Isnin, 9 Disember 2013

Lebih 40 Ribu Mangsa Banjir Dapat Naungan & Faedah..! Pembangkang Ada..?




Raja dan Rakyat berpisah tiada..! Kalau ler semua pemimpin dan isteri masing masing dapat melakukan apa yang DYAM Tengku Ampuan pahang lakukan ini pasti UMNO dan BN tetap kekal dihati sanubari rakyat..!

Nak harap si Puziah ke atau betina DAP memang takde ler..! yang ada pada pembangkang hanya tulang depan dan 2 bukit selain mulut longkang..itu jer..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang berkurangan kepada 40,399 berbanding 40,819 orang pagi Ahad.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga 4 petang ini kesemua mangsa daripada 11,872 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 162 penempatan di sembilan daerah yang terjejas banjir.
"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,090 orang di 42 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.
Di Pekan, masih terdapat 3,385 mangsa di 31 pusat pemindahan, Temerloh (1,007 orang di 22 pusat pemindahan), Maran (921 di 19 pusat), Jerantut (505 di 11 pusat), Raub (213 di 10 pusat), Bera (193 di tujuh pusat), Lipis (49 di empat pusat) dan Rompin (36 di tiga pusat).
Sementara itu, hanya satu laluan utama ditutup kepada semua kenderaan selepas air naik kira-kira satu meter di Km16 Jalan Temerloh-Bera
Selain itu..
Kerajaan bersetuju membenarkan penangguhan pembayaran balik pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) bagi peminjam yang terjejas akibat bencana banjir.
Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penangguhan itu bagi mengurangkan beban peminjam yang perniagaan mereka terjejas akibat banjir.
"Tekun bersedia menambah dana dan pinjaman tambahan kepada usahawan yang menjadi mangsa banjir sekiranya mereka mahu berbuat demikian bagi membolehkan mereka mengurus dan menjalankan perniagaan selepas ini.
"Saya percaya, mereka menghadapi masalah kewangan untuk pembayaran semula dan kita perlu membantu mereka bagi meneruskan perniagaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di lapan buah pusat penempatan banjir di sini, Ahad.
Dalam perkembangan yang sama Menteri Besar Dato Seri Adnan Yaakub dilaporkan berkata..
Kerajaan negeri Pahang mempertimbang untuk mengecualikan mangsa banjir membayar bil air di sepanjang tempohmereka ditimpa musibah banjir.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, langkah itu adalah bukti keprihatinan kerajaan negeri dalam meringankan beban rakyat yang ditimpa banjir'luar biasa' beberapa hari lepas.
"Kita akan tengok daripada bulan berapa sampai bulan berapa.
"Saya harap (mangsa banjir) sabarlah. Saya juga sedih melihat kemusnahan yang berlaku akibat banjir dan keadaan yang menimpa mangsa sebab saya tidak ada banyak wang untuk diberikan kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan perubatan kepada mangsabanjir di pusat pemindahan Wisma Belia di sini Ahad.
Seramai 10 pegawai perubatan dan 10 jururawat akan ditempatkan di pusatpemindahan berkenaan bagi memantau tahap kesihatan dan memberi rawatan segerakepada mangsa.
Turut hadir Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Profesor Datuk Dr Abu Hasan Asaari Abdullah.
Adnan dalam pada itu berkata, kerajaan juga akan berusaha mencari mekanisme terbaik untuk memastikan bantuan dapat disalur secara berkesan kepada mangsa banjir berikutan terdapat rungutan berhubung agihan bantuan di pusat pemindahan.
"Bencana banjir kali ini adalah luar biasa dan turut melibatkan bilangan mangsa terlalu ramai di kawasan-kawasan tidak dijangka menyebabkan proses menghulurkan bantuan sedikit bercelaru.
"Oleh itu, kita (kerajaan negeri) akan mendapatkan mekanisme terbaik untuk memastikan semua mangsa terlibat banjir menerima bantuan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan