Sabtu, 21 Disember 2013

Masa MCA Bekerja..

GEMBIRA... Datuk Seri Liow Tiong Lai (kiri) meraikan kemenangannya selepas dipilih sebagai Presiden MCA baharu pada pemilihan MCA yang diadakan di Wisma MCA, Kuala Lumpur, Sabtu. Beliau turut diiringi Dr Wee Ka Siong yang diumumkan sebagai timbalan presiden parti yang baharu selepas menewaskan pesaingnya Datuk Donald Lim Siang Chai
Masa MCA buat kerja…! 

Datuk Seri Liow Tiong Lai diisytiharkan sebagai presiden MCA yang baharu manakala Datuk Dr Wee Ka Siong memenangi kerusi timbalan presiden pada pemilihan MCA 2013.
Berikut adalah keputusan rasmi bagi calon-calon bertanding:
Presiden:
Datuk Seri Liow Tiong Lai ( 1,186 )
Gan Ping Sieu ( 1,000 )
Datuk Seri Ong Tee Keat (160)
Timbalan Presiden:
Datuk Dr Wee Ka Siong (1,408 )
Datuk Donald Lim Siang Chai (927 )
Naib Presiden:
Datuk Seri Kong Cho Ha (775)
Datuk Hou Kok Chung (1,475)
Datin Paduka Chew Mei Fun (1,230)
Datuk Lee Chee Leong (1,542)
Datuk Chong Itt Chew (685 )
Lee Wee Kiat (721 )
Datuk Wee Jeck Seng (1,199 )
Datuk Chua Tee Yong (1,343)
Dr Leong Yong Kong (286 )
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan