Masih ada manusia Melayu Islam yang tulen dan tebal dengan semangat nya…!!!
Syabas Majlis Perbandaran Jasin..!
JASIN: Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) akan menukar semua papan tanda di premis serta bangunan miliknya kepada tulisan Jawi dan Bahasa Melayu bermula bulan depan.
Yang Dipertuanya, Murad Husin, berkata langkah berkenaan adalah sejajar dengan usaha kerajaan yang mahu memartabatkan penulisan jawi serta mengangkat bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara berkesan di kalangan masyarakat kawasan itu.
Beliau berkata, sebagai permulaan, pihaknya sudah memasang tulisan jawi beserta bahasa Melayu di pintu masuk pejabat MPJ di Bandar Jasin, di sini sebelum diperluaskan ke lebih 600 premis serta bangunan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan bermula 1 Januari depan.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan