Selasa, 31 Disember 2013

Gambar Perusuh Sekitar KL..!

dataran merdeka masih lengang
jelas, terang dan bermotif…tunggu apa lagi?
baju pun tak laku..
duduk sementara menanti arahan ketua perusuh agaknya
parang antara senjata yang dijumpai di bangunan Daya Bumi
komunis tetap akan mengambil peluang
abang Polis masih menanti puak perusuh di dataran
Lu Fikir La Sendiri!!!

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Orang ramai, termasuk penunjuk perasaan, mula membanjiri lokasi sambutan di ambang tahun baharu seperti Dataran Merdeka, Sogo dan Jalan Masjid India di sini.

Setakat 8 malam, sekumpulan lelaki yang berpakaian serba hitam dan kain lilit di kepala bertulis 'Tolak GST' mula berhimpun di pekarangan kompleks beli-belah Sogo.

Tinjauan Bernama mendapati keadaan masih tenang meskipun semakin ramai orang awam membanjiri pekarangan Sogo, dan jumlah kenderaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman semakin banyak.

Di Dataran Merdeka, polis mula menutup laluan dengan penghadang besi bagi menghalang kenderaan ke kawasan Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di depan Dataran Merdeka dan bilangan anggota polis yang berkawal juga bertambah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata keadaan masih terkawal di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Masjid India setakat 6.30 petang.

Peniaga gerai menjual kain di Jalan Masjid India dilihat memulakan perniagaan mereka dan jumlah kehadiran orang awam semakin meningkat berikutan cuti umum esok.

Di Bukit Bintang, ramai pengunjung sambutan di ambang tahun baharu memakai pakaian hitam manakala orang ramai yang berpakaian kemeja T hitam semakin ramai berkumpul di Masjid Negara setakat 6.45 petang.

Sementara itu, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan menafikan dakwaan kononnya perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan monorel dihentikan mulai 6 petang berikutan urusan penyelenggaraan seperti yang disebar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan