Ikut suka hati mak bapak kau orang la..! negara ni pun nampaknya dah macam mak bapak kau orang punya..! itu sebab kau orang boleh suka suka letak KPI, NKRA, Pemandu, Penyamun yang berharga 7.2 Bilion..!
Selesai sahaja janji manis yang ditabur kepada rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu, para punaisihat@punahsihat seperti keling turun bukit sambil mengayuh basikal…! tak cukup masa..! tak cukup hari..! semuanya kena naik..! kena potong…!
Minyak kenderaan naik..! subsidi gula hapus..! GST kena laksana bagi mengelak dari negara ni bankrupt..! tarif elektrik akan naik 15%, tambang LRT dijangka naik..! Caj Astro memang dah naik..! dan sekarang perlu pula menaikkan harga tol..!
Naik la..! Kan sekarang masa kerajaan tahu semua dah berlalu..yang ada kan masa para konSETAN tahu semua sedang berlaku…!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.
"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini, Sabtu.
Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba.
"Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari," katanya.
Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.
Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana.
Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.
Sementara itu, Abdul Wahid dalam ucapannya berkata sambutan yang julung kalinya diadakan itu dapat membuka pintu Parlimen kepada orang awam untuk melihat dengan lebih dekat keunikan seni bina bangunan itu yang merupakan salah satu ikon ibu negara. "Sambutan ini juga dapat membetulkan persepsi masyarakat bahawa Parlimen adalah kawasan larangan, sedangkan ia boleh dilawat jika dibuat surat permohonan atau melalui acara seperti ini," katanya. -BERNAMA
Para consultant ni hanya fikir keuntungan semata2. Mereka tak tau, samada kerana kebodohan atau memang tak mau ambil tau bahawa PM sebagai CEO negara Malaysia tak boleh fikir pasal keuntungan semata2 kerana dia perlu fikirkan tanggungjawab sosial pada rakyat. Lepas satu, satu pengumuman kenaikan barang dan perkhidmatan dan alasan nya adalah negara tak mampu tanggung subsidi yg tinggi tapi mampu bayar fee berbilion untuk konsultan2 yg tak pernaklh.meletakkan rakyat pd keutamaan. PM pun mcm tak peka pada keadaan sekarang, tak dpt rasa denyut nadi rakyat marhaen. Ketirisan perbelanjaan kerajaan tak dikekang sepenuhnya dan rakyat terus terusan jadi mangsa. Semua benda2 basic naik, elektrik, public transport tol makanan asasi semua naik. PM dan anggota kabinet dan pemimpin2 tak rasa tapi golongan rakyat bawahan terhimpit. Kalu setakat gaji 5000 sebulan anak 3 bersekolah memanglah perit. Tolonglah rasa denyut nadi rakyat jgn buat2 pekak buta dan bisu. Sebagai ahli biasa umno kami tak boleh pertahankan segala tindakan kerajaan sekarang. Teori RAHMAN mungkin akan menjadi kenyataan
BalasPadamDalam prinsip accounting, RM7.2billion adalah dalam akaun yang berasingan, yang mana program rasionalisasi akan dinilai oleh pihak luar termasuk pelabur dan creditors untuk memberi penarafan rating ekonomi negara dan kecekapan pengurusan kerajaan. Majoriti rakyat termasuk pensyarah2, ahli akademik, CEO, manager2, dan rakyat2 yg educated mahupun tidak, masih tak dapat memahami tindakan kerajaan dalam menangani kehancuran ekonomi dalam skala yg besar. Kesan yg paling teruk ialah sehinggakan jika anda nak buat loan peribadi, loan kereta, loan rumah, loan bisnes dan lain2 pasti gagal kerana kadar interest yg terlalu tinggi, syarat2 yg sgt ketat dan lain2. Terimalah hakikat.
BalasPadamIdris jala sewaktu menjadi CEO MAS pun gagal..tapi dilantik menjadi punahsihat PM maka hancur la jadinya..Najib kena perati ni semua sampai bila orang nak bersabar..sekarang ni orang bukan tengok pada perjuangan laa tapi tengok apa yang dilakukan oleh kerajaan..kalau hari-hari duiji lama - lama kesabaran tu akan punah so perati laa...
BalasPadam