Sabtu, 11 Januari 2014

Giliran Jamil Khir Pulak Berambus..!


Nampak sangat ramai Menteri yang dilantik oleh Najib sekarang ni semua nya half past six..! dilantik kerana kawan lama..! dilantik kerana ada cerita lama..! perjuangan entah apa apa..!

Betul juga pendangan Mufti Harusani tu..! apa yang nak ditunggu? mahkamah dah buat keputusan..! ambil la tindakan..! Menteri cuma berani berkokok depan Najib jer..! keling bunting pun reti..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini membidas dan meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meletakkan jawatan sahaja sekiranya takut bertindak terhadap Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew dan mereka yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung larangan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam.

Beliau berkata, Andrew secara jelas telah mencabar keputusan Mahkamah Rayuan dan Yang di-Pertuan Agong apabila dengan megahnya menyatakan semua gereja Katolik di Selangor akan menggunakan kalimah Allah.

“Ini sudah mencabar mahkamah, bahkan mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong. Kenapa itu kita biarkan lagi. Saya tengok dalam televisyen malam tadi, menteri sendiri, Jamil Khir kata, jangan bising-bising, tunggu sahaja keputusan mahkamah.

“Mahkamah sudah buat keputusan, jadi apa lagi hendak tunggu? Kalau sebegitu lemah hendak jadi seorang menteri, saya kata letak jawatanlah," katanya dalam satu program bual bicara agama di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Perak pagi ini.

Dalam satu sidang akhbar selepas menutup Seminar Pengarah-pengarah Korporat Lembaga Tabung Haji (TH) kali ke-enam di Petaling Jaya, Selangor semalam, Jamil Khir meminta semua pihak mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu kalimah Allah.

Sehingga kini, tidak ada satu kenyataan tegas dibuat oleh Jamil Khir berhubung tindakan Andrew menghina keputusan mahkamah dan menderhaka kepada titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu kalimah Allah, sebaliknya beliau berulang kali hanya menyatakan agama adalah di bawah kuasa negeri.

Harussani juga meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap orang Melayu yang menghadiri perhimpunan solidariti penganut Kristian di sebuah gereja di Klang baru-baru ini kerana tindakan mereka itu seolah-olah menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

“Hari ini kita lihat apabila isu kalimah Allah ini timbul, Ada orang Melayu, pergi ke gereja di Klang, bawa bunga dan bersama-sama menyanyi. Jadi, orang Melayu menggalakkan benda itu dan sepatutnya orang itu ditangkap," katanya.

Menurut beliau, isu kalimah Allah bukan sesuatu yang baharu tetapi telah dibincangkan sejak 1980-an lagi dan sebuah pertubuhan Islam liberal antara yang memperjuangkan kalimah tersebut digunakan oleh bukan Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, Harussani berkata, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah minggu lalu adalah sah kerana mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 yang telah disahkan oleh kerajaan negeri dan diterima oleh raja.

Sebaliknya, kata beliau, dua arahan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada JAIS adalah tidak sah kerana beliau membatalkan perintah undang-undang dengan tidak membawa ke dalam sidang Dewan Undangan Negeri untuk dibatalkan.

“Ini satu penentangan terhadap raja sendiri dan perbuatan itu cukup tidak beradab. Ini kerana enakmen itu telah diperintahkan oleh sultan yang menjadi ketua agama dan Islam diletakkan di dalam Perlembagaan sebagai agama Malaysia," katanya.

7 ulasan:

  1. baguss...kalau tak reti...berhenti lagi baik.

    BalasPadam
  2. Sia2 je bekas tentera tp jiwa penakut.mana peginya sifat mempertahankan ugama bangsa dan negara?
    Dari
    Lt Kol Dr........

    BalasPadam
  3. Kebanyakkan Pak2 Menteri ni lembek2 blaka. Macam tak ada telor. Bukan aku tak suka UMNO, tapi aku tak suka dapat orang lembek2 macam nih.

    BalasPadam
  4. Kawan yg najib ada share betina pasti tidak akan diapa-apakan. Najib mengekalkan orgy seks menjadi orgy kuasa untuk menyamun.

    BalasPadam
  5. Salah sorang yang serupa patung di tingkap pasaraya. Terfikir jugak, apa lah sebenar kerja menteri ini? Apa kah misi dan visi beliau? Tak kan lah saban tahun kerja asyik naik turun ke Saudi urus pasal haji? Setiap tahun asyik dia jugak yang ikut bersama pergi haji. Tak kan tanpa beliau urusan haji tidak berjalan baik dan haji tidak sempurna? Saya rasa sudah cukup lah pegawai2 TH yang berpengalaman. Bila pulak PM /TPM atau Agong gi UMRAH, dia jugak lah pergi. Udah2 lah tu dato menteri. Bagi lah peluang pada orang lain atau tak payah pun pejabat menteri pergi urus operasi haji. Menghabis beras....banyak isu dan masalah perlu perhatian dan perjuangan bapak2 menteri....Harapan ramai pemerhati agar menteri ini berbuat sesuatu dalam ruang perundangan untuk henti paderi durjana ini dari terus provoke umat islam. Dan tidak mahu melihat menteri ini beraksi sibuk dalam musim haji akan datang. Jangan sampai tahap salah guna kedudukan pal menteri. Bila rakyat dah mula cakap, berdoa, tak selamat pak menteri di Tanah suci.

    BalasPadam
  6. Harussani percakapannya bercanggah. Apa kuasa Khir untuk menangkap orang? Khir sebenarnya bertindak betul. Pengharaman kalimat diarahkan oleh Sultan Selangor dan dikuatkuasakan oleh JAIS.
    Yang berkuasa menangkap Melayu yg berhimpun di gereja Klang ialah JAIS. Tapi kalau nak dakwa mereka ini, atas kesalahan apa? Harussani janganlah jadi pencetus provokasi dan menghasut. Itu bukan sifat seorang ulama.

    sri hartamas

    BalasPadam
  7. Aku tak masok belah Harussani....

    Aku lihat Harussani lebih SENSITIF dari yang lain2.....isu ada power tak da power adalah isu SECONDARY !

    Kalau rasa sensitif dianggap sebagai PROVOKASI maka itu adalah tidak ADIL dalam perbahasan ini.....

    Mufti Jaga makan minum, halal HARAM...tetapi MENTERI2 UMNO dah TAK Sensitif kerana banyak makanan SHUBHAH kerana penyalahgunaankuasa yang meluas...

    Chuba la tengok Contract perbelanjaan agency kerajaan...siapa kah penerima2 kontrak kalau bukan kawan2 ...

    Bila banyak yang shubhah, Allah mula tak pandang dah...Allah tarik sifat keberanian.. .....Allah mula berlepas tangan...

    Tengok muka Jamil KHir dengan misai tebal lebih nampak macham PENYAMON TARBOS DARI PEMBELA AGAMA Allah...

    Tak nampak macham orang ada DIVINE aspiration...kira wajah takda NUR !

    Tobat lah Hai Anak2 Adam dari perkara2 SHUBHAH...Allah will protect U..

    BalasPadam