Ahad, 12 Januari 2014

HOT ~ Najib Dedahkan Kenapa Ramai Menterinya Lemah..!


Patut la kenapa ramai Menteri hari ni half past 6 @ tiga suku..! ada diantara Menteri yang kata..

"Kami sediakan jalan alternatif kepada mereka sedia bayar dengan kadar premium."Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya hari ini.
Ada pulak Menteri ayam kata..
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.
Menteri ni pulak kata..
















Majikan yang tidak bersetuju dengan kos RM110 bagi i-Kad, tidak perlu mengambil pekerja asing bekerja di syarikat mereka, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sampaikan Mufti pun sound kat Menteri supaya berambus..

Ada pulak yang terlebih pandai sampai sebok mengira..! teori mana dia dapat pun kita tak tahu..! mungkin dapat masa tidur dirumah orang tak..!!!

Ni semua kerana Menteri pekak badak ni beranggapan bahawa rakyat semua sama dungu macam dia..


Tapi jelas la kepada rakyat hari ini apabila Najib sendiri mengakui bahawa…

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata adalah tidak adil menyalahkan kerajaan semata-mata apabila berlaku kenaikan harga barangan.
Ini kerana, kata Perdana Menteri, kerajaan telah dan sedang melakukan pelbagai inisiatif dalam usaha mentransformasikan ekonomi negara bagi memastikan rakyat sentiasa menikmati kehidupan lebih baik.
Rupanya itu sahaja yang boleh diungkapkan oleh seorang yang berjawatan Perdana Menteri? dulu, apabila PM bersuara, selesai masaalah rakyat dan negara..! tapi kini makin teruk rupanya..! membela para Menteri tiga suku nya..! bukan membela rakyat yang utama..!
Baca bagaimana Najib membela para punahsihat@punaisihat theunspinners.disini
Fikir La Sendiri!!!

8 ulasan:

  1. Menteri Jenis tiada pelajaran Sain Politik dan Sain Kemasyarakatan memang kena Brandkan Cap AYAM TOGEL...Low Class punya YB..Semua cuma PENGAMPU PM. Kalau menteri macam tu saya pun boleh jadi Menteri, Ayam mahal makan ikan, kalau Ikan mahal jom ramai-ramai makan apa pulak....Jangan hairan kalau ramai rakyat miskin akan PERUT BUNCIT sebab terlalu banyak makan ikan yang mana perut rakyat penuh CACING KERAWIT sebab hari-hari makan ikan yang murah.....Bangang punya Menteri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak jadi menteri bukan hanya kelulusan yg di perlukan,kalau rasa layak eloklah masuk bertanding dulu mana-mana jawatan,kalau rasa Umno tak elok kau masuk PKR atau Pas.Cakap tak guna ,kena buktikan.Hentam org memang senang,ce cermin diri sendiri.

      Padam
  2. Ginilah ..menteri-menteri tu yang bengap ,....kurang memberangsangkan ..eloklah letak jawatan.Jadi bak pepatah dulu-dulu"ukurlah baju dibadan sendiri"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau pun kenalah ukur baju di badan sendiri juga,kalau tak mampu makan ayam,makanlah apa yg boleh saja,asal tak lapar.Kalau rasa nak makan lebih baik kuatkanlah kerja cari duit.Harga barang mahal,tapi ramai juga yg boleh makan makanan yg mahal-mahal,pakai pakaian yg mahal,beli kereta yg mahal-mahal,walau pun 'menteri bengap' yg kau suruh letak jawatan tu belum pun letak jawatan.Macam mana ye.

      Padam
  3. AKU SETUJU CADANGAN DATO' HASSAN MALEK. SEBAB. ITULAH AMALAN AKU SEJAK SEKIAN LAMA. AKU TAK PERNAH SUSAH WALAU KERJA SORANG. SEBAB. AKU PESAN KAT ISTERI. PERGI PASAR, TENGOK DULU. KALAU AYAM MAHAL BELI IKAN. KALAU IKAN MAHAL BELI AYAM. AYAM PU BUKAN SEPANJANG MASA MAHAL. BEGITU JUGA IKAN ATAU APA SAHAJA MAKANAN. YANG PERLU BIJAK IALAH KITA. FIKIR PAKAI AKAL BUKAN MULUT. SAPA KATA HASSAN MALEK BODOH. INILAH STRATEGI MENTALITI KELAS SATU DI BARAT. MEREKA BERANI BOIKOT AYAM KALAU AYAM MAHAL. BAGI MEREKA, TAKKAN MATI KALAU TAK MAKAN AYAM 2-3 HARI. TAPI DIMALAYSIA NI PELIK. KATA AYAM MAHAL TAPI YANG TULAH BERLUMBA-LUMBA PAKAT NAK BELI. TAKUT LAGI MAHAL. PUAK-PUAK BLOGER NI, KALAU DAH PANDAI SANGAT, BAGILAH STRATEGI HAMPA NAK KURANGKAN KOS. LAGI SEDIH. PUAK-PUAK YANG DOK DEMONSTRASI TU, LEPAS DEMO SURUH TURUN KOS HIDUP PI PULAK MAKAN KFC DAN MCDONALD. TIDOR KAT HOTEL. INILAH MANUSIA MUNAFIK. TERPEKIK TERLOLONG KATA RAKYAT SUSAH TAPI TAK PULAK JUAL KERETA-KERETA LEBIHAN KAT RUMAH MEREKA UNTUK JAMU MAKAN RAKYAT YANG KONONNYA DAH TAK MAKAN BERHARI-HARI. AKU PUN DAH NAIK MENYAMPAH DENGAN SESETENGAH BLOGGER YANG HANYA TAHU MENULIS IKUT RASA SAJA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku setuju benar dgn apa yg sdr tulis ni.

      Padam
  4. Kalau ayam dan ikan mahal,beli sayur kangkong aje.Atau tukar selera,makan sayur memang menjimatkan.Ramai yang akan bertukar ke menu makan sayur,harga sayur pulak melambung atas alasan,permintaan melebihi pasaran.Itulah peranan besar subsidi utk menjamin keperluan makanan seimbang harian rakyat berpendapatan rendah yang rata2 majoriti.Di samping itu,melancarkan kepelbagaian aktiviti ekonomi yang lain.

    BalasPadam
  5. Zaman krisis ekonomi 96-97,mengapa Tun Mahadtir tidak buat rasionalisasi subsidi.Sedangkan mantan PM nampak di depan mata.Masa beliau jadi PM,pengurangan subsidi hanya berlaku 1sen,2sen dan 5sen sahaja.inilah seorang mantan PM yang perihatin terhadap rakyat.Beliau tahu akan kesan buruk pada politik dan ekonomi,sekiranya tindakan yang drastik di ambil sama seperti saat ini.Langkah bijak beliau membuat penyusunan semula matawang ringgit atau kawalan modal.Ia adalah langkah berani dan luar biasa serta berjaya.Andaikata beliau mengambil tindakan rasionalisasi subsidi semasa beliau memerintah,di saat ini dan ketika ini,Anwar ibrahim tengah nyenyak tidur di mahligai Perdana menteri di putrajaya.Nak tarik skyjap2 subsidi tu boleh la dengan satu item.Ini semua item dan beransur2 melepaskan semua subsidi dengan hidup tanpa subsidi.Subsidi sangat sesuai utk situasi negara yang rakyatnya berpendapatan rendah dan sederhana rendah.Di masa yang sama dapat meningkatkan taraf hidup setelah membuka banyak peluang perniagaan dan pekerjaan.Padang subsidi nie sangat rata.Cuma perlukan banyak persaingan untuk mengurangkan kos hidup.Menarik minat banyak FDI.Faktor keselamatanpun ada di dalam pakej subsidi di dokong dengan undang2 EO dan ISA.Malaysia dalam kedudukan aman makmur dan sejahtera.

    BalasPadam