Selasa, 17 Disember 2013

Siapa Pilihan MCA?

(Dari kiri) Datuk Seri Ong Tee Keat, Gan Ping Sieu dan Datuk Seri Liow Tiong Lai selepas proses pencalonan bagi kesemua jawatan MCA termasuk di peringkat Wanita, Pemuda dan Ahli Jawatankuasa Pusat ditutup pada pukul 5 petang di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada Isnin. Ong, Gan dan Liow akan merebut jawatan Presiden MCA pada pemilihan parti 21 Disember ini. Foto BRIAN MOH / THE STAR
Siapa agaknya yang bakal dipilih sebagai Presiden MCA?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Datuk Seri Liow Tiong Lai, Gan Ping Sieu dan Datuk Seri Ong Tee Keat akan merebut bagi jawatan Presiden MCA pada pemilihan parti yang akan diadakan 21 Disember ini.
Datuk Wee Ka Siong dan Datuk Donald Lim pula akan bertanding untuk jawatan timbalan presiden parti.
Seramai 186 calon menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding dalam 96 jawatan apabila tempoh pencalonan bagi pemilihan MCA ditutup pada pukul 5 petang.
Sebanyak 31 daripada 96 jawatan adalah jawatan utama MCA, 34 untuk sayap Pemuda dan 31 bagi sayap Wanita.
Sementara itu, hanya seorang calon bagi jawatan timbalan pengerusi Wanita apabila proses pencalonan ditutup.
Datuk Lee Pit Chern, 62, merupakan calon tunggal yang menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan ketua Wanita.
Berikut merupakan senarai pencalonan:
Presiden:
1. Liow Tiong Lai
2. Gan Ping Sieu
3. Ong Tee Keat
Timbalan Presiden:
1. Wee Ka Siong
2. Donald Lim Siang Chai
Naib Presiden:
1. Lee Wei Kiat
2. Kong Cho Ha
3. Wee Jeck Seng
4. Hou Kok Chung
5. Chew Mei Fun
6. Chong Itt Chew
7. Leong Yong Kong
8. Chua Tee Yong
9. Lee Chee Leong
Baca lanjut di mstar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan