Ahad, 12 Januari 2014

Najib Menempah Ke..?


Kenapa pulak cadangan untuk mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri @ ISA tidak difikir dan dicadang untuk di makmalkan? kenapa gesaan menghidupkan ISA ditutup cepat oleh Najib melalui Menteri KDN nya tanpa berlengah lagi?

Kenapa pencacai punahsihat tak sebok nak buat makmal? kan boleh belasah lagi juta juta? kenapa? Dah la kerajaan lemah..! pemimpin pun lemah..! jangan pulak merelakan perpaduan rakyat negara ini semakin rapuh dan lemah..! 

Apakah Najib dan kerajaan hari ini langsung tidak mempedulikan segala keluh kesah rakyat?

Jangan ditempah padah tu beb..! Rakyat dah jemu dan muak dengan sikap kerajaan hari ini..! Rakyat tidak akan sesekali membenarkan Anwar dan DAPig serta hamba sahya PAS nya menjadi kerajaan dalam negara ini..! Tapi kerajaan perlu lah berani dan bijaksana seperti mana yang seharusnya bagi sebuah kerajaan..!

Lu Fikir La Sendiri!!!


    BAGAN DATOH: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak mungkin mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
    Sebaliknya kata beliau, kerajaan mungkin meminda akta sedia ada atau menggubal akta baharu yang bersesuaian jika perkara itu dirasakan perlu.
    "Apa yang dinyatakan oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin termasuk Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) mempunyai elemen-elemen yang boleh diperkirakan tetapi bukan mudah untuk menghidupkan semula ISA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Rela Malaysia Peringkat Kebangsaan ke-42 di sini, Sabtu.
    Beliau juga berkata andai akta seumpama diadakan, undang-undang itu bukan bertujuan menahan mereka yang berbeza pandangan politik, sebaliknya untuk menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam.
    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai pertimbangannya dalam meneliti pandangan yang diberi oleh pelbagai pihak berhubung isu itu, katanya.
    Beliau mengulas saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar ISA diwujudkan semula bagi menangani kumpulan ekstremis yang mahu menjejaskan kestabilan negara.
    Saranan Dr Mahathir turut disokong oleh Khalid. - BERNAMA

    4 ulasan:

    1. Kalau kereta kita dah teruk rosaknya, kita beli kereta baru sebelum buang kereta lama.
      Barulah senang kita nak guna kereta.

      Kalau nak hapus ISA, kena sediakan akta baru sebelum ISA dihapuskan.

      Apa boleh buat tak sape bace luahan hati Rakyat.

      BalasPadam
    2. BELI BARU BUANG LAMA DAH TAK BOLEH PAKAI DAH. TANGKAP DREBAR SAMA TUAN PUNYA KRETA KELUAR C4 BUAT AL TANTUYA STYLE

      BalasPadam
    3. Saya fikir, memang najiblah individu terakhir dalam umno/bn yang pegang tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia. Saya stuju dgn andaian admin Putra Merdeka. Semakin hari semakin menyampah. Dah hilang menteri amaran tetiba timbul pulak menteri "tin kosong"..bukan ke 2 x 5 tu??..

      BalasPadam
    4. Mohon YAB PM DS Najib lantik sahaja Anwar Ibrahim sebagai Menteri dan letak dalam JPM / PEMAMDU....lagi senang cepat lingkup BN. Semua suara dan rintihan rakyat terutama pneyokong BN tidak didengar dan diambil tindakan...Atau Kalahkan DS Najib di Pekan pada PRU14 baru dapat PM baru...Ada kuasa pun letak kat lutut..Rintihan oleh Ahli UMNO dulu,Kini dan Selamanya.

      BalasPadam