Selasa, 21 Januari 2014

Komunis Ni Menentang Agong..!


Ini kerja subversif..! ini kerja komunis..! peguam boleh berfahaman komunis..! boleh berfahaman menentang Yang Di Pertuan Agong..! Boleh dituduh menghasut rakyat menentang Agong..! Boleh mengajak rakyat menggulingkan Agong..! boleh mengajak rakyat menghuruharakan negara ni..! 

KDN tunggu apa lagi? Ini bukti GRED A la..!!!

Baca dan fahamkan isu ini…

"Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam. Oleh itu, negara ini tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan", kata si dangkal Perlembagaan, Edmund Bon. 

Sultan Kedah yang kini merupakan Yang Di-Pertuan Agong semalam memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 – mengatakan sesetengah perkataan termasuk kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam.

“Titah dan fatwa tidak boleh digunakan kepada bukan Islam kerana ia melanggar hak perundangan dan beragama mereka,” kata peguam Edmund Bon (gambar) kepada The Malaysian Insider, memetik kes pada 2009.

Kedangkalan Edmund dalam hal ini amat mengelirukan dan boleh menimbulkan kekacauan atas penafsiran Perlembagaan Persekutuan dari suduh yang tidak benar. 

KEDUDUKAN ISLAM di MALAYSIA

Haji Mahamad Naser bin Disa dalam kajian beliau telah menerangkan dengan jelas tentang kedudukan Islam di Malaysia dan salah tanggapan terutamanya oleh orang bukan Islam telah menyebabkan pelbagai kekeliruan yang semakin parah sekarang ini. Antara salah tanggapan terhadap kedudukan Islam adalah seperti berikut:


Salah tanggapan No. 1- Islam sekadar Agama rasmi.  


Ungkapan ini jauh tersasar dari kedudukan yang sebenar sebagaimana yang termaktub dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan – “ Islam is the religion of Federation...”   

Perkataan “rasmi” adalah sekadar tambahan, tetapi impaknya telah mengelirukan semua pihak dan membuat tanggapan yang salah mengenai kedudukan Islam di Negara ini hingga menjadi –“Malaysia adalah sebuah negara demokrasi sekular dengan Islam sebagai agama resmi.” Hakikatnya ketiga-tiga perkataan -demokrasi, sekular dan rasmi tidak wujud sama sekali dalam Perlembagaan. 

Banyak pihak yang berhujah bahawa ungkapan ini telah digunapakai dan “diterima” oleh banyak pihak sejak Negara mencapai kemerdekaan. 

Persoalannya di manakah keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang seandainya seandainya penerimaan yang tidak betul ini dibiarkan berterusan? Apa jadi kepada sumpah Agong di bawah perkara 37 Perlembagaan atas nama suci Allah? Hanya orang yang tidak mengenali dan beriman dengan Allah sahaja yang tergamak untuk menghilangkan ketinggian nilai sumpah Agong itu.

Pendekatan untuk menambah perkataan rasmi itu hanyalah suatu strategi politik ketika negara baru mencapai kemerdekaan dan berhadapan dengan darurat akibat dari ancaman komunis yang tidak percayakan tuhan. Bagi mengelakkan masyarakat bukan Islam dari terus menjauhkan diri dari menyertai pemerintahan Negara yang baru ini, maka pendekatan sedemikian dilakukan oleh ahli politik ketika itu. Namun begitu dalam suasana hari ini di mana agama Negara ini benar-benar mahu dihakis dan prinsip-prinsip demokrasi sekular sedang melanda dengan hebatnya dalam era globalisasi ini adakah perlu pendekatan sedemikian diteruskan? Berdasarkan fahaman yang tersasar ini pemikiran sekular terus menular dalam pemerintahan Negara. Prinsip dan ajaran Islam tidak mampu mengawal dan dan mengawasi aktiviti pemerintahan Negara sama ada dalam penggubalan dasar atau undang-undang.

Prinsip ajaran Islam tidak diberikan perhatian sewajarnya dalam penggubalan dasar ekonomi, pendidikan, sosial, budaya, serta lain-lain dasar yang pernah digubal. Apabila sahaja disebut tentang Islam, para pentadbir dengan petah dan secepat kilat menolaknya dengan dalihan “kita masyarakat majmuk”, “Islam tanggungjawab Negeri”. Lebih dahsyat dari itu ada yang mengeluarkan kata-kata yang boleh menjerumuskan kepada kemurtadan – “kalau kita ingin maju, agama perlu ditinggalkan! Sedangkan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah tertinggi Negara Dalam kes Lina Joy v Majlis agama Islam Wilayah Persekutuan & 1 Lagi [2007] 4 MLJ 585telah memberikan tafsiran yang lebih luas kepada Islam yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Islam itu bukan sahaja suatu himpunan dogma-dogma dan ritual-ritual tetapi ianya adalah juga suatu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian atau awam, perundangan, politik, ekonomi, sosial, budaya, moral atau kehakiman.  

Jelas bahawa Mahkamah tertinggi Negara telah mengubah tafsiran Islam yang sempit yang diberikan oleh Tun Mohd Salleh Abas dalam kes Che’ Omar kepada tafsiran yang luas . Akan tetapi kenapa umat Islam masih mahu berpegang kepada tafsiran sempit itu dan tidak mempedulikan tafsiran yang luas dalam kes Lina Joy.

Salah Tanggapan Ke 2 - Malaysia Negara Sekular 

Salah tanggapan mengenai hakikat kedudukan sebenar Islam sebagai Agama Negara menjadi penyumbang terbesar kepada kelangsungan hayat pemikiran sekular Barat di Negara ini. Faktor utama kepada pegangan sebegini berpunca daripada hakikat bahawa Perlembagaan Negara dirintis oleh sebuah suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid dengan dianggotai oleh hanya seorang hakim beragama Islam dari Pakistan. Namun begitu tidak ramai yang menyedari fungsi dan peranan Suruhanjaya ini yang pada hakikatnya hanya menyediakan laporan. Sebuah Jawatankuasa Kerja yang dikenali sebagai Jawatankuasa White Paper juga bertanggung jawab untuk mencadangkan pindaan-pindaa terakhir kepada cadangan Suruhanjaya Reid selaras dengan kehendak Raja-raja Melayu, pemimpin-pemimpin politik, pemerintah British bagi memuktamadkan Perlembagaan dalam proses menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. Jawatankuasa itu juga telah mengambil pendekatan menerima memorandum Perikatan untuk memasukkan prinsip Islam sebagai Agama Persekutuan “tetapi ia tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini”.  

Namun begitu perlu diberikan perhatian bahawa hanya Hakim Abdul Hamid dari Suruhanjaya Reid dan Jawatankuasa White Paper yang bersetuju menerima memorandum Perikatan untuk memasukkan – Islam sebagai Agama Persekutuan; tetapi ia tidak menafikan hak penganut agama lain untuk mempraktis agama mereka; dan “ia tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini”. Dari tiga cadangan dalam memorandum Perikatan berkaitan agama Negara itu, hanya 2 perkara sahaja yang telah diterima dan dipersetujui iaitu - Islam sebagai Agama Persekutuan; tetapi ia tidak menafikan hak penganut agama lain untuk mempraktis agama mereka; namun limb ketiga yang berbunyi “tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini” telah ditolak dan tidak dimasukkan dalam mana-mana bahagian dalam Perlembagaan. Dengan menggugurkan ayat ini perkataan “sekular” lenyap sama sekali dari Perlembagaan Persekutuan. Justeru warganegara Malaysia berkewajipan untuk menerima hakikat bahawa tiada sepatah pun perkataan “sekular” yang wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan. Persoalannya kenapa Malaysia masih dianggap sebagai negara sekular?  

Adakah hanya kerana ayat kedua dalam perkara 3(1) yang berbunyi “but other religion may be practiced in peace and harmony in any part of Malaysia” telah menukar pegangan negara dari Islam kepada sekular? Bukankah ajaran Islam itu sendiri memberikan kebebasan manusia yang tidak beriman untuk mengamalkan ajaran agama mereka tanpa dikenakan paksaan untuk menerima Islam atau dihalau dari masyarakat Islam? Ternyata limb kedua tersebut tidak sedikitpun mencacatkan pegangan Islam Negara ini. Pegangan bahawa Malaysia adalah Negara sekular boleh dianggap sebagai penghinaan ke pada undang-undang tertinggi negara.  

Kecelaruan sebegini terus dicengkam pengaruh pemikiran moden sekular Barat yang mendominasi pemikiran pewaris legasi penjajah British yang kononnya berpaksikan semangat nasionalisme. Ia ditambah pula dengan sikap simplistik umat Islam dan sebahagian ulama’ dan pendokong gerakan Islam yang mengambil jalan mudah ketika berhadapan dengan pendokong pemikiran sekular bahawa pemerintahan Negara ini terikat dengan legasi British termasuk pemikiran dan dasar pemerintahannya sekali. Lantas mereka mengambil kesimpulan simplistik –Malaysia Negara sekular, Perlembagaan Sekular, wajib ditegakkan Negara Islam.

Kedua-dua pendekatan di atas - mengikat pemikiran dengan pengaruh sekular barat dan pendekatan simplistik Perlembagaan sekular - pada hakikatnya telah mengetepikan sumpah Ketua Utama Negara – YDPA atas nama Allah dengan lafaz Wallahi; Wabillahi; Watallahi; untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Sumpah Baginda YDPA bukanlah sekadar satu upacara kerana ia diperuntukkan secara nyata dalam Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA mesti bersumpah dengan lafaz sedemikian yang terkandung dalam Jadual keempat Perlembagaan Persekutuan. Persoalan yang perlu diberikan perhatian juga tentang sumpah Agong itu adalah tentang kedudukan lafaz Wallahi; Wabillahi; Watallahi; yang bukan suatu lafaz yang hanya berbetuk upacara (ceremonial) sahaja sebaliknya ia adalah satu sumpah yang mengikat. 

Ada pihak yang cuba memberikan hujah mengelirukan dengan mengemukakan kes Che’ Omar Che’Soh yang sering digunakan oleh pengamal dan pelajar undang-undang dan sesetengah orang Islam kononnya Tun Salleh Abas pernah memutuskan Malaysia adalah negara sekular. Cerita ini amat mengelirukan sama sekali kerana Tun Salleh hanya mengatakan undang-undang yang sedang berkuat kuasa adalah undang-undang sekular dan bukannya negara ini negara sekular. Bahkan Tun Salleh memberikan pendapatnya dalam kes berkaitan hukuman mati sama ada bercanggah dengan Islam dan bukan isu sama ada negara ini Islam atau Negara sekular.  

Dalam isu ini Prof Dr. Abdul Aziz Bari berpendapat –  

Apa pun tanggapan kita terhadap kedudukan Islam dalam perlembagaan hari ini, suatu yang jelas ialah bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular. Meskipun pihak perikatan mendakwa sebaliknya, daripada segi konsepnya adalah ganjil untuk mengatakan bahawa negara ini sekular sedangkan dalam masa yang sama ada peruntukan mengenai agama dalam perlembagaan. Negara sekular yang sebenar tidak mengizinkan negara turut serta dalam membantu menegakkan agama atau mengizinkan wang pembayar cukai digunakan untuk tujuan-tujuan agama.

Salah tanggapan ke 3–Kedudukan Islam lebih rendah dari Perlembagaan. 

Perkara 4(1) Ketinggian Perlembagaan- tidak menafikan kedudukan Islam sebagai agama Negara, malah ia memartabatkan perkara 3(1) -Islam Agama Negara sebagai undang-undang tertinggi. Kenapa kita perlu menjunjung sistem dan prinsip Barat yang langsung tidak disebutkan dalam Perlembagaan sebagai sebahagian dari undang-undang tertinggi Negara? Sedangkan peruntukan yang jelas mengenai Islam sebagai Agama Negara itu adalah perkara yang pertama sekali disebutkan, dan diikrarkan oleh YDPA, dikesampingkan dan dipinggirkan hingga tidak dianggap sebagai undang-undang tertinggi? Terserlah lah sikap hipocracy kelompok sekular dalam menanggapi kedudukan Islam dalam perlembagaan mencecah ke tahap pembohongan yang amat besar dalam sejarah Malaysia moden. Justeru salah tanggapan ini perlu diperbetulkan. Islam sebagai Agama Negara mesti dihormati dan dipatuhi. Sebarang dasar dan undang-undang yang digubal mestilah tidak bercanggah dengan agama Negara dan memelihara ketinggiannya adalah menjadi kewajipan pemerintah.  

Kewajipan untuk memastikan segala aspek pemerintahan Negara perlu mematuhi prinsip agama Islam bukan sahaja berasaskan kepada kedudukan Islam sebagai agama negara, malah ia bertunjangkan kepada komitmen YDPA sebagai Ketua Utama Negara sebagaimana yang dilafazkan dalam sumpah baginda. Sumpah Agong yang perlu dilafazkan selaras dengan kehendak perkara 37 Perlembagaan Persekutuan adalah sepertimana yang dilakarkan dalam Jadual keempat Perlembagaan Persekutuan. 

Salah Tanggapan ke 4 - Hak Kesamarataan agama – Equality of Religion  

Walaupun Perlembagaan melarang diskriminasi atas dasar agama semata-mata, namun terdapat pelbagai pengecualian dalam hal kedudukan agama-agama.Mahkamah tertinggi Negara dalam banyak kes telah memutuskan bahawa Islam sebagai agama bagi persekutuan tidak sama dengan agama –agama lain. 

•“...kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berlainan daripada kedudukan agama-agama lain. Pertama, hanya Islam, sebagai satu agama, yang disebut dengan namanya dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu sebagai ‘agama bagi Persekutuan’... Perkara 3 Fasal (1). Tun Ahmad Fairuz dalam kes Lina Joy 

Agama-agama lain boleh diamalkan selagi ia tidak memecah keamanan, namun jika amalannya sudah menampakkan tanda-tanda tidak harmoni dan boleh memecah keamanan, maka amalan berkaitan perlu dihalang. Hak ikat ini perlu ditegaskan dan diterima oleh pemerintah dan semua rakyat Malaysia bahawa -Negara Malaysia beragama Islam, bukan sekadar “agama resminya Islam” (sbgmana yang seringdisalahtafsirkan) sebaliknya “agama Negara adalah Islam” - "Islam is the religion of Federation" art-3. Hanya Islam agama Negara, Malaysia bukanlah sebuah negara syirik yang menganuti berbagai agama. Malaysia bukan negara pluralisme yang mengiktiraf kebenaran agama-agama lain. Sumpah YDPA atas nama Allah jelas menunjukkan fahaman pluralisme tidak diterima dalam Perlembagaan. Agama-agama lain sekadar agama yang boleh diamalkan dan tiada kewajipan atas kerajaan untuk memelihara atau mempertahankan agama-agama lain.  

Justeru, perkara 12(2) Walaupun Perlembagaan Persekutuan membolehkan pertubuhan agama-agama menubuhkan institusi mereka sendiri, namun Kerajaan Negeri atau kerajaan Persekutuan hanya dibenarkan oleh perlembagaan untuk menubuhkan atau membantu menubuhkan apa-apa institusi berkaitan agama Islam.  

Suatu suruhanjaya yang dinamakan Suruhanjaya antara Agama (Inter-faith Commission-IFC) pernah dicadangkan penubuhannya sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang termasuk ke atas agama Islam.  

IFC bertindak dan berfungsi sebagai badan yang mendengar kes-kes berkaitan hak individu dalam mengamalkan kebebasan beragama. Mereka beranggapan kedudukan agama Islam adalah sama dengan agama-agama lain di sisi perlembagaan negara.

Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong 

YANG di-Pertuan Agung mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Fungsi sebagai Ketua Negara dapat dilihat dalam tiga cabang kerajaan, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Eksekutif

Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong. Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri.

Perundangan

Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa hanya Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa untuk memanggil, memberhenti dan menangguh persidangan Parlimen.



Kehakiman 

Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman. Antara Melantik Ketua Hakim Negara dan Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi). Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan boleh mengeluarkan Perisytiharan darurat apabila berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau negeri dalam keadaan terancam.

Tidak bersifat politik

Pada dasarnya, Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara berperanan sebagai “paying” atau pelindung kepada seluruh rakyat Malaysia. Perlembagaan negara memaktubkan dalam Perkara 32 bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara.  

Sebarang cubaan untuk menghina atau membangkitkan perasaan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong adalah dianggap sebagai perbuatan subversif berdasarkan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Demikian juga memperlekehkan titah atau ucapan baginda dalam apa-apa bentuk sekali pun termasuk dalam media sosial adalah satu kebiadaban dan penghinaan terhadap institusi raja di negara ini.  

Kesimpulan, institusi raja di negara ini mempunyai kedaulatan tersendiri mengikut kuasa yang ditetapkan Perlembagaan. Institusi Raja tidak bersifat politik kerana baginda adalah lambang perpaduan kepada semua rakyat. Rakyat seharusnya sedar bahawa taat setia kepada baginda adalah elemen kenegaraan yang sangat penting.

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Malaysia patut ada akta RUKUNEGARA.
    Siapa yg ingkar RUKUNEGARA ditarik kerakyatan mereka.

    BalasPadam
  2. Sokong, Bagaimana dengan KEBEBASAN BERAGAMA? Benarkah ia mengamalkan perkara ini... Fikir sedalam-dalam.

    BalasPadam
  3. CUBA KALAU MELAYU CAKAP MACAM TU MALAM TADI DAH KENA TANGKAP DAH. TU LAH MELAYU HINA DI TANAH SENDIRI.

    BalasPadam
  4. KALAU SALAH MESTI DAH KENA TANGKAP. " INI TAK SALAH LAA"

    BalasPadam