Jumaat, 17 Januari 2014

Bola Oh Bola..!


Tahun ni sekali lagi terjerit pekik tengok orang main bola di piala dunia..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak negara membuka kalendar 2014 dengan mengekalkan kedudukan ke-154 dalam ranking dunia, mengikut senarai Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), hari ini.

Kedudukan terbaru itu menyaksikan Malaysia setanding dengan beberapa negara lain seperti Guyana (151); Belize (152); Liechtenstein, Puerto Rico dan India (kesemuanya pada tangga 156) selain Nicaragua pada kedudukan ke-159 dunia.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turut kekal pada kedudukan ketujuh di belakang Filipina (127), Myanmar (129), Vietnam (143), Thailand (148), Singapura (149) dan Laos (153).

Di peringkat Asia, Malaysia kekal pada kedudukan ke-30 daripada 46 negara.    

Sementara itu, naib juara Piala Konfederasi 2013, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,507 mata manakala Jerman dan Argentina masing-masing mengekalkan kedudukan kedua dan ketiga terbaik dunia.

Jerman dan Agentina masing-masing mengumpul 1,318 mata dan 1,251 mata.

Kedudukan ranking FIFA itu melibatkan 209 negara. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan