Apahal pulak kita nak kena tanggung? Sudah berapa lama perkara ni berlaku? sampai bila pulak kita kena tanggung kera dihutan ni? Dah berapa banyak garam yang kita campak ke laut?
Puak konSETAN dan punahsihat perlu cadang kepada kerajaan agar ketatkan kemasukan rakyat negara yang bermasaalah ni..! Buat perjanjian berasingan dengan pihak kedutaan negara tersebut dengan segera agar dapat menghantar biawak hidup ini segera ke negara mereka.
Lakukan pemeriksaan bahasa dan budaya negara berkenaan..pasti ada jalan untuk mengenali identiti kenegaraan mereka..! Bayangkan kalau harga seorang PATI yang kita terpaksa bayar menelan belanja RM50 dengan menanggung makan, pakai, api, air, warden, kesihatan dan lain lain lagi setiap hari.
RM50 x 300 ribu orang sehari kali berapa lama dia orang dah betapa didalam sel kita tu..! Ini pun perlukan langkah transformasi ni…kos begini yang seharusnya kerajaan kaji dan hindarkan..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Kira-kira 300,000 orang pendatang asing tanpa izin (Pati) tidak dapat dihantar balik ke negara asal mereka berikutan masalah imigresen di negara terbabit untuk menerima mereka kembali.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Sabtu berkata, meskipun pihak kerajaan Malaysia mengetahui negara asal Pati ini namun negara berkenaan berkehendakkan dokumen pengenalan untuk membuktikan kewarganegaraan Pati terbabit.
Bercakap kepada media selepas Majlis Penyerahan Cek Bantuan Kecemasan untukkawasan Parlimen Santubong di sini, beliau berkata, kerajaan telah berbincang dengan pihak kedutaan dan wakil kerajaan negara-negara terbabit bagi mencari kaedah yang lebih menyeluruh untuk menghantar balik pendatang ini.
Wan Junaidi yang juga Anggota Parlimen Santubong berkata, pihak kedutaan dan wakil negara-negara terbabit bagaimanapun mengambil masa yang agak lama untuk memproses kemasukan semula pendatang-pendatang ini.
"Kita mahu mereka dihantar balik secepat mungkin oleh kerana perkara ini membebankan kita. Tiap-tiap hari kita memberi makan, memberi layanan, memberi (perkhidmatan) kesihatan kepada orang-orang yang datang ini," katanya.
Dalam pada itu, Wan Junaidi berharap laporan akhir Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang tanpa izin di Sabah berkemungkinan dapat dijadikan asas untuk membentuk kaedah lebih berkesan menyelesaikan masalah pendatang yang tidak dapat dihantar balik ini.
Katanya, kerajaan sedang menunggu laporan berkenaan dibentangkan di Parlimen sebelum dapat melaksanakan mekanisme yang sesuai untuk menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin di negara ini yang tidak dapat dihantar balik.
"Harapan saya laporan dari RCI ini akan siap dan akan dibentangkan di Parlimen pada sesi yang akan datang (Mac ini)," katanya. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan