata IGP...
Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hatibagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.
"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar, Selasa.
Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan seranganofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.
Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.
"(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu,sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi," katanya.
Itu yang puak pembangkang meroyan dan kurang ajar mengatakan Kerajaan membazir..boleh baca di sini.
Cerita yang kedua yang diambil dari blog pembangkang si bangsat Suara Pakatan Rakyat mengatakan bahawa kematian anggota keselamatan yang gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara bukan jihad..! bukan mati syahid..! malah bangsat pembangkang ni mengutuk dan mencerca anggota Polis yang gugur kerana mempertahankan undang undang kufar..!
Bukti pembangkang bangsat lagi membangsatkan..! Hancurkan pembangkang dalam PRU yang akan datang ini jika kita semua mahu mempastikan anak cucu cicit kita semua terhindar dari otak, hati perut, jiwa dan perasaan bangsat ini..! nyahkan pembangkang demi kehidupan yang lebih harmoni..!
Baca kat bawah ni...
March 5, 2013 11:49 am
MUNGKIN ramai yang tidak pernah mendengar nama Ustaz Azhar Bin R**** dari Sepang. Tapi percaya atau tidak Ustaz Azhar adalah penasihat residen laman
suarapakatanrakyat.com dalam soal-soal berkaitan agama Islam. Laman ini menyebut namanya sekadar menunjukkan bahawa kami bukan main hentam saja bila bercakap tentang Islam.
Ada rujukannya, bukan memandai mandai seperti dikata ramai orang.
Melalui nasihat Ustaz Azhar jugalah laman ini dimaklumkan bahawa pandangan yang mengatakan 7 anggota polis beragama Islam yang terkorban setakat ini sebagai syahid, adalah pandangan yang salah dan meleset.
Pandangan seumpama itu (polis mati sebagai syahid), adalah pandangan yang bertujuan meningkatkan tahap ‘pemujaan berlebih-lebihan’ terhadap anggota pasukan keselamatan tersebut, sedangkan mereka memang dibayar gaji untuk melakukan kerja itu.
Kalau mereka melakukan kerja itu secara sukarela dan terkorban semasa menjalankan tugas itu, barulah boleh dikatakan mereka mati syahid.
Lagipun menurut Ustaz Azhar, orang yang mati syahid, mayatnya tidak perlu disembahyangkan, dimandikan dan dikafankan. Adalah lebih ‘afdal’ mayat itu dikebumikan begitu sahaja. Bagi menyokong pendapat itu, Ustaz Azhar menyertakan kepada kami sabda Nabi seperti di bawah:-
“Sesungguhnya Nabi saw memerintah untuk menanamkan mereka yang terbunuh di medan perang Uhud dengan darah serta pakaian mereka dan tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disembahyangkan”. (Riwayat Al-Bukhari)”
Dalam hal ini, memang kelihatan jelas semua mayat-mayat tersebut disempurnakan seperti kematian biasa dan itu sahaja bukti jelas bahawa mereka bukan mati syahid!!
Ustaz Azhar juga merujukkan kami kepada Peristiwa Memali pada 1985 bila 13 dari 14 penyokong Ibrahim Libya yang terbunuh dalam serangan pasukan polis pada waktu itu, dikebumikan begitu sahaja, dengan pakaian yang masih merah dengan darah. Itu menurutnya baru menepati kriteria mati syahid yang sebenarnya.
Lagipun, semua anggota polis tersebut adalah pendukung kepada undang-undang ‘kufar’ di Malaysia ini dan mereka tidak layak dikategorikan sebagai mati syahid. Dalam hal ini Ustaz Azhar merujuk kepada Amanat Hadi 1981 yang menjadi pegangan masyarakat Islam sehingga hari ini.
Suarapakatanrakyat.com tidak begitu berminat menyentuh lebih lanjut tentang Amanat Hadi ini kerana ia boleh menimbulkan polemik yang lain, cukup sekadar disebutkan disini bahawa fakta berkaitan Amanat Hadi itu perlu disebut dalam konteks mengesahkan kematian semua anggota polis ini sebagai syahid atau tidak sahaja.
Yang penting dalam hal ini ialah semua anggota polis tersebut bukan mati syahid!!
Cuma malangnya dalam hal ini, ada dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat sendiri berbalah pendapat. Nik Abduh Nik Aziz umpamanya, mengaitkan kematian ini dengan mati syahid, sementara Mohamad Sabu dan pemimpin senior PAS yang lain tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.
Pandangan seumpama ini perlu diselaraskan agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam. Laman ini bimbang ada pihak mengambil kesempatan dengan mempolitikkan kematian ini bagi kepentingan mereka kalau soal syahid atau tidak ini terlalu digembar gemburkan.
Bagi bukan Islam, tidak ada masalah, syahid atau tidak, hanya pada nama sahaja, bukan ada kesan apa pun.
sumber
Lu Fikir La Sendiri!!!
Syahid atau tidak itu ketentuan Ilahi.....tapi kalo asik mengutok dan mmfitnah sgl usaha dan kebaikan yg kjaan buat utk rakyat mungkin mati dlm kesesatan....
BalasPadamWira2 kite yg trkorban demi mmprtahankan ngr adalah lbh mulia dari mangkok2 jamban yg dok kat tmpt aman tapi dok mncipta fitnah utk mngaibkan org len serta mmprtikaikn jasa org len...
Atau tengah2 dok mngutok mmprtikaikan ke'syahid'an org len tetiba mampoih pulak ..yg tuh nak panggil mati apa pulak?..
Ustaz ni faham ke pasal agama???
BalasPadamDia tak tahu nak bezakan Syahid dunia, syahid akhirat...