Sabtu, 11 Januari 2014

Najib Tolong La Dengar..!


Sebenarnya bukan sahaja Tun M dan yang terbaru Tan Sri Khalid Ketua Polis Negara tetapi seluruh rakyat Malaysia yang sayangkan negara, yang mahukan jaminan keamanan dan kemakmuran hidup ini berkekalan didalam negara sebenarnya telah lama merindukan Akta Keselamatan Dalam Negeri @ ISA dikembalikan didalam pelaksanaan undang undang negara…!

Kenyataan Tun M dan Tan Sri Khalid merupakan satu manifestasi rakyat..! Najib tolong la dengar..!!!

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berharap agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan semula sebagai undang-undang yang akan menjamin keselamatan lebih baik untuk rakyat.
"Undang-undang semasa seperti SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012) adalah baik tetapi apa yang buruknya mempunyai undang-undang tambahan seperti ISA ini.
"Saya menyokong ISA dan mana-mana undang-undang yang boleh membantu polis dalam menjadikan negara ini lebih selamat," katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Jumaat.
"Saya seorang pegawai penguatkuasaan undang-undang ... sudah tentu saya akan mengharapkan undang-undang yang boleh membantu saya dalam menjalankan tugas.
"Bagaimanapun, saya mematuhi tujuan Parlimen dalam menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada. Dalam pada itu, saya juga berharap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) turut akan diperkenalkan tidak lama," katanya.
ISA dimansuhkan pada tahun lepas dan kumpulan terakhir lapan tahanan telah dibebaskan dari Pusat Tahanan Kamunting pada minggu lepas.
Sosma diperkenalkan tahun lepas bagi memastikan keselamatan awam dijamin.
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Kalau wujud kembali ISA tetapi takut nk tangkap dan sumbat diaorg ni pun tk guna juga.Apa yg penting KDN dan agensi2 dibwhnya diberi kuasa penuh utk menangkap dan dakwa di ISA tanpa petlu merujuk kpd PM.PRU14 makin lama makin dekat jgn lah kita lalai dan masih dibuai mimpi.Bertindak lah skrg kalau masih sygkan ugama,bangsa dan negara.Kami org melayu dah tkda tmpt lg yg boleh kami hijrah dan menetap jika negara diambil alih oleh kafir komunis. Datuk Najib tolonglah fikir2 kan mslh kami,datuk kaya dan boleh migrate mana2 negara di dunia ni tp kami ni mcm mana?

    BalasPadam