Khamis, 30 April 2015

Tiada Tsunami..!



Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin sokongan kaum Melayu terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) masih utuh, sekaligus tidak akan berlaku "Tsunami Melayu" dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin dan Parlimen Permatang Pauh, minggu depan.

Beliau berkata hasil turun padang sepanjang kempen PRK Rompin, beliau mendapati masyarakat Melayu tetap memberi sokongan kepada UMNO dan BN walaupun masih ada beberapa isu yang perlu diatasi.

"Tiga hari saya di sini (Rompin), Insya-Allah, masyarakat Melayu termasuk di kampung masih lagi memberi sokongan kepada UMNO dan BN.

"Saya faham dan sedar terdapat beberapa rintihan dan permohonan daripada mereka yang masih tidak dapat ditunaikan, oleh itu kita akan terus membantu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan sara hidup peserta Projek Tanam Semula Felcra Berhad kawasan Anak Endau di Dewan Majlis Daerah Rompin di sini, Selasa.

Mohd Shafie mengulas tulisan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang meramalkan kononnya akan berlaku perubahan undi Melayu terhadap BN dalam PRK Parlimen Rompin pada 5 Mei dan PRK Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang pada 7 Mei.

Pada Isnin, Zainuddin dalam blognya berkata keputusan pada kedua-dua PRK itu bakal menjadi kayu pengukur sama ada akan berlakunya 'Tsunami Melayu' pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Dalam pada itu, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pengundi Rompin harus bijak membuat pilihan apabila tiba hari penentu pada 5 Mei ini dengan melihat kemampuan mentadbir kerajaan oleh BN berbanding PAS.

"Mereka (pengundi) perlu tahu apa yang kerajaan BN sudah serta sedang lakukan dan jangan terpedaya dengan isu-isu yang dijadikan umpan oleh pembangkang untuk meraih undi termasuk soal saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).

"Saya yakin pengurusan Felda sedang dan akan melakukan beberapa lagi langkah bagi memastikan masyarakat Felda terus terbela termasuk mendapat pulangan bagi pelaburan yang dilakukan oleh mereka," katanya.



Lu Fikir La Sendiri!!!

Shaziman Bakal..!


Sebelum ni kedengaran kuat mengatakan bahawa Dato Seri Shaziman Abu Mansor Ahli Parlimen Tampin yang juga bekas Menteri Kerjaraya akan mengambil tempat sebagai Pengerusi Prima. Namun  disebabkan kerja melobi yang begitu kuat oleh kaki lobi termasuk lobby hotel dan lobby parlimen maka PM telah memutuskan KSN menjawat jawatan tersebut.

Mungkin Najib mahu meredakan kemaruk pelobi yang mahukan orang itu dan ini yang semuanya terarah kepada para penjilat..! Najib yang dilihat dapat menghidu lebih awal telah pun menutup lobang 'syurga' tersebut agar para pengampu tidak terus bermimpi basah disiang hari..!

Najib tahu jawatan sebagai Pengerusi Prima bakal menyebabkan pak imam pun boleh kehilangan songkok haji..! Banyak tanah..! banyak kuasa  dan punca duit dari setiap inci yang berada didalam skop Prima..! cat rumah pun tak habis makan..!

Itu sebab Najib kali ini dilihat amat berhati hati..! 

Sebagai bekas Menteri yang berpengalaman disamping Shaziman juga di cop sebagai pemimpin marhaien yang lantang bercakap dan menegur kepimpinan maka beliau dilihat sebagai calon yang amat wajar menduduki kerusi panas tersebut..!

Siapa yang mengenali Shaziman tahu bahawa beliau tidak perlukan publisiti untuk menegur Najib dan barisan kepimpinan. Beliau berani mengatakan kebenaran walaupun pahit dan mampu membuatkan Najib merah telinga didalam majlis tertutup. Itu cara Shaziman..! Itu sebab nama Shaziman cukup dipersetujui di kalangan para pemimpin bagi menggantikan tempat arwah JJ.

Kebetulan jawatan tersebut merupakan lantikan politik..! Maka pastinya ramai yang mendoakan agar jawatan tersebut dikembalikan kepada orang politik..!

Seperkara lagi yang hangat diperkatakan kini ialah kehilangan penasihat kanan Najib..! Shaziman juga dikatakan bakal dilantik sebagai penasihat Najib bertaraf Menteri..!

Kalau ini benar maka seharusnya Najib perlu mengusahakannya segera..! Dikalangan rakyat dan pemerhati politik perlantikan Shaziman tentu akan membuahkan hasil yang amat baik demi kepentingan rakyat dan negara..!

Bagi para punahsihat pula tentu mereka merasakan kehadiran Shaziman akan menyebabkan segala macam retorik dan fatamorgana yang cuba dinyanyikan ke telinga Najib pasti akan di saring dan diteliti supaya tiada lagi keputusan flip flop dan tidak menguntungkan rakyat dan negara..!

Pastinya dengan pengalaman yang Shaziman miliki disamping keberanian dan kebijaksanaan  yang ada tentu beliau mampu menjadi pengimbang kepada kegelojohan dan kerakusan para punahsihat yang membejat dikeliling Najib selama ini..!

Apa yang rakyat mahukan ialah hasil yang menguntungkan..! bukan sahaja menguntungkan rakyat dan negara malah ianya turut menguntungkan parti dan kerajaan..!

Banyak dah kerosakan yang berlaku..! Banyak juga la kerja Shaziman nanti..!

Kita mendoakan dan kita yakin Shaziman boleh..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Jangan Buat Buat Tak Faham Pulak..!


Lu Fikir La Sendiri!!!

Barua La Katakan..!


Lu Fikir La Sendiri!!!

Rabu, 29 April 2015

PKR Dah Goyang..!


Dah tak mampu nak tahan ler tu..! Angin sokongan kepada calon BN semakin memuncak..! penolakan kepada Wan Azizah semakin ketara..! Kemenangan BN semakin hampir..! kekelahan PKR semakin tiba..!

Tu yang jadi samseng jalang...jalanan..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

Kenapa Tak Dari Dulu..!


Dasar bangsat..!

Kenapa tak semua banduan? kenapa tak masuk dalam manifesto pembangkang..!

Kecik kecik tak nak mamxxx..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

Isnin, 27 April 2015

Pengganas Ditahan..!


Alhamdulilah..syukur..! 

Terima kasih kepada pihak Polis yang terlebih dahulu bertindak dari pihak pengganas..!

Polis berjaya menggagalkan percubaan melakukan "huru-hara" dalam negara selepas menahan 12 orang dan merampas bahan letupan milik mereka, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.
Menurut ketua polis negara itu, 12 individu berkenaan ditahan di Ulu Langat, Kuala Lumpur dan bahan letupan turut dirampas dalam operasi diketuai polis cawangan khas.
"Syabas E8 Cawngan Khas @PDRMsia hari ni berjaya tangkap 12 orang di Ulu Langat/KL yang rancang huru-harakan negara.
"Bahan letupan dirampas. Go PDRM Go," tulis Khalid di akaun Twitter @KBAB51 hari ini. 
Kalau tidak..! Nauzubillah..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Sejak Bila Banduan Boleh Mengundi..!


Cukup cukup la..! Kerajaan pun jangan merelakan diri menjadi kuda bangsat puak haram jadah ni..!

Kelonggaran untuk menentukan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Mungkin SPR akan meneliti fasal-fasal yang akan memberi peluang kepada banduan untuk mengundi...tetapi setakat yang saya tahu, banduan tidak ada hak untuk mengundi.
Jika terdapat fasal untuk membenarkan banduan mengundi, saya pasti SPR akan menyediakan kertas undi untuk dihantar ke Penjara Sungai Buloh untuk individu itu mengundi," kata Zahid yang juga pengarah PRK Permatang Pauh.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar supaya memberi kelonggaran kepada bapanya untuk mengundi.
Sementara itu, Nurul Izzah berkata permintaan beliau itu sejajar dengan saranan Ahmad Zahid pada Julai 2013, bahawa kementerian sedang mengkaji mekanisme yang sesuai membolehkan banduan mengundi pada pilihan raya akan datang.
"Saya sambut baik saranan Menteri Dalam Negeri dan mencadangkan agar PRK Permatang Pauh dijadikan projek perintis kayu ukur, dengan membenarkan Anwar, yang kami tegaskan sebagai tahanan politik, mengundi pada 7 Mei nanti," katanya dalam sidang media berasingan.
Menurut Ahmad Zahid ketika itu, antara aspek yang perlu diteliti ialah mengenai undang-undang yang diperuntukkan di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membenarkan banduan mengundi.
Katanya, jika banduan yang telah tiga tahun dalam penjara atau dihukum penjara lebih daripada tiga tahun, mungkin perlu mekanisme sesuai untuk (membolehkan) mereka mengundi di kawasan penjara yang ditempatkan.
Lu Fikir La Sendiri!!!

ADUN PKR ~ Tendang PAS..!


Dah macam anjing kurap dah hamPAS hari ini..! Mana ler maruah puak ni..!

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib menyarankan Pakatan Rakyat (PR) menyingkirkan PAS sekiranya suara akar umbi gabungan tersebut mahukan sedemikian.
Menurut pemimpin PAS yang digantung itu, suara akar umbi dapat diketahui dengan membuat tinjauan menggunakan badan bebas untuk mengkaji situasi dalaman dan mampukah PR menang dalam pilihan raya akan datang.
"Untuk pastikan ia betul atau tidak (suara akar umbi) PR perlu membuat kajian secara menyeluruh melalui badan- badan bebas seperti Merdeka Center atau sebagainya.
"Kalau keputusan kata PAS elok keluar daripada PR maka hendaklah dibuang daripada PR dan satu keputusan tegas perlu dibuat Pakatan," katanya semasa berucap di konvensyen PasMa peringkat Selangor di Shah Alam hari ini.
Nasib seekor anjing kurap..! 
Lu Fikir La Sendiri!!!

PAS Dah Mengaku Kalah Di Rompin..!


Lebih baik jangan masuk..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahad, 26 April 2015

Semoga Rakyat Kita Semua Selamat..!


Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan dengan angka kematian meningkat kepada lebih 1,800 orang di Nepal, kebanyakannya di Kathmandu.

Manakala India pula melaporkan 51 kematian dan 10 cedera di Tibet susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 melanda kawasan Himalaya itu tengah hari semalam.

Gempa bumi itu yang menyebabkan runtuhan besar-besaran berhampiran kem 1 dan 2 Gunung Everest, setakat ini merekodkan 18 kematian.

Menurut pegawai Nepal, terdapat hampir 1,000 orang di kawasan gunung itu semasa gempa bumi itu berlaku pada kira-kira tengah hari (waktu tempatan) semalam.

Pusat Kaji Ukur Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi itu berlaku pada 11.56 pagi (2.56 petang waktu Malaysia).

Gempa pada awalnya dilaporkan berukuran 7.7 pada skala Richter sebelum dipinda kepada 7.5 dan kemudiannya dinaikkan kepada 7.8.

Setakat ini, 45 gempa susulan dilaporkan dengan ada antaranya berukuran 5 hingga 6 pada skala Richter.

Gempa bumi itu mengakibatkan kemusnahan besar-besaran harta benda dan juga merosakkan banyak mercu tanda bersejarah termasuk tapak warisan diiktiraf UNESCO seperti Menara Dharahara Tower dan Dataran Durbar. 

Bekalan elektrik, air dan rangkaian telekomunikasi dilaporkan mengalami gangguan semalam dan awal pagi ini talian komunikasi kembali pulih secara berperingkat di beberapa kawasan.

Pihak berkuasa di India dan Nepal berkata berlaku krisis kemanusiaan dengan kebanyakan penduduk di bandar raya terjejas masih belum dapat menerima hakikat kejadian bencana alam itu.

Penduduk  dilaporkan berada dalam keadaan tidak keruan dan kesedihan jelas terpancar pada wajah mereka yang kematian anggota keluarga dan rakan dengan angka kematian dijangka terus meningkat tatkala pasukan mencari dan menyelamat dilaporkan sudah sampai ke kawasan bukit lebih tinggi dengan Lembah Kathmandu dilaporkan paling teruk terjejas.

Susulan banyak maklumat dilaporkan tentang tahap kemusnahan, media tempatan di ibu negara Nepal pula memaparkan visual beribu-ribu penduduk bermalam di kawasan terbuka, dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran lebih banyak gempa susulan dijangka berlaku dalam 24 jam akan datang.

Pihak berkuasa India menghantar bantuan perubatan dan makanan manakala kira-kira 150 anggota Pasukan Respons Bencana Negara (NDRF) sudah berada di kawasan terjejas bagi membantu pasukan keselamatan Nepal yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat.

India turut menghantar kira-kira 40 doktor yang telah memulakan kerja dan mendirikan hospital lapangan dengan ribuan orang dilaporkan mengalami kecederaan teruk.

Awal pagi ini pada kira-kira 1 pagi, kumpulan pertama 102 warga India yang terkandas telah dibawa pulang ke Delhi menggunakan dua pesawat tentera.


Lu Fikir La Sendiri!!!

Pergghhh..!


Lu Fikir La Sendiri!!!

PAS Bersumpah Untuk Kekal Sebagai Barua..!


Sekali barua..! maka selamanya PAS tetap menjadi barua..!

Yang Dipertuanya, Omar Hassan menyifatkan kemelut yang melanda PAS kawasan itu dan PKR sebagai sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini.

BUKIT MERTAJAM: PAS kawasan Permatang Pauh yang sebelum ini bertegas tidak akan memberi sokongan kepada calon PKR jika mereka tidak menarik balik kenyataan tidak menyokong hudud membuat 'pusingan U' apabila melancarkan jentera pilihan raya mereka malam ini.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan menyifatkan kemelut yang melanda PAS kawasan itu dan PKR sebagai sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini. 

Lu Fikir La Sendiri!!!

Hassan Oh Hassan..!


Kadang kadang bila kita mendengar suara Menteri bercakap rasanya macam dia tak pernah study pun apa isu yang nak disampaikan..! Main boh ajer...!

Mula dulu bukan main lagi..!


Menyembur nyembur air liur..! Akhirnya...


Apakah Menteri ni tidak mendapat nasihat? Atau Menteri ni tak mahu terima nasihat? atau Menteri ni memang tak boleh lagi nak di nasihat? atau dah takde orang lagi dah nak nasihat..!!!

Tidak kah ini bukti bahawa pihak kerajaan gagal memahami kerenah dalam perlaksanaan GST? Bukti bahawa tiada contoh terbaik yang digunapakai dari negara yang sudah berjaya melaksanakan GST..!

Jadi selama ni mereka buat apa? apa faedah duit beratus juta yang dibelanjakan untuk penerangan, makmal, iklan dan pelbagai lagi?

Ini la kerisauan yang kita bangkitkan awal dulu bahawa pihak komunis liberal akan mengaut 2 keuntungan dari pelaksanaan GST..!

Pertama komunis liberal akan mengaut untung duit!

Keduanya komunis liberal mendapat keuntungan politik hasil dari kemarahan rakyat..!

Agak agak Hasan dan Mad Maslan faham tak perkara ni..!

APa pun tolong la jangan langgar lutut Menteri ni..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Alamak..!


Biar betul..!


Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 25 April 2015

Tun M Akui Kenang Jasa Tun Razak..!


Dilaporkan pagi tadi...

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan beliau berusaha menjadikan Najib Tun Abdul Razak sebagai perdana menteri kerana mengenangkan jasa ayahnya, Tun Razak Hussein.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Tun Razak telah membantu beliau dengan memberikan jawatan menteri penuh selepas pilihan raya umum pada 1974 dan kemudiannya menjadi timbalan perdana menteri sebelum dilantik sebagai perdana menteri.

Katanya, kerana itu beliau mengenang segala budi yang telah dibuat oleh Tun Razak dengan membalasnya kepada anak dan cucu-cicitnya.

"Tun Razak merupakan idola dan mentor saya. Dialah yang terima saya masuk balik dalam UMNO biarpun ada orang tidak puas hati.

"Tentulah saya berterima kasih dan terhutang budi kepada Tun Razak, bila kita terkenang budi maka kita kena membalasnya kepada anaknya dan cucu cicitnya.

"Saya berhempas-pulas letaknya sebagai perdana menteri sampai bergaduh dengan Pak Lah (Abdullah Badawi). Saya tulis surat kepada Pak Lah supaya letak anak Razak ini sebagai timbalannya.

"Hakikatnya saya hendak membalas budi Tun Razak kepada saya," katanya ketika berucap dalam program Bicara Negarawan di sini, hari ini.

