Isnin, 6 Januari 2014

Selesai & Muktamad..!


Harap selesai dan muktamad ler..!

Tiada pembukaan Hard Rock Cafe (HRC) di Putrajaya. Demikian penegasan yang dibuat  Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat malam tadi.

Menerusi kenyataan di laman sosial Facebook miliknya, Aseh turut memohon maaf dan memaklumkan bahawa tiada premis berunsur jualan arak dan hiburan akan dibenar beroperasi di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu.

Jelas Aseh, beliau ada menerima kunjungan tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir yang menyatakan hasrat untuk melabur hartanah dalam bidang perhotelan serta kemungkinan membuka premis hiburan itu.

“Namun tidak ada permohonan pun yang telah dibuat. Oleh itu, soal membuat keputusan tidaklah timbul sama sekali.

“Setelah mendengar dengan prihatin ke atas bantahan dan keluhan semua pihak, saya ingin menegaskan bahawa Perbadanan Putrajaya tetap tegas dengan prinsip serta peraturan ketat yang tidak membenarkan unsur-unsur penjualan arak dan hiburan yang tidak bersesuaian demi menjaga kesucian dan imej Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan.

“Saya mohon maaf jika isu ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan keresahan di kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya.

Semalam, cadangan pembukaan HRC di Putrajaya, iaitu premis kelima di negara ini selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu, mencetuskan kemarahan dan bantahan ramai terutama penduduk Putrajaya.

Syed Yusof dikatakan telah bersetuju membuka HRC di Menara Ikhlas di Presint 3 dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi yang didakwa sebagai tarikan baharu di Putrajaya termasuk peminat-peminat motosikal Harley Davidson dan golongan muda.

Beberapa jam selepas berita pembukaan HRC disiarkan di Internet, satu akaun di laman sosial Facebook diwujudkan menggunakan nama ‘Rakyat Malaysia Menentang Hard Rock Cafe dan Kelab Malam di Putrajaya’ yang mendapat lebih 7,000 ‘likes’ hingga tengah malam tadi.

“Kami faham dan akur ini negara berbilang kaum dan agama. Kami cuma minta Putrajaya kekal sebagai bandar pentadbiran boleh dibanggakan untuk sebuah negara Islam.

“Bukalah Hard Rock Cafe dan segala macam pusat hiburan dan minum arak di tempat lain, bukan di Putrajaya," itu antara luahan rakyat yang tidak bersetuju dengan idea penubuhan Hard Rock di Putrajaya.

Selain akaun itu, bantahan pembukaan Hard Rock Cafe turut dibangkitkan pemilik akaun ‘Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad’ dan ia mendapat bantahan daripada pengikut laman itu.

Tahniah Aseh..! berani mengakui kesilapan..! tapi jangan asyik buat salah lepas tu minta maaf macam puak ETP yang buat salah besar mengata PM dah berhenti..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan