Rabu, 6 Mac 2013

Video Keresahan & Ketakutan Rakyat Diancam Lanun Pengganas..!



Ya Allah..mohon keselamatan dan kembalikan ketenangan dan keamanan kepada saudar mara ku di sana..! Macam mana la perasaan mereka..! Kita hanya mampu melihat dan berkongsi duka tapi takkan sama dengan perasaan sebenar mereka..sama sama la kita berdoa agar konflik ini segera berakhir.

Hampir keseluruhan penduduk Kampung Tanduo dekat sini dan sekitarnya meninggalkan rumah mereka sebaik pihak berkuasa melancarkan serangan terhadap kubu pengganas yang mengaku Askar Kesultanan Diraja Sulu, semalam. 

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahad, berkata 26 keluarga daripada Kampung Tanjung Batu, Tanjung Labian dan Sungai Merah dilaporkan keluar daripada kediaman mereka. Katanya, mereka menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan terutama daripada ancaman kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina. 


Naik lori 

“Saya lihat mereka keluar secara sukarela, termasuk ada yang berjalan dan menaiki lori kerana takut dengan bunyi bom selain kebimbangan kumpulan pengganas akan mengganas. 

“Mereka kini tinggal di dewan berhampiran (Dewan Embara Budi) dan kita membekalkan makanan serta keperluan asas lain sepanjang tempoh pemindahan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam. 


Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. naya budak budak di situ tak dapat pegi sekolah... mak ayah tak dapat nak keluar bekerja... yang sakit susah nak ke hospital..

    aku rasa, bangsa sulu sabah pun tak hingin nak balik duduk berkerajaan kan KIRAM lanun III kalu macam ni cara dia menyusahkan diorang balik...

    kalo dah hebat sangat, ko improve la dulu ekonomi ngan education tempat ko kat sana.. Naya Malaysia tak pasal pasal kene deal dengan musuh haram jadah mcm ni...

    BalasPadam
  2. doa kami juga utk para penduduk kampung yang terbabit... simpati pada anda.. bersabarlah.. pasukan keselamatan dan Kerajaan sedaya upaya membantu mengembalikan ketenangan di tempat anda...

    bantu la juga pasukan kita benamkan peceroboh halram jadah ni dari terus mengganggu keselamatan dan kenteraman anda.. take care

    BalasPadam
  3. Tanya Sama Anwar, Macamana Dia Tahu Sabah Nak Hilang,
    Nanti Jawab Anwar, U Ulang I Saman U.!!!!!,

    BalasPadam
  4. anita : bang jom kita kawin
    Nuar : Sabar lah sayang.Kenapa ni sayang?
    Anita : i mengandung anak abang ?
    Nuar : apa !!!
    Anita : jom kita kawin, I mengandung
    NuaR : U ulang lagi i Saman u

    BalasPadam