Selasa, 3 Disember 2013

Dasar Pemimpin Haprak..!!!


Apa la nasib negara ni ada pemimpin tahap hamba abdi..! tahap pengikut..! tahap pengecut..! Jauh ler nak jadikan rakyat terutama belia negara ini jadi bangsa pencipta..! bangsa penakluk..! bangsa yang berdiri dengan acuan sendiri!!!


Belia boleh memanfaatkan konsert K-pop yang diadakan dalam program Himpunan Sejuta Belia, Putrajaya tahun lepas sebagai sumber inspirasi mempelajari budaya dan bahasa asing negara itu.
 
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Datuk Mohamad Shahrum Osman berkata ini kerana perspektif masyarakat kini mengganggap konsert yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan itu sebagai satu pembaziran.

"Ia tidak seharusnya dipandang negatif kerana konsert itu merupakan satu daripada tarikan kepada belia daripada 250 aktiviti yang dijalankan dan ditaja syarikat luar.

"Golongan belia boleh memanfaatkannya dengan mempelajari penguasaan bahasa asing dan tidak terhad kepada bahasa ibunda sahaja," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap, di Jalan Hang Jebat, di sini, hari ini.

Mohamad Shahrum berkata mereka boleh mengenali budaya lain dengan lebih mendalam serta mengeratkan hubungan persahabatan, dan Korea kini terkenal dengan melahirkan artis-artis yang hebat serta menjadi ikutan di peringkat antarabangsa. - Bernama


Macam yang kat atas ni yang disuruh orang muda ikut? tak boleh ke kita berbangga dengan adab dan budaya kita sendiri? dasar haprak..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan