habis kena borong..! |
Nampaknya Wan Azizah kena kerja lebih sikit sekarang ni..! Kak Jijah kena kipas ramai komunis yang dalam kepanasan..! Operasi besar besaran tentunya akan membuahkan hasil saman dan mendakwa para komunis yang menjalankan kerja subversif menyusahkan rakyat untuk menumbangkan kerajaan..!
Anwar dan para pencacai tentu resah gelisah menyediakan skrip dan peguam untuk membela para komunis tu nanti..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melancarkan Ops Harga 2014 serentak di seluruh negara, mulai hari ini.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, KPDNKK serius dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.
"Menerusi operasi ini, kami akan membuat pemeriksaan mengejut (dari semasa ke semasa) di tiga sasaran utama iaitu pasar basah, kedai runcit dan restoran.
"Operasi ini memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu penandaan harga, pengeluaran notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan serta memeriksa alat timbang dan sukat," katanya pada sidang akhbar selepas menyertai Ops Harga 2014 di Pasar Besar Seremban di sini, hari ini.
Beliau berkata, Ops Harga 2014 melibatkan 1,800 pegawai penguatkuasa dan 1,100 pegawai pemantau harga. - BERNAMA
Kerja sia-sia....! Dengan Operasi KPDNKK tidak akan dapat mengekang kenaikkan harga. Dicadangkan kaji semula Penarikan Subsidi oleh Kerajaan. Lucutkan Penasihat Ekonomi JPM yang 2 ekor tersebut, kerana 2 ekor UNGKA itu yang pandai-pandai "umum" KEMUNGKINAN Kenaikan TOL dan Tarif Letrik yang membuat rakyat serta peniaga jadi macam kena sampuk hantu jembalang. PM kena UMUM yang Kerajaan tidak akan benarkan KENAIKAN TOL dan TNB maka tidak perlu Operasi sini sana.. Semua pegawai KPDNKK kena bayar elaun tu kerja malam2 buta... Lepas itu PM UMUM Tambah balik SUBSIDI Minyak RM0.20/Liter. Saya percaya rakyat akan lega dan yakin Kerajaan BN amat menjaga kepentingan rakyat. Pengundi masih INGAT JANJI DITEPATI TIADA KENAIKAN HARGA BARANGAN Selepas PRU13... GST....? perlu penerangan lebih jelas kepada Rakyat kebaikannya...Bila BN menang macam-macam kenaikan barangan / cukai diumumkan kepada rakyat, rakyat amat kecewa. Oleh itu kita fikir-fikirkanlah.....
BalasPadam