Andartu ultra kiasu sekali lagi menyerang saya di parlimen dengan tuduhan saya mengajar pembersihan etnik atau ethnic cleansing di tempat saya mengajar. Timbalan Menteri Pertahanan menjawab akan menyiasat dakwaan tersebut. Boleh dikatakan semua laman web ultra kiasu dan akhbar utama negara menyiarkan berita ini.
Jawapan saya, silakan buat siasatan, saya amat menantikan. Bersedia bila-bila masa bersama ribuan pelajar saya.
Saya juga sangat ingin tahu siapakah dalang atau pensyarah yang menyampaikan maklumat sedemikian kepada andartu tersebut, walaupun saya sudah tahu siapa orangnya.
Jika berani, saya cabar andartu tersebut, sebutkan kenyataan tersebut di luar parlimen, jika ada telur. Hahhh, malangnya andartu tersebut memang tiada telur. Apakan daya. Saya yang perlu cari telur itu di kalangan pemimpin mereka.
Saya bukan sahaja mengajar subjek Hubungan Etnik, tetapi juga Kenegaraan Malaysia dan Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS). Semua subjek ini wajib diambil oleh setiap pelajar tanpa berkecuali. Mungkinkah saya turut menyelitkan unsur-unsur pembersihan etnik selain subjek hubungan etnik? Kepada pemberita laman web dan akhbar ultra kiasu yang saban hari menelefon saya, bacalah akhbar Sinar Harian setiap Isnin. Jawapan saya ada di sini.
Kepada andartu tersebut, saya tidak pasti beliau ada ijazah atau tidak. Jika ada pun, mungkin ijazah pertama sahaja. Cadangan saya, sambunglah belajar lagi, buat ijazah kedua, seterusnya ketiga. Boleh pilih profesor yang disukai. Cadangan saya carilah profesor andartu juga. Banyak lagi rahsia boleh dikorek dari beliau.
Sebelum itu, mari saya ajarkan apa yang dikatakan dunia akademik dan universiti. Dalam akademik, kami oleh membahaskan apa jua isu, sama ada sensitif atau tidak. Apatah lagi jika berkaitan dengan bidang yang diajar mengikut silibus. Jika tidak, lebih baik pergi ke sekolah. Nampak sangat ahli parlimen ini tidak sekolah.
Tuduhan terhadap saya amat berat. Saya tidak akan biarkan. Laporan polis telahpun saya buat, selain laporan polis sebelum ini. Saya mahu tahu siapa dalang di sini yang memberi maklumat tersebut. Jika saya dapat dalang tersebut, barulah akan disusuli dengan tindakan undang-undang terhadap andartu dan sekutunya, termasuk yang bersubahat.
Saya yakin, profesor yang menyalurkan maklumat tersebut, sedang panas ponggong. Kita lihat sahaja permainan itu nanti. Saya tidak akan menyerang jika tidak diserang. Tetapi saya tidak menyerang tanpa tentangan. Ribuan pelajar saya ada di universiti. Tanyalah pendapat mereka tentang pengajaran dan pembelajaran (P&P) saya. Apa yang saya tahu, pelajar di sini berebut-rebut nak masuk kelas saya. Maklumlah selebriti popular. Hahaha.
Sejujurnya, sebagai seorang Islam, sudah tentu saya tidak mengajar seperti yang dituduh. Islam adalah agama rahmat untuk seluruh alam. Sekiranya saya menganjur pembersihan etnik, ternyata amat bertentangan dengan ajaran Islam kerana Allah SWT berfirman:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (Al-Hujurat: 13)
Hatta dalam peperangan sekalipun dengan musuh, Islam tidak benarkan kita melakukan pembersihan etnik kerana ada kalangan mereka makhluk tidak berdosa, seperti orang tua, kanak-kanak, wanita, alam sekitar dan rumah beribadah. Inilah yang saya ajar.
Adakah saya begitu jahil dalam memahami asas ajaran Islam? Saya tidak tahulah jika kafir harbi ultra kiasu yang memerintah. Berdasarkan bukti, jelas berlaku pembersihan etnik. Jangan pergi jauh, lihat sahaja keadaan umat Islam di Singapura. Sudahlah hak mereka dinafikan di bumi sendiri, sehinggakan hak untuk menutup aurat pun dinafikan dalam institusi awam mereka seperti di sekolah.
Janganlah dibandingkan dengan umat Islam di Burma, Bosnia, Angola dan sebagainya. Pendek kata, bila ultra kiasu kafir harbi memerintah, umat Islam dibunuh dan dianaiya sewenang-wenangnya.
Dalam P&P subjek Hubungan Etnik dan Kenegaraan Malaysia, kita memang tidak dapat lari daripada mengajar sejarah negara bertuah. Antara silibus adalah sejarah asal-usul Tanah Melayu, sejarah pluraliti Tanah Melayu, Kebangkitan Nasionalisme Melayu, Malayan Union, Darurat, Bahaya Komunis dan MPAJA, Kemerdekaan, Peristiwa 13 Mei 1969, Demokrasi Berparlimen, Perlembagaan dan Dasar-Dasar Kerajaan.
Sebagai pensyarah, takkan saya tidak boleh mengajar dan membincangkan tentang bahaya komunis iaitu ultra kiasu. Begitu juga Peristiwa 13 Mei. Itupun dalam P&P, kita mengajar begitu berhikmah sekali. Tidak ada langsung menyentuh pasal ethnic cleansing, kecuali mengambil contoh negara-negara lain.
Wahai andartu ultra kiasu, marilah masuk dalam kelas saya. Biar saya ajar apa dia hubungan etnik dan sejarah negara ini. Saya cadangkan, marilah kita berdebat di dalam televisyen atau radio. Saya yakin mereka akan menyediakan platform untuk kita berdua. Mungkin kita berjodoh selepas itu. Biar buruk dalam seluar. Hahaha.
Hidup PM Dr. Ridzuan Tee....!!!!
BalasPadamaLAHAI Dr Ridhuan yang dikasihi, naik stim pula saya membacanya hinggakan berjodoh dan berburuk dalam seluar. Syukur juga andai terjadi gitu bertambah lagi seorang muslim baru dari kalangan bekas ultra kiasu.
BalasPadamTok Lenjan.
Sudah 3, 4 kali saya pergi ke kedai2 buku seperti MPH, Kinokuniya, Popular dll untuk menanyakan mengenai buku "Chinese Dilemma" yg heboh diperkatakan. Namun jawapannya tetap sama: "out of stock".
BalasPadamPelik ya. Dari dulu hingga sekarang out of stock? Biasanya penjualan buku seperti larisnya goreng pisang panaslah yang disukai oleh kedai-kedai buku. Tetapi dalam hal ini, seolah2 kedai-kedai buku yang diterajui ultra kiasu ini semuanya membiarkan buku popular Itu habis dijual tanpa diperbaharui ordernya.
Atau apakah mungkin terdapat pakatan seorang dua taukeh ultra kiasu yang memborong setiap naskhah buku Itu supaya ianya tidak dibaca umum, justru membiarkan massa semuanya dalam kegelapan mengenai kebobrokan jiwa golongan ultra kiasu ini?
Tetapi sekarang zaman Internet. Melalui Internet kerajaan kita difitnah, Maka melalui Internet jugalah kebenaran akan terserlah. Saya anjurkan kita buat begini:-
Bagi sesiapa ada sebuah naskhah buku ini, harap di scan dan kemudian di upload ke Internet supaya ianya boleh dijadikan tatapan umum. Sila lakukan segera demi kepentingan ummah.
Upload saja ke www.piratebay.se dan anda alkan dapati ribuan, kalau Tak jutaan Org yg akan downloadnya. Saya sendiri telah download kurang lebih 21,000 buah buku melalui website ini.
Jangan biarkan umat melayu lain direndam kegelapan hanya semata-mata kerana seorang dua ultra kiasu yg kaya raya menggunakan kekayaannya untuk menidakkan apa yg umat melayu di Malaysia ini patut tahu.