Isnin, 16 Disember 2013

Malaysia Yang Aman & Makmur..!


Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur..! betul apa..! kalau tidak takkan warga asing bergolok bergadai, menyorok dan meniarap untuk mencari bersuap suap lamb chop dan capati meratah nikmat hidup didalam negara ini.

Kini, Malaysia bukan sahaja mampu berbangga dengan segala kedudukan dan carta yang menjadi kegilaan para PEMANDU dalam menentukan KPI mereka hebat, malah keharmonian dan kemakmuran hidup rakyat jelata juga cukup cukup terpelihara.

Sejak kita kehilangan kedaulatan Pulau Batu Putih, kita juga kehilangan kawasan minyak dan gas yang menjadikan negara kita semakin meningkat kaya, selepas itu kita didatangi oleh pasukan gerila tua yang bukan pengganas hingga merelakan mereka memasuki perairan dan wilayah negara hingga membunuh pasukan keselamatan kita di Lahad Datu…tak per mereka bukan penjenayah serta amaran telah pun kita lakukan..!

Selain dari kejatuhan bumbung stadium dan pelbagai lagi kejatuhan bumbung masjid dan hospital, kita juga didatangi dengan pelbagai bentuk jenayah..!

Jenayah bunuh begitu kerap berlaku juga merupakan indikasi yang cukup diambil pusing oleh para punaisihat@punahsihat Najib dalam menyusur lautan biru mereka. KPI mereka mantap..! Kejadian banjir@banjir kilat serta pelbagai anasir malapetaka yang didalangi oleh cuaca dan alam juga merupakan satu kenikmatan yang perlu rakyat hirup untuk kelangsungan hidup didalam negara.

Selain dari rumah Menteri boleh dirompak, kini Menteri Muda juga boleh dirompak dan ditikam seperti mana yang baru berlaku di Sarawak, baca di sini. juga merupakan satu cabaran yang rakyat kena terima sebagai satu lagi transformasi untuk menikmati hidup bernegara.

Timbulnya gejala kesesatan akidah dan ajaran sesat seperti yang berlaku kini juga merupakan faktor yang menentukan carta negara akan terus meningkat sebagai negara berpendapatan tinggi dengan kadar masaalah yang sama seperti negara maju.

Itu sebab sebarang langkah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran merupakan satu lagi petunjuk prestasi dalam membuktikan bahawa Malaysia sebuah negara yang aman, makmur serta bahagia untuk kita sebagai rakyat biasa diami..tak gitu?

Lu Fikir La Sendiri!!!
Seorang pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun', Sumustapha Suradi, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas tuduhan membunuh Ketua Penguat Kuasa JAIP, Allahyarham Ahmad Raffli bersama dua lagi yang masih bebas. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

2 ulasan:

  1. Takde makna nye transformasi... takde makna nye capai KPI itu KPI ini tapi hidup rakyat semakin terhimpit dgn kenaikan kos minyak, gula, tol dan tarif elektrik... jangan syok sendiri la wahai Najib dan para penasihatnya... dengar la rintihan rakyat... berapa ramai rakyat yg merasa teraniaya akibat kerakusan korang... berapa ramai rakyat yg menyumpah seranah korang...

    BalasPadam
  2. Tak apalah. DS Najib masih selesa. Dia ingat menang nyawa-nyawa ikan hari tu boleh menyelamatkan dia utk PRU akan datang. PRU lepas orang melayu x ada pilihan lain. Pembangkang bukan pilihan yg terbaik buat masa itu.

    Tak apalah. DS Najib x pernah belajar dari kisah PM sebelum dia. Kenaikan kos hidup sana sini yang menyebabkan tsunami politik masa tu dan memaksakan beliau melepaskan jawatan dan menyerahkan kepada DS Najib.

    Tak apalah. DS Najib mengimpikan negara berpendapatan tinggi, tetapi dalam masa yang sama masih terlalu ramai yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jurang antara yang kaya dan miskin dah semakin jauh. Pengangguran masih tinggi.

    Tak Apalah. DS Najib masih lagi mementingkan undi CINA dari Melayu. Yang memangkan beliau adalah orang CINA. Orang melayu x pernah pun undi beliau dan seterusnya mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Pengumuman untuk memperkasakan ekonomi bumiputra diharap dapat menarik undi Melayu, yang sebenarnya x pernah mengundi beliau. Lagipun itu hanya sekadar pengumuman yang gah dimulut sahaja.

    Tak apalah, Orang melayu akan 'Memangkah' BN pada PRU yang akan datang. Dan DS Najib akan terus menjadi PM malaysia yang mementingkan rakyatnya.

    BalasPadam