Dengan masa yang hanya tinggal 27 jam tahun 2013 hampir melabuhkan tirainya, seakan masih banyak lagi perkara yang membuatkan rakyat tetap mahu mengisi rentetan, cerita dan pelbagai isu yang begitu mengulit dikehidupan rakyat kini.
Dengan pelbagai alasan dan kata kata para punaisihat@punahsihat yang membentuk stigma pemikiran Najib maka rakyat terpanggil untuk menuntut supaya Najib pula mendengar segala macam kerisauan dan 'rengekkan' seperti mana yang disebut oleh Menteri ayam nya..!
Terbaru…
Ahli Parlimen Pulai (BN), Nur Jazlan Mohamed hari ini menyarankan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil penasihat baru,bagi memberikan idea baharu terhadap kepimpinan PM.
Jelas Nur Jazlan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), kepercayaan terhadap penasihat-penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN, selain melantik konsultan asing untuk memberikan imej positif kepada kerajaan juga baginya perlu diketepikan sama sekali.
“PM perlu menghimpunkan penasihat-penasihat baharu beliau bagi memberikan idea baharu supaya lebih memahami denyut nadi rakyat.
“…kepercayaan terhadap penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN dalam PRU13 yang lalu, sekaligus memberikan imej negatif kepada BN.
“…kini, setiap kata-kata kerajaan BN menjadi satu bahan gurauan dan momokan rakyat sehingga dilihat sukar untuk kembali meraih semula sokongan daripada rakyat,” katanya dalam penulisan terbarunya.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan rakyat sebenarnya sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, namun oleh kerana mereka (rakyat) berada dalam keadaan marah sudah pasti mahu mencari mangsa untuk melepaskan kemarahan mereka.
“Rakyat sebenarnya, sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, tetapi dek kerana mereka berada dalam keadaan marah, sudah tentu mereka mencari mangsa.
“Oleh itu, bagi saya kegagalan BN mengoptimumkan penggunaan jentera parti memberikan penerangan kepada rakyat akan memberi padah besar kepada BN sendiri,” katanya.
Itu pun kalau Najib dengar la…
Lu Fikir La Sendiri!!!
aku org umno...pm telah gagal sebenarnya..sblm umno jd parah baik pm di minta diadakan peralihan kuasa
BalasPadamTak perlu kump penasihat... membazir duit rakyat je... zaman Mahathir takde pun kump penasihat tapi negara ini tetap pesat membangun... apa guna ada kabinet kalau tak boleh duduk bincang bersama tentang masalah negara...
BalasPadamApabila KPI GLCs memfokuskan kepada keuntungan semata-mata, maka rakyat terpaksa dikorbankan. Kini, darah rakyat dihisap hampir setiap hari oleh vampire-vampire yang mengagungkan ekonomi kapitalis. Dalam ekonomi kapitalis, yang kaya akan terus berada dalam zon selesa, manakala yang berpendapatan sederhana dan ke bawah akan terus terhimpit dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi. Jurang pendapatan antara kaya dan miskin akan semakin melebar. Ini akan mencetuskan ketidakpuashatian rakyat terhadap kerajaan. Tak cukup ke, darah rakyat yang sikit ni pun masih nak dihisap dengan rakus dan tanpa perikemanusiaan ? Inikah cara kerajaan kita membalas budi rakyat yang telah mengundinya sebelum ini ?
BalasPadamZaman Tun Lah dulu, TSMY bersuara supaya PM berhenti kerana Rakyat tak puas hati.
BalasPadamDimana suara TSMY kini ?
TSMY tak mendengar suara Rakyat yg sangat tak puas hati juga dgn PM ?