Rabu, 6 Mac 2013

Alhamdulilah..27 Penduduk Lolos & 30 Ekor Lagi Lanun Pengganas Mati..!

kan dah mampozz..!

Selepas tiga minggu buntu mencari penyelesaian insiden penceroboh pengganas Sulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akhirnya melancarkan serangan besar-besaran terhadap musuh yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

Sehingga pukul 12 tengah malam ini, jumlah pengganas Sulu yang maut dalam serangan besar-besaran tersebut ialah 30 orang tetapi status ketua pengganas, Raja Muda Azzumudie sehingga kini masih menjadi tanda tanya walaupun terdapat khabar mengatakan dia terbunuh.

Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku dalam operasi itu.

Sementara itu..


Serangan besar-besaran pasukan keselamatan terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo hari ini memberi kesempatan kepada 27 orang penduduk Kampung Tanjung Batu di Tanjung Labian yang sebelum ini ditawan untuk meloloskan diri.

Seorang pemimpin Kampung Lok Buani yang bertanggungjawab mengumpulkan penduduk berkenaan berkata, berdasarkan kepada maklumat pada masa ini hanya tinggal tidak kurang 10 penduduk kampung yang masih belum dikenal pasti kedudukan mereka.

"Kesemua mereka telah melarikan diri melalui jalan sawit ke kampung Lok Buani selepas kejadian apabila pasukan penceroboh bertindak berkumpul di satu kawasan.

"Pada masa ini kita masih menunggu penduduk kampung berkenaan yang mungkin dalam perjalanan ke sini untuk menyelamatkan diri," katanya di sini hari ini.

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. mana dia sultan sulu
    taknak join sekali ker
    tak kan nak tgok pengikut jer yang mampos
    sebagai sultan yang bertanggung jawab
    wajib berperang bersama sama.....

    INI SULTAN TAIK KUCING JER.....PUUIIIH

    BalasPadam
  2. Tanya Sama Anwar, Macamana Dia Tahu Sabah Nak Hilang,
    Nanti Jawab Anwar, U Ulang I Saman U.!!!!!,

    BalasPadam