Rabu, 1 Januari 2014

Muhyiddin Pun Bengang Dengan Hassan Malik..!!!


Nampaknya bukan sahaja rakyat yang bengang dengan tindakan dan gerak kerja mengampu Hassan rupanya Tan Sri Muhyiddin pun bengang sama beb…

Cer baca kenyataan Tan Sri Muhyiddin…

Muhyiddin berkata, selaku Pengerusi Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Kos SaraHidup, beliau akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat ini dengan paramenteri, timbalan menteri dan agensi berkaitan termasuk pembekal utiliti elektrik, air dan pihak berkuasa tempatan bagi membincangkan perkara itu.
"(Mesyuarat itu) Supaya boleh melihat secara holistik dan keseluruhan dan bagaimana langkah seterusnya boleh diambil oleh kerajaan, institusi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan persatuan.
"Tujuan kita kalau tempoh mendatang kita tidak dapat elakkan mungkin tempoh sederhana dan panjang dapat kurangkan bebanan. Ini dibuat kerana kerajaan prihatin tentang masalah rakyat dan tidak mahu bebanan rakyat bertambah dengan sebab pihak melakukan kenaikan kadar yang boleh timbulkan masalah," katanya.
Beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga telah diarah supaya mengambil tindakan lebih tegas terhadap para peniaga yang menaikkan harga barang atau perkhidmatan mereka sewenang-wenangnya.
"KPDNKK mengambil langkah tegas bukan memantau tetapi bertindak terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Ini kerana ada kenyataan Hassan yang paling tak boleh blah tahun lepas yang kita semua masih ingat…

Rakyat Malaysia menyokong kenaikan harga berikutan kurangnya aduan yang dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kata Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek pada Jumaat.
"Kita tidak menerima apa-apa aduan. Rakyat tidak mengadu, ini bermakna terdapat sokongan. Kita tidak mengawal harga, tetapi pengguna yang mengawalnya," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen 'Kembali Ke Sekolah' AEON.
Macam ni statement Menteri? Akai ada ke?
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. nk buat camner?dh speis mengampu tahap gaban si hassan malik ni..bila kuar tv slalu bckp yg bangang2..keje tarakkk!

    BalasPadam