Selasa, 17 Disember 2013

Ada Yang Bakal Naik Senyap Senyap Jer…!


Itu sebab kena pandang pandang, kena dengar dengar bila kita bercakap..! Betul la kita belasah Khalid Gagap dalam isu kenaikan gaji yang dilihat amat melampau dan tinggi tu…! tapi macam mana pulak dengan usaha kerajaan pusat yang turut sama mahu menaikkan gaji mereka…pasti puak pembangkang macam dapat dadah melayan khayal mengutuk kerajaan pulak..!

Kenaikan gaji tak salah..! malah ia merupakan hak mereka..! seperti kata Shahidan…

Kajian mengenai pelarasan dan kenaikan gaji dan elaun Anggota Parlimen dan senator dijangka dibentangkan tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.Beliau berkata, kajian itu merangkumi semua aspek termasuk ekonomi dan keadaan semasa.
Menurutnya pada masa ini, gaji termasuk elaun yang diterima penggubal undang-undang negara ialah RM6,000, yang dianggap rendah jika dibanding dengan negara lain.
"Contohnya, di Kemboja dan Thailand, MP (Anggota Parlimen) mereka terima elaun sebulan sehingga US$4,000 (RM12,000). Kita juga tewas kepada lawmakers (penggubal undang-undang) di Uganda yang menerima kira-kira US$2,500 (RM7,000)," katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Negara di sini, Isnin.
Cuma dalam suasana semua naik termasuk rakyat yang sedang naik darah disebabkan kenaikan harga barang mungkin kenaikan gaji ahli Parlimen pasti mengundang satu lagi kenaikan hati yang tidak puas…!!!
Baca lanjut di justread-disini
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. pak2 menteri serta ahli2 parlimen dapat kenaikan gaji serta elaun dan sebarang kenaikan yg diumumkan kerajaan tidak memberi kesan kepada mereka. yang paling teruk menerima kesan kenaikan adalah rakyat dari golongan pertengahan...so golongan pertengahan inilah yang akan "memberi undi" pada pru 14 kelak!

    BalasPadam