Ahad, 5 Januari 2014

Pastikan Jalan Tanpa Tol Selesa..!


Syukur la Kerajaan masih ada pegangan yang kuat yang diamalkan selama ini. Kenyataan ini tak perlukan konSETAN..! Kenyataan ini pasti bukan dari kenyataan para punahsihat..!
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya komited dalam memastikan jalan tanpa tol, terutama jalan persekutuan, sentiasa dalam keadaan baik dan selesa untuk diguna.
Menterinya Datuk Fadillah Yusof berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk mewujudkan pelan tindakan jalan raya bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas untuk tempoh 17 tahun akan datang.
Menerusi Rancangan Malaysia ke-10 misalnya, kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM10.4 bilion untuk melaksanakan 470 projek memperluas, menaik taraf dan membina jalan baharu di seluruh negara, katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata untuk tahun ini, sebanyak RM1.07 bilion disediakan bagi menyelenggara jalan persekutuan sepanjang 17,550 kilometer.
Fadillah berkata demikian sebagai mengulas usaha kerajaan dalam mewujudkan jalan alternatif kepada pengguna jalan raya berikutan kemungkinan kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya tahun ini. 
Sementara itu Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Muhammad Sha'ani Abdullah berharap kerajaan mengkaji sistem lalu lintas terutama lampu isyarat yang turut memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesesakan. 
"Bagi menjamin kelancaran, ia perlu dilihat pada lokasinya, iaitu jika didapati lokasi atau persimpangan tertentu memiliki jumlah kenderaan yang kecil, maka lampu isyarat itu mungkin boleh dihapuskan atau dipercepatkan tempoh pertukaran lampu isyarat," katanya. 
Muhammad Sha'ani berkata Fomca juga berharap kerajaan mengenakan kadar yang berpatutan dan munasabah sekiranya kenaikan tol tidak dapat dielakkan. 
Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Pada hari sabtu (4.1.2014) saya ke Melaka dari KL melalui highway Seremban/ KL. Bila tiba Nilai, jalan jam. Masya Allah. Bila balik dari Tampin ke Rembau dan Seremban lalu ikut jln lama (tanpa tol). CUKUP SELESA, RELAX JE. Disyorkan kita lalu ikut jalan lama, tak perlu risau harga tol naik ke turun ke. Jangan peningkan kepala. Orang Malaysia terlalu manja. Tak boleh susah sikit, mula merunggut.

    BalasPadam
  2. Menteri kerjaraya tu org swk..so pastikan jalanraya utama swk d buat dgn bagus..tak lekuk sana sini, lobang sana sini..air bertakung tengah jalan....jalanraya jgn la tampal sani tampal sini esok da kopak..

    BalasPadam