Selasa, 17 Disember 2013

Terima Kasih PLUS...


Nasib baik ler pengurusan PLUS masih lagi berotak dan memahami perit jerih serta denyut nadi rakyat berbanding Menteri pintu belakang yang mengusulkan kenaikan harga tol..! 

Cuma kalau di ikutkan kenyataan pihak PLUS tu bermakna lebuhraya selain dari PLUS bakal naik ler harga nya seperti mana yang disaran dan dicadangkan oleh barua Menteri tu…baca sini

Ini bermakna yang parah dan calar balar ialah pengguna di Ibu Kota ler..huhuhu…

Seperkara lagi ialah bagaimana la agaknya Menteri boleh megusulkan cadangan bodoh seperti ini sedangkan pihak konsesi sendiri tidak bercadang untuk membebankan rakyat, maklumat celah parit mana Menteri ni dapat?
pttuuiihh..!!!

Baca Manifesto BN di sini..agak agak Menteri ni faham? pttuuiihh..!!!

Berikut adalah kenyataan rasmi pihak PLUS..

Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini. 


Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.


"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol. 


Beliau turut menambah bahawa PLUS sedang mengkaji mekanisme untuk menurunkan kadar tol semasa kepada kadar tol baru yang lebih rendah. 


Penstrukturan semula tol semasa PLUS pada masa hadapan bakal memberi kelebihan kepada pengguna apabila mereka akan menikmati penjimatan antara 10 - 50 peratus berbanding kadar tol semasa. 


Ketika ini, PLUS mengendalikan lima lebuhraya meliputi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Linkedua (Lintasan Kedua Malaysia Singapura), Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) dan Jambatan Pulau Pinang.

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Terima kaseh Puan Dato' Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad serta pihak pengurusannya sekali. Betul2 memahami pahit maung yang dirasai serta ditempuhi untuk meneruskan kehidupan oleh rakyat jelata khasnya yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kalau tol naik, harga barang akan naik sebab kos pengangkutan menjadi lebih. Kami rakyat jelata tak kisah untuk mengunakan jalan alternatif, tetapi harga barangan akan tetap naik yang mana ini akan menghimpit kehidupan kami. Jadi Pak Menteri tolonglah lihat dari segala sudut sebelum nak mencadangkan sesuatu kenaikan. THANK YOU SO MUCH PLUS MALAYSIA BERHAD!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam