Khamis, 12 Disember 2013

Kerajaan Malaysia Termasuk Pihak Istana Kena Belajar Dari Fauziah Bagaimana Mengurus Mangsa Banjir…!


Nampaknya kerajaan Malaysia kena belajar dari MP Kuantan Fauziah Lynas bagaimana membantu mangsa banjir yang sedang meraung dan memerlukan bantuan. Nampaknya usaha Tengku Puan Pahang dan keluarga turun mencemar duli juga dilihat tidak dapat menandingi cara Puziah torot menjalankan kerjanya terhadap mangsa banjir..!

Dalam hiruk pikuk Kerajaan Malaysia dan Kerajaan negeri Pahang terutamanya di Kuantan menjalankan amanah dan tanggungjawab membantu mangsa banjir termasuk usaha murni dari pihak Istana Pahang yang mencemar duli, si Puziah hanya mampu berbuat..


Apakah bagi Fauziah, bencana yang menimpa rakyat jelata merupakan peluang untuk diri dan parti haram haramjadahnya berpolitik..!

Apakah setiap malapetaka yang menimpa rakyat hingga ada yang kehilangan nyawa perlu dipolitikkan? 

Hari ini UMNO Bahagian Kuantan menerima tamparan maut apabila lebih 100 penyokong tegar mereka telah istihar masuk PKR ekoran rasa kecewa dan tidak puas hati atas cara layanan yang mereka terima dari kerajaan UMNO/BN pimpinan Adnan Yaakub.

Penduduk Tanah Putih Baru yang di ketuai seorang bernama En Rashid orang kuat UMNO Cawangan disitu telah megambil keputusan bijak dan tepat untuk meninggalkan UMNO yang gagal untuk membela nasib mereka untuk masuk PKR.

Borang penyertaan keahlian diserahkan sendiri kepada Ahli Parlimen Kuantan merangkap naib Presiden Parti KeADILan Rakyat YB Fuziah Salleh petang tadi.

Tamparan apa? sebenarnya tindakan begini hanya menampar diri Fauziah dan partinya bagi mendedahkan sikap dan hati perut mereka yang hanya tahu berpolitik dan mempolitikkan apa jua isu sama ada nyawa, harta benda dan keselamatan rakyat..! Tapi kalau tuhan pun dia orang boleh ajak berpolitik apa lagi manusia kan?…kan?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan