Selasa, 31 Disember 2013

Najib 11 Langkah, Punahsihat Mati Langkah, Alwi?


Zaman sekarang ni nampaknya cukup pedih dan sukar untuk bercakap benar..! apabila kita mengatakan sesuatu yang diluar dari kotak dan dilihat bertentangan dengan kehendak dan selera pucuk pimpinan maka para punahsihat akan terus melabel kita sebagai bukan orang Najib, bukan orang UMNO, bukan orang Kerajaan, pembangkang dan lebih dahsyat penjilat Anwar dan sebagainya.

Walhal para punahsihat dan mereka yang menjilat disekeliling Najib dan para Menteri UMNO itu sendiri kalau nak dikira umur berjuang dalam UMNO dan kerajaan pun baru peluh setitik berbanding kita yang dah berpuluh tahun berpanas berhujan mempertahan UMNO, BN dan kepimpinan..! 

Malah ramai di sekeliling PMO tu masih mentah dan dilihat tidak matang yang jauh dari halus berfikir dan bertindak sebagai politikus dan pentadbir..! Budak budak baik diam ler..!

Pengendali blog ini juga tidak terkecuali dari didatangi dan dihujani dengan 1001 pertanyaan dari para penjilat…jawapan kami mudah..! jilat..jilat pergi mam..!!!

Sebenarnya Najib dilihat terdesak dan tersedak dengan teguran Tun M serta kesatuan hati dan perasaan rakyat terbanyak yang menderita dengan kenaikan kos hidup kini, ditambah dengan kata kata bodoh para Menteri Najib telah menyebabkan rakyat cukup muak dan mual dengan kedunguan hujah yang dibentangkan bagi menyokong tindakan serta keputusan kerajaan Najib hasil dari bisikan syaitan para konSETAN di makmal mereka.

Terbaru, hujah 11 langkah Najib yang dilihat tidak menyelesaikan masaalah rakyat itu di luahkan oleh wakil rakyat kampung, wakil rakyat UMNO, wakil rakyat Barisan Nasional didalam FB nya yang tegas menyatakan…

Saya sdg meneliti 11 langkah yg diumukan oleh yab pm...adoiiiii...saya tidak fikir iannya boleh membantu rakyat terbanyak menangani kos sara hidup yg semakin tinggi....berapa rm sgt boleh di jimat dgn potong elaun menteri dan pegawai tinggi...tiada kesan lansung...rakyat bukan marah gaji awak tinggi...rakyat PENING duit tak cukup utk bayar bill api,harga minyak,toll dan lain barangan...sapo lah yg menasihat niii...turunkan hrga,,bukan turun elaun...apakah langkah 2 itu boleh bantu rakyat bayar bilbil mereka....TOLONG lah rasai denyut NADI rakyat...ambo beli ikan sendiri di pasar,,ambo beli sayur,,ambo bayar api ambo bayar toll....MENTERI mentriku...tolong lah cerdik sedikit…

Fahami la masaalah rakyat..! masaalah rakyat bukan masaalah yang dipikul oleh pembangkang sebenarnya, masaalah rakyat jelas selama ini dipikul dan diselesaikan oleh para wakil rakyat UMNO/BN. Masaalah rakyat merupakan asam garam yang mesti pemimpin hadam untuk diselesaikan.

Sebenarnya ramai lagi pemimpin UMNO/BN yang senada dengan Dato Alwi cuma mereka tak kuasa untuk menzahrkan didepan bijik mata dan telinga kepimpinan diatas, tapi ditengah tengah rakyat mereka bersetuju dan sependapat dengan keluh kesah rakyat.

Apakah kenyataan pemimpin yang mendahulukan rakyat ini juga akan dibaca dan dicop oleh macai dan para punahsihat@konSETAN sebagai penentangan kepada Najib, Kerajaan, UMNO dan BN? kalau begitu jelas la bahawa misi dan visi pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sejak dari Merdeka lagi telah jauh dihina dan dihumban ketepi dek karana kerakusan mengampu dan membodek pemimpin.

Ingat lah bahawa Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak dibangunkan atas dasar ampu dan bodek malah atas semangat Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat serta sedar diri bahawa kita datang dari rakyat maka kepada rakyat lah kita memberikan khidmat walau keringat membasah, air mata darah tertumpah kerana itu la sumpah kita BANGSA MELAYU MERDEKA, BERDAULAT LAGI BERMARUAH..!!!

Kalau Najib dengan 11 langkah, jangan pula Alwi nanti ditunjuk jalan keluar oleh punahsihat yang semakin mati langkah..!!!

LU FIKIR LA SENDIRI!!! 

5 ulasan:

  1. alwi ni dulu punahsihat pak lah badawi. ranap gak.. punahsihat anwar rafizi.. punah gak.. punahsihat khalid..nurizzah..ranap gak..

    BalasPadam
  2. Wahai PM dan menteri2 sekalian...TOLONG DENGAR DENYUT NADI RAKYAT...!!! anda minta undi, rakyat dah bagi...skrg ni rakyat cuma minta dua perkara je...Turunkan harga minyak, gula, tarif elektrik dan Tol... dan hapuskan PEMANDU...

    BalasPadam
  3. 11 langkah diperingkat kerajaan hanya sedikit bagus. tapi masih tak selesaikan masalahpun. duit yg kerajaan jimat tu nak tabur kepada rakyat ke? apa yg rakyat bisingkan ialah kos sara hidup terlalu mendadak naik! so, apa2 langkah kerajaanpun, mestilah direct bagaimana kos hidup rakyat tidak melambung. ikan, sayur, bil air, api, tambang itu tambang ini semua rakyat bayar sendiri, apa kaitannya dengan kurangkan penggunaan kain pemidang dalam satu2 majlis rasmi? hadoiiii, nasihatkan pm tu biarlah bernas habis, bukan setakat separuh masak!!!. ok, ok, tak payah banyak la apa yg kerajaan kena buat, hanya HAPUSKAN PEMANDU. itu je, rakyat senang, kerajaan boleh jimat berbilion...

    BalasPadam
  4. sejak pengumuman kenaikan bekalan letrik ia telah diringi dengan kenaikan kos hidup. sebahagian besar mengeluh dan menyalahkan kerajaan dalam apa jua sektor. pertama kita lupa bahawa ekonomi negara ini dipegang oleh kaum cina. seperti dinyatakan ikan, sayur, tambang perkhidmatan awam, bas sekolah dan lain lain. cuba diperhatikan majoriti sektor ini di pegang oleh kaum cina. kita perlu berfikir secara pro aktif yang mana keadaan ini mampu membantu bangsa melayu. sebagai contoh gst yang akan diperkenalkan ia lebih kepada cukai perkhidmatan dikenakan kepada peniaga besar seperti starbuck, kfc, kelab-kelab malam, baskin robbins. siapa yang sebahagian besar melangani nya orang orang kaya. kedai pa mat tepi jalan jual nasi lemak tak ada gst. kita orang melayu mempunyai kuasa membeli hampir 65% tumpukanlah kuasa membeli kepada peniaga peniaga melayu. barang keluaran felda, pengusaha kecil iks melayu, mydin,krim. kita gunting rambut pi kedai india, pi lah kedai melayu, potong kaki seluar pun kedai cina pi lah kedai melayu. barang keluaran melayu memang lah kurang sedap skit tapi tak pe la besok ada duit lebih baru beli yang mahal. tapi perinsip orang melayu ni belagak, sombong mana nak makan kedai tepi jalan. tak de standard. hidup cara sederhana beli beg sekolah anak harga rm 100 beli la yang murah skit harga rm 50 cukuplah. semua kerajaan salah ada dengar cina cina bising depa senyap je pasal kuasa membeli kita beli barang kat depa. kerajaan bagi rm 100 beli barang kat kedai cina. kerajaan bagi rm 250 beli buku kat kedai cina kerajaan bagi rm 500 belanja makan kat kedai cina cuba fikir skit. tekan kerajaan untuk memberi peluang kepada sektor yang dikuasai cina seperti ayam, minta kerajaan bagi lesen inport bawang, bantuan sektor bekalan barangan hardware, bantuan bas sekolah baru pi bukak ladang sayur. baru lah bangsa melayu dihormati dan disegani. ini tidak orang muda melayu tau nak demontrasi tanpa tau tujuan, duit kerajaan ambil lepas tu nak guling kerajaan lak. tapi dah pandai2 semua gembeleng lah tenaga dan usaha. sawah padi masih memerlukan banyak pesawah yang tua tua dah tak larat. didik anak ilmu ugama bangsa melayu islam tapi nak sambut tahun baru tahun islam hijrah berlalu buat tak tau je. masih tak sedar sedar lagi bangsa ku ini.saya tidak berharap kerajaan sekarang akan jatuh tapi saya sudah nampak keadaan yang akan berlaku sekiranya kerajaan baru yang akan mengambil alih. saya berharap saya tiada semasa ia berlaku.

    BalasPadam
  5. Semuanya bermula apabila ada kenaikan. Pembangkang mamang bijak mengatur langkah. Silat dan jurusnya penuh dengan muslihat.

    Mereka naikan segalanya di Selangor. Selangor adalah nadi pengerak ekonomi. Segalanya berpunca di Selangor yang ditadbir oleh Pembangkang.

    Secara langsungnya kesan dari kenaikan ini akan menulkar ke negeri-negeri lain. Majoriti rakyat di negeri-negeri ini adalah di bawah pentadbiran Kerajaan.

    Maka yang menjerit dan kena jerit adalah rakyat terbanyak dan kerajaan UMNO itu. Tidak timbul yang puncanya adalah kehebatan putar belit Ketua Umum Pembangkang dan Penasihat Ekonomi yang selama ini bijak mengatur strategi menghacurkan kerajaan.

    Sebab itulah dia sangat cuak sekiranya Tun M membuka mulut. Ular lidi bila kena sembur dengan Naga tulang pun hancur.

    BalasPadam