Jumaat, 24 Januari 2014

Salah Ke Mukhriz Bercakap Benar..!


Apa yang salah dengan wawancara Mukhriz tempohari? Apakah isi kata kata Mukhriz itu salah? Mukhriz hanya meluahkan apa yang hangat dipasaran sekarang ini..! Mukhriz hanya bercakap tentang apa yang rakyat dan ahli UMNO rasakan sekarang ini..! Mukhriz hanya bercakap benar..!!!

Apa pulak salahnya? Kalau kenyataan Mukhriz seperti dibawah ni menjadi salah…apakah pulak yang betul? Apakah Mukhriz perlu membodek baru dianggap betul..! Apakah Mukhriz hanya perlu menyanyi yang sedap sedap baru tidak salah..! Apakah Mukhriz hanya perlu mendendangkan sesuatu yang palsu tapi seronok didengar oleh halwa telinga pemimpin bari dianggap betul?

Mukhriz bukan konSETAN yang dibayar 7.2 bilion..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar) menyuarakan kebimbangan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus mengambil pendekatan dasar “betul tapi tak popular” terutamanya dalam isu menangani masalah kenaikan kos sara hidup.
Menurut menteri besar Kedah itu, BN bakal berhadapan laluan sukar dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan terus meminggirkan suara dan kepentingan rakyat di mana akibatnya akan menyebabkan pengundi berasa kesal dengan tanggapan "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".
Katanya berdasarkan pencapaian dalam pilihan raya umum ke-13, BN hanya menang tipis dan gagal mendapatkan majoriti dua pertiga dan ini menunjukkan sebenarnya parti itu masih belum mendapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.
"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.
"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi dah jadi bubur," katanya dalam wawancaranya yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian versi Ahad Berita Minggu hari ini.
Biarpun Najib sebelum ini mempertahankan tindakannya menaikkan harga barang dan perkhidmatan sebagai tindakan yang tidak populis demi memastikan pembangunan negara, anak kepada bekas perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad, berpandangan sebaliknya.
Mukhriz, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, menyifatkan populariti sangat penting dalam pilihan raya dan tanpa unsur itu maka tidak mungkin calon atau parti boleh meraih undi.
"Tiada jaminan orang yang memberi nasihat itu bersikap ikhlas untuk membantu, kerana itu, BN perlu kreatif untuk menyelesaikan masalah rakyat, secara popular dan betul," katanya.
"Satu lagi ialah isu siapa mengatakan bahawa yang baik itu tidak popular. Kita kena cari satu penyelesaian sendiri, bukannya berdasarkan nasihat luar atau pihak yang ada kepentingan meragukan kerana kita lebih faham masalah sendiri.
"Betul dan popular itu bukannya suatu yang eksklusif, ia sebenarnya tidak menidakkan satu sama lain. Tetapi kena kaji mendalam, apakah penyelesaian itu," katanya. – 19 Januari, 2014.

7 ulasan:

  1. Sokong PANDANGAN DS Mukhriz MB Kedah 100%....DS M harus BERANI demi Rakyat....Jangan peduli puak - puak PENGAMPU...

    BalasPadam
  2. Bukan main lagi Mukriz Kojak nie, dulu time bapa dia, kalu cakap cam ini terus masuk jel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih baik dari bercakap benar dari asyik dok jadi barua parti 3 serangkai dok sibuk kondem kerajaan BN tapi satu apa takdak pun tarak tin kosong asyik dok tadah tin milo

      Padam
    2. yang kena masuk jel tu tindakan yg popular pada masa tu.

      Padam
  3. Ini politik dalaman UMNO. Kalau pandangan ikhlas diketepikan padahnya akan terjawab diPRU14.
    Ahli2 hanya diberi mandat untuk mengampu sahaja.Semua terpaksa menjadi YES BOSS. Mereka yg mengritik akan diketepikan.
    Apa sudahnya.
    Fikir2lah sendiri

    BalasPadam
  4. baru sorang yg bercakap betul....dah huru hara jadinye.....susah sgt ke nak terima pandangan yg betul....bila pentadbiran negara dah nak terbalik baru smua angkat bontot..panas la tu!!.....UMNOK..UMNOK...BN.....BN....apela nak jadi dgn kau org nie!!...sedih aku tgk!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, baru sorang bercakap dah ribut, tak salah beliau memberi pandangan yang tepat dan padat!! Well done Mukriz.

      Padam