Sabtu, 28 Disember 2013

Dulu Half Past 6..Sekarang Tinggal 3 Suku..!


Menteri Oh Menteri..! rakyat dah muak dan semakin jelak dengan tingkah laku dan tahap pemikiran Menteri sejak akhir akhir ini..Kalau jenis Menteri macam ni pergi Chow Kit boleh jadi 3 lori kita boleh punggah..!

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek menasihati rakyat Malaysia agar tidak merungut, sebaliknya memberikan kritikan membina terhadap langkah kerajaan menaikkan beberapa harga barangan.
Merungut apa? Hassan ni dengar tak rungutan dan kegelisahan yang rakyat suarakan..! apa rakyat dan pengundi dia di Pilah semuanya bisu ke? atau dia dan para juaknya di Pilah pekak badak semuanya hingga kerisauan rakyat yang hampir sekata dan senada di seluruh negara boleh diketepikan begitu sahaja..!

Ini la bahannya apabila meletakkan orang yang tak layak duduk memegang sesuatu amanah..! hancur jadinya..! Menteri dan para pegawai sudah jadi pihak yang menentang kerajaan yang mendokong mereka selama ini..! Menteri dan para pegawai tinggi sudah tidak lagi mahu mendengar keluh kesah rakyat..! pasti ada sebab semua ni terjadi..! pasti ada puncanya..!

Berhenti la jadi Menteri kalau merassakan diri dah tak kompiten..! Berhenti la jadi Menteri kalau sudah tidak meletakkan kepentingan rakyat didepan..! Menteri jangan hanya tahu mengampu dan menjilat..! 

Apabila diminta respon akan kenyataan Tun M, apa kata Hassan..

Ditanya tentang saranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Putrajaya menjimatkan kos perbelanjaan dan bukannya menaikkan harga barangan, Hassan cuma menjawab beliau menghormati pandangan bekas perdana menteri itu.
"Kita akan melihat sebarang kemungkinan terhadap cadangan beliau... saya hanya boleh katakan kami menghormati pandangannya," katanya, dan menambah, perkara itu juga akan dibawa ke dalam mesyuarat.
Nampak sangat Menteri ni langsung tidak mempunyai jawapan untuk menjawab hujah yang Tun sarankan..Nampak sangat Menteri ni perlu lebih kerap dan serius menjaga lututnya kerana dikhuatiri lututnya terlanggar dengan apa apa yang boleh mencederakan otaknya..!
Apa yang ko nak mesyuaratkan? apa yang kau nak lihat kemungkinan???
Rakyat dah terasa bahangnya..! rakyat perlukan tindakan bijak..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. sebab terlalu banyak nonton maharaja lawak then otak dh tak bole pikir lg!!

    BalasPadam