Khamis, 23 Januari 2014

Mana Satu Keutamaan?


Walaupun diberitakan hanya menggunakan pistol mainan namun perlakuan penjenayah yang menggemparkan bandar Kota Kinabalu minggu lalu dengan merosakkan lebih 40 kedai bukan perkara kecil..!

Benar..! pihak Polis sedang melakukan penyiasatan dan tentunya pihak Polis tidak mahu sebarang gangguan dalam urusan mereka. Tapi takkan la penyiaran gambar yang dilaporkan itu benar benar mengganggu siasatan pihak Polis? Apakah penyiaran gambar tersebut tidak membantu?

Sehinggakan pihak berkuasa sendiri yang membuat laporan dan membuka kertas siasatan bagi menyiasat penyiaran gambar tersebut..! Mana yang menjadi keutamaan sebenarnya? Apa pulak kaitan nya hingga kita semua berharap tindakan ini akan mempercepatkan urusan pihak berkuasa untuk menangkap penjenayah tersebut?

Pening arr…! Lu Fikir La Sendiri!!!

KOTA KINABALU: Polis Sabah membuka kertas siasatan berhubung penyebaran gambar di laman sosial kononnya imej suspek dalam insiden menembak dan merosakkan 46 premis di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu pada malam 10 dan 11 Januari lalu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib. 

Beliau berkata, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu diarah untuk membuat laporan bagi menyiasat kes ini dan dibantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah.

'Polis akan menyiasat pihak yang memuat naik gambar berkenaan dan sehingga kini belum ada sebarang tangkapan berhubung kes itu," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran buku 'Amalan Menyambut Kelahiran Menyusuri Sunah Nabi Akhir Zaman' di Dewan PULAPOL di sini hari ini. 

2 ulasan:

  1. Memang pelik.PDRM minta bantuan rakyat.Beri maklumat,tampil ke depan,n etc.Bila "dibantu" dgn menyiarkan "bukti" nak disiasat pula.Pelik tu.Rakyat mungkin tak nak bantu sebab perkara begini.Nak jadi "whistleblower" boleh jadi susah sendiri.

    Priority PDRM dlm kes begini adalah menyiasat insiden tersebut.

    BalasPadam
  2. Bukan semua orang cerdik. ...dalam PDRM pun banyak yang Blurr...

    Kita manusia...banyak silap...Lemah..

    BalasPadam