Isnin, 20 Januari 2014

Cina Ni Pukul Kapir Pulak..!

bangsat membangsat membawa derita..! pttuuiihh...
Baca dan fahamkan…

Mereka tidak senang selagi tidak menyesatkan umat Islam..! Bila nak tangkap???

Tulisan Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Isu Kalimah ALLAH: Adakah kita lemah?


Saya cuba bersangka baik terhadap segelintir bukan Islam (Kristian, termasuk Sikh) yang mahu menggunakan kalimah Allah, namun hati kecil saya menolak. Ini berasaskan kepada pengalaman pernah menjadi Kristian suatu ketika dahulu. Ada segelintir daripada mereka tidak pernah ikhlas. Mereka mahu memesongkan umat Islam di negara kita sebagaimana kejayaan mereka di Indonesia.

Justeru, suka atau tidak, umat Islam mesti mempertahankan kalimah Allah yang maha suci ini. Saya tidak menolak dari segi teologi, kata-kata beberapa pemimpin PAS dan lain-lain penceramah yang mengatakan, kita perlu berbangga orang lain mahu menggunakan kalimah ALLAH. Adakah iman kita begitu lemah sehinggakan penggunaan tersebut akan memurtadkan kita? Kita berasa malu jika begitulah keadaannya? Inilah kata-kata mereka dan beberapa yang lain.

Lagipun pula, sepanjangan kajian saya, pengasas agama Sikh, Guru Nanak, bermajikan orang Islam. Justeru, tidak mustahil jika ada sedikit persamaan agama Sikh dengan Islam, termasuk penggunaan kalimah Allah oleh Sikh. Saya faham itu semua.

Cuma, saya mohon mereka yang berkata sedemikian, dapat menyelami hakikat perancangan busuk segelintir pemimpin bukan Islam ini. Berdampinglah dan dapatkan pandangan daripada NGO-NGO berpengaruh di negara ini seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), ABIM, ACCIN, ISMA dan sebagainya. NGO-NGO ini sudah masak dan sangat faham dengan perancangan licik mereka untuk menghancurkan Islam.

Mereka sedang menangguk di air yang keruh. Mengambil kesempatan ketika umat Islam berada dalam keadaan lemah. Dahulu, mereka langsung tidak berani. Kenapa hari ini mereka begitu bersemangat? Jawapannya mudah, kerana adanya sikitol dan mandaliar kalangan umat Islam sendiri yang bersekongkol dengan mereka. Hatta, sehingga begitu berani mencabar kewibawaan Sultan.

Sultan Selangor sudah beberapa kali bertitah bahawa kalimah Allah adalah hak mutlak umat Islam di negeri jajahannya. Kenapa masih tidak faham? Kenapa masih mahu berebut Allah? Orang Kristian tidak ada rugi satu sen pun jika tidak menggunakan kalimah yang tidak pernah digunakan selama ini, kecualai di Sabah dan Sarawak? Kenapa sekarang begitu beriya-iya?

Selama inilah juga komunikasi sesama mereka tidak pernah menggunakan bahasa Melayu sebagai medium. Cina bertemu Cina akan bercakap menggunakan bahasa Cina. Begitu juga dengan India. Kenapa hari ini tiba-tiba mereka begitu sibuk mahu menggunakan bible dalam bahasa Melayu? Pergikah ke rumah mereka buat kajian berapa banyak buku, akhbar atau channel bahasa Melayu yang dibaca dan ditonton. Boleh dikatakan langsung tiada. Kenapa hari ini mereka mahu menyimpan naskah bible bahasa Melayu?

Jawapan saya mudah, mereka mahu mengKristiankan orang Melayu, terutama Melayu yang tidak ada pendirian dan goyah akidahnya. Pengalaman di Indonesia sudah membuktikan. Mereka mahu mengulangi kejayaan ini.

Mereka mencabar kita supaya mengemukakan bukti. Berapa banyak lagi bukti yang dimahukan? Adakah kita sudah lupa percubaan guru tuisyen mengkristiankan pelajar Muslim yang mendapat tuisyen di rumahnya? Begitu juga dengan peristiwa Aishah Bukhari dan Azlina Jelani atau Lina Joey. Jika mereka ikhlas, pulang manusia ini ke pangkuan keluarganya. Ke manakah disoroknya? Jika pun mereka secara sukarela memeluk Kristian, apapun ia tetap bertentangan dengan undang-undang.

Jika benarlah dakwaan mereka bahawa Allah itu milik mereka, sekurang-kurang fikirkanlah soal sensitiviti umat Islam negara ini. Kalimah Allah adalah sesuatu yang amat sensitif kepada majoriti Melayu Islam meskipun mereka tidak atau kurang beramal dengan Islam.

Hargailah toleransi orang Melayu selama ini. Misalnya, isu rumah ibadat agama-agama lain. Kenapa kerajaan membenarkan gereja tersebut di Asia dibina di Bukit Jalil? Begitu juga dengan rumah ibadat bukan yang begitu banyak berbanding surau masjid berpuluh kali ganda.

Kadangkala tidak masuk akal dalam lingkungan satu kilometer, terdapat 8 buah rumah rumah ibarat. Lebih dahsyat lagi, jalan yang lulus terpaksa dibengkokkan menjadi bahaya, semata-mata kerana toleransi memberi laluan kepada tertegaknya rumah ibadat. Sedangkan tidak jauh dari situ sudah ada rumah ibadat mereka.

Apa lagi yang mereka mahu sebenarnya jika bukan mahu mengubah identiti negara ini menjadi negara bukan Islam? Pendek kata, memang terdapat percubaan untuk mengubah identiti negara ini? Jika itu berjaya maka, tidak ada lagi beza antara Malaysia dengan negara-negara bukan Islam yang lain.

Sebenarnya, hari ini, negara kita semakin cair nilai-nilai keIslamannya. Identiti jawi boleh dikatakan hampir tiada kecuali di negeri seperti Kelantan dan Terenganu yang masih bertahan. Ada sebuah sekolah menengah missionari Kristian yang diserahkan kepada kerajaan di Bukit Mertajam yang mana pihak sekolah telah menulis jawi ke atas nama sekolah tersebut. Bekas pengelola Kristian telah menulis surat kepada pengetua sekolah tersebut, supaya membuang tulisan jawi tersebut. Begitulah liciknya mereka.

Sudahlah masjid dan surau sebagai lambang syiar Islam tidak banyak, identiti jawi semakin pupus, bandar-bandar hidup 24 jam mengalahkan bandaraya bukan Islam, jika kalimah Allahpun tidak dapat dipertahankan, apakah lagi identiti yang tinggal kepada umat Islam di negara ini?

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Memang dari dulu lagi pehak Khafir harbi ini mempunyai hasrat untuk menyusup masuk untuk menjahanamkam Islam dari dalam. Taktik2 ini seperti mendapatkan sokongan dari Melayu2 yang lemah Imannya, Malayu yang menggadaikan akidah Islamnya demi sedikit pulangan duniawi dalam arena politik serta melalui penyebaran dakyah melalui kitab injil berbahas Melayu dan penggunaan Kalimah ALLAH. Taktik lain seperti penghapusan ISA yang dapat membendung pergerakan mereka juga menjadi usaha mereka jalan tersebut. Menggunakan pengaruh pemimpin2 pembangkang dari kalangan orang Melayu juga adalah agenda dan strategi mereka ini.Olih yang demikian orang Melayu perlu sedar dan bangkit bagi menentang penghianat2 ini.

    BalasPadam