Dalam program tersebut, Dr Mahathir terus membangkitkan isu yang menyelubungi pentadbiran Najib melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak berniat untuk menganiaya Najib yang merupakan pilihannya sendiri, tetapi menegaskan perlu menegakkan kebenaran biarpun ia satu perkara yang sukar untuk dilakukan.

"Tetapi walaupun kita sayang, kita harus juga ambil berat tentang apa yang berlaku. Kita tidak boleh sayang satu orang sampai dia bunuh orang pun kita kata okey; dia kawan saya. Ini tidak ada kena mengena dengan siapa-siapa, saya hanya beri contoh.

"Kalau kita sayang kepada isteri pun, kalau isteri melakukan jenayah yang dahsyat, kita tak bolehlah terima pasal dia isteri saya," katanya.

Sebagai seorang bekas perdana menteri, Dr Mahathir berkata mempunyai menyatakan teguran walaupun sukar untuk diterima sesetengah pihak.

"Jadi kita harus ingat kawan kita, saudara mara kita mesti lakukan yang betul, jadi kalau dia tidak betul.

"Kita terpaksa kata tak betul walaupun terlekat dalam dada nak kata sesuatu kepada kawan dan orang yang mana kita kata mendapat banyak nikmat, saya mendapat nikmat banyak daripada Tun Razak, saya tidak mahu buat aniaya kepada anak dia, saya nak bantu anak dia," katanya.

Dr Mahathir sekali lagi mengulangi gesaannya supaya Najib melepaskan jawatan bagi mengelak UMNO dan BN hilang kuasa.

"Saya berpendapat dengan skandal macam ini, soal Altantunya dan bermacam lagi, saya fikir kalau Najib memimpin Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang, kita akan kalah.

"Tidak ada skandal ini pun, prestasinya tidak begitu baik," katanya.

Sementara itu ketika menjawab persoalan siapa yang layak mengganti Najib, Dr Mahathir berkata secara tradisinya, jawatan itu akan diserahkan kepada timbalannya.

"Secara tradisi, timbalan dialah (Muhyiddin) akan naik dan saya yakin timbalan dia tak akan buat macam dia sebab dia tahu kalau dia buat juga, orang akan jatuhkan dia," katanya.



Lu Fikir La Sendiri!!!

Old Newspaper..!


Apa nak harap..! 


Keluarga tu juga ler..! 


Terpulang la kepada pengudi masih nak memilih kipas lipas ni ke atau calon muda BN..!


Rasanya...cukup cukup ler..!

BUKIT MERTAJAM: Kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh bermula dengan menyaksikan saingan empat penjuru bagi merebut kerusi panas itu.
Dua calon utama menawarkan diri bertanding ialah daripada Barisan Nasional (BN) iaitu Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Selain itu pilihan raya yang akan diadakan pada 7 Mei ini turut menyaksikan dua calon tampil menawarkan diri bertanding atas tiket Bebas.
Dua yang berkenaan ialah Azman Shah Othman dan Salleh Isahak.
Bagaimanapun Dr Abdullah Zawawi yang turut hadir ke Pusat Penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini menarik diri pada saat-saat akhir walaupun telah menyerahkan borang pencalonan sebagai calon Bebas.
Pengesahan pencalonan keempat-empat calon berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Parlimen Permatang Pauh, Jusni Ismail.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Jamil Khir Mana..!


Sejak bila pulak Ketua Pengarah boleh menjawab menyokong sesuatu perkara yang dibangkitkan oleh pembangkang..! Jawapan Ketua Pengarah tu betul atau tidak itu bukan urusan..! tapi dari sudut amalan ianya amat bertentangan dengan tatacara penjawat awam lebih lagi bersetuju dengan pandangan dari pihak pembangkang..!

Kalau begitu KSU, KP, Pengarah dan siapa jua boleh menjawab bersetuju dengan pihak pembangkang lepas ni..! haru ni..! Kenapa ta suruh mereka sahaja menjawab di Parlimen..!

Mana Menteri yang berkenaan..! Lama tak nampak? Tilawah Al Quran pun tak nampak?buasir ke?

Jakim sokong usaha PAS luaskan bidang kuasa mahkamah syariah 

Usaha PAS meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah dengan membawa rang undang-undang persendirian meminda Akta 355 ke Parlimen disokong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata ketua pengarahnya, Datuk Othman Mustapha.
Othman berkata, usaha meminda peruntukan hukuman di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 itu kepada satu kadar yang dibenarkan syarak sudah lama diperjuangkan Jakim.
Cacamarba la perkhidmatan awam macam ni..!

Kan dah termaktub kuasa kuasa tertentu yang diperuntukan kepada penjawat awam..! Yang dijawab ni adalah bidang kuasa Menteri..! Atau Menteri main selamat menyuruh KP nya bercakap..! cakap..! cakap..!

Kalau gitu Menteri buat apa..!

Buat buat bodoh atau memang bodoh..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Bebal & hamPAS Bagai Tidak Boleh Di Pisahkan..!


Apa punya kenyataan puak hamPAS ni..! dah takde modal la tu..! Tuan Ibrahim ni macam menghina Kelantan pulak..! Masa di Pengkalan Kubor dia kata perjuangan PAS bukan mengejar pembangunan kebendaan tapi pembangunan rohani..! banyak kau punya rohani..! 

Tup tup kat Rompin...nyanyi lagu pembangunan pulak..! Cuba tanya dikawasan pilihanraya Tuan Ibrahim tu sendiri...pembangunan apa yang dia bawa? cuba lihat kawasan yang diwakili oleh pembangkang..berapa juta peruntukan untuk pembangunan yang dibangunka setahun? sepenggal? nak selesai masaalah longkang pun tak mampu..! pigidah..!

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin menyangkal dakwaan PAS bahawa beliau gagal membangunkan Rompin semasa memegang jawatan sebagai timbalan menteri besar Pahang dan wakil rakyat di Tioman dan Bukit Ibam.
"Semasa jadi wakil rakyat saya habiskan masa untuk bangunkan Rompin. Jadi saya ingat hanya orang Rompin yang lebih tahu.
"Kalau rekod saya tak bagus mungkin dah dengar sana sini bercerita tentang saya. Tapi alhamdulillah belum dengar lagilah," katanya selepas menghadiri persidangan Umno Cawangan Selendang 1 di sini, Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa Rompin sebagai sebuah daerah terbiar walaupun calon BN pada waktu itu adalah timbalan menteri besar Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman dan Bukit Ibam.
Hasan yang juga Pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin berkata, semasa beliau menjawat jawatan timbalan menteri besar Pahang antara sumbangan yang dilakukannya adalah menukar sistem saham ke konsep hak milik (geran tanah).
"Proses menukar sistem saham ke sistem hak milik (geran tanah) bukan satu perkara mudah. Semua dah saya lakukan semasa jadi wakil rakyat suatu ketika dulu," katanya.
Beliau berkata antara tanah rancangan Felda yang berjaya ditukarkan dengan sistem hak milik adalah Felda Selendang 1, Felda Selancar 3 dan Felda Keratong 6.
Justeru itu, beliau meminta pengundi terutamanya golongan peneroka agar berfikir terbuka dan terus memilih BN bagi membolehkan kerajaan melakukan lebih banyak pembangunan di kawasan Parlimen itu.
"Selalunya di kampung-kampung hanya ada balai raya tapi dekat Felda kita dapat lihat dewan seperti ini. Yang penting generasi pertama diberi asas ekonomi yang baik dan kita lihat banyak perubahan hasil kestabilan peneroka.
"Ekonomi mereka diurus dengan baik... boleh hantar anak belajar dengan sempurna. Tapi itulah yang jarang dilihat masyarakat... sumbangan yang dilakukan Felda," katanya.
Berhenti bercakap la puak hamPAS ni..! lain audien lain cerita..! depan belakang sama sahaja..! bercakap macam pakai ky jelly..! ajaran anwar la tu..!
Bakal Timbalan Presiden hamPAS tu..!
Lu Fikir La Sendrii!!!

Wisma Putra Boleh Sekolahkan Duta Ni Tak..!


Bercakap kerana nak menyampaikan sesuatu..! bukan kerana suka nak bercakap..! Besar bezanya tu..! Lebih lagi kalau yang suka nak bercakap tu orang berjawatan..! Lagi besar jawatan lagi besar la kesannya..! Mulut besar pun yer tu..!

Najib golongan berdarjat dan bangsawan, Zahrain jawab majalah Indonesia 

Malaysia akan memberikan penjelasan kepada majalah mingguan Indonesia berhubung laporannya yang mendedahkan 'gaya hidