Khamis, 16 Januari 2014

Terlalu Lama..!


Memang betul..! bila nak tangkap si Lawrence tu?

IPOH 15 Jan. - Kerajaan diminta bertindak segera terhadap Pengarang The Herald, Lawrence Andrew yang berkeras mahu semua gereja Katolik di Selangor terus menggunakan kalimah Allah kerana tindakan itu melibatkan kesucian Allah dan agama Islam.

Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias berkata, sekarang adalah masa yang paling sesuai tindakan diambil kerana perbuatan Andrew jelas melanggar Perlembagaan Negara selain mampu menimbulkan kesan tidak elok pada negara.

"Kita telah berlembut dan berdiplomasi terlalu lama terhadap mereka, kita tidak boleh begitu kerana perkara tersebut melibatkan kesucian umat Islam, kesucian Allah dan melibatkan Perlembagaan.

"Sepatutnya isu yang melibatkan keselamatan, agama dan ketenteraman awam, kerajaan tidak boleh berlengah dan beri ruang masa terlalu lama kerana akhirnya beri kesan tidak elok kepada negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ceramah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) negeri Perak di sini hari ini.

Mohammad Kazim berkata, perbuatan yang dilakukan golongan berkenaan telah melanggar Perlembagaan dan tidak sewajarnya terus dibiarkan.

"Gunakanlah istilah God yang ada dalam Bible. Mengapa mahu menggunakan kalimah Allah dalam gereja dan ceramah mereka sedangkan sebelum ini amat jarang atau kekok untuk mereka menggunakan bahasa Melayu.

"Jangan pula ada orang Melayu khususnya ahli agama kita yang kata kenapa kita nak bising kerana ada pendapat kata 1,300 tahun sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW sudah ada yang mengguna kalimah Allah pada bangsa dan agama tertentu.

"Pada saya kedatangan Nabi Muhammad untuk membersihkan tauhid dan membetulkan semula keadaan yang tidak betul itu.

"Adakah mereka mahu mengikut zaman sebelum kedatangan Nabi Muhammad atau nak mengikut selepas kedatangan baginda," katanya.

Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Assalam Bro

    Masalahnya masih ada ke Telor pemimpin2 negara yang senyap membisu...

    BalasPadam
  2. Apa lagi yang hendak dipertimbangkan.
    Bersikap adillah.
    Kepada rakyat yang lebih ramai.
    Kan itu prinsip demokrasi.

    BalasPadam
  3. semalam saya ke masjid dengan hati yang bersih dan berjiwa ikhlas. katanya ada ceramah maulidur rasul. pada permulaan nya saya rasa puas penceramah bercerita kisah hidup nabi, sunnah nya, keluarga nya. tetapi lama mula koner skit dan saya dengar dengan jelas penceramah ini berkata bagi diri beliau dia suka kalau orang bukan islam guna kalimah Allah tak kisah terjemahan mereka macam mana. dia berceramah di dalam masjid yang penuh dengan jemaah bayangkan apakah yang menjadi pegangan jemaah selepas ceramah ini. disebelah pihak ulamak menyeru mempertahankan kalimah Allah tetapi disebelah lagi ada yang menyeru supaya tak usah kisah tidak akan berlaku dan tiada apa yang perlu dibimbangkan. apabila saya pulang saya terpikir apa yang sebenar nya berlaku didalam umat melayu sebenarnya. kesimpulan nya kita yang membina kita juga yang meruntuhkan nya dan pada ketika itu saya berfikir saya hanya perlu menjaga keluarga saya supaya tidak terpesong jauh dari pegangan ugama saya. mungkin ia tidak selari dengan islam tetapi itulah jalan terbaik yang masih ada untuk saya.

    BalasPadam
  4. Aku setuju denagn pandangan Ustaz Kazim, kerajaan pimpinan Najib terlalu berdiplomasi, terlalu lembut, terlalu bertoleransi ketahap yang rakyat telah jemu, mual dan fed up. Lagi lama Najib tunggu sebelum ambil tindakan keatas isu-isu yang melibatkan agama Islam dan kepentingan Melayu makin terhakislah sokongan Melayu kepada BN dan UMNO. Fed up...fed up....fed up.

    BalasPadam
  5. Saudara Anon 9.57am,

    Saya mahu kongsikan pengalaman mendengar ceramah yang diracuni dengan sentimen kebencian sesama Islam sekaligus menggalakkan perpecahan umat Islam.

    Ceramah Tok Guru Nik Aziz semasa kempen PRU13 di Putrajaya. Ceramah ini dihadiri tokoh-tokoh PR seperti Husam Musa, calon Parlimen Putrajaya, Nurul Izzah, "puteri reformasi Malaysia" gelaran yang diberi emcee majlis. Ceramah Nik Aziz merupakan aturcara terakhir malam itu kerana beliau dianggap tokoh penting dalam PR. Ceramahnya ditunggu-tunggu ramai. Tipikal PAS, pada mulanya ceramah Nik Aziz memang berkisar tentang Islam, Rasulullah SAW dll. Langsung takde unsur politik. Saya pun layan dengan tenangnya.

    Tapi tengah layan-layan, saya tersedar makin lama makin lain isinya ceramah Tok Guru ni. Islam ke mana, agama ke mana. Yang disebut pasal politik. Di akhir sekali, Tok Guru berdoa akan kemenangan PR dalam PRU13 disambut dengan laungan takbir berulang kali penyokong tegar PAS yang rata-rata bukan penduduk Putrajaya.

    Pengalaman lain mendengar khutbah Jumaat di Shah Alam. Apa yang boleh saya kata lebih baik tidur daripada dengar khutbah yang saling tak tumpah macam ceramah politik!

    BalasPadam
  6. Bukan najib saja yg lemah malah Yg dipertuan Agong sebagai ketua agama islam pun lemah dan tk reti nk buat keputusan dan beri arahan.Malaysia ni siapa punya sebenarnya? Org melayu islam ke atau org cina dan india kafir?

    BalasPadam