Nampak sangat tindakan dan kenyataan kontroversi yang dikeluarkan oleh Miros bulan lalu merupakan tindakan syok sendiri atau boleh disifatkan sebagai ulasan yang berkepentingan kepada pihak tertentu.
Kalau dah Miros berfikir dan bertindak mengikut acuan pihak tertentu dan bukan berkepentingan ramai maka wajar la Miros ni dibubarkan dan biarkan Miros bergerak menjadi agensi swasta yang menjaga kepentingan cina komunis dan puak pedagang yang setiap masa bersiap sedia memamah wang ringgit dan ketenteraman poket rakyat..!
Bubar jer la Miros ni..!!! ptuuiihh!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Dewan Negara dimaklumkan kerajaan tidak bercadang melaksanakan polisi jangka hayat kenderaan seperti yang dilaksana di negara-negara maju.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata sebarang cadangan berhubung perkara itu perlu diperhalusi dari aspek sosioekonomi kepada rakyat dan negara selain konsultasi semua pihak berkepentingan.
Katanya kenyataan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) itu bersandarkan penemuan mereka dan tidak ada implikasi terhadap dasar atau keputusan kerajaan.
"Kenyataan yang dikeluarkan Miros sebelum ini adalah mengenai kenderaan yang melebihi usia 12 tahun yang tidak selamat digunakan di jalan raya atas beberapa faktor. "Mungkin terdapat pelbagai kerosakan yang tidak disedari oleh pemandu atau pemilik kenderaan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pemilik kenderaan untuk memastikan sesebuah kenderaan berada dalam keadaan baik dan 'roadworthy' demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya," katanya menjawab soalan Senator Mohd Khalid Ahmad.
Beliau menjelaskan jangka hayat kenderaan tidak hanya bergantung kepada teknologi pembuatannya tapi juga aspek penyelenggaraan selain penggunaan alat ganti tulen. -BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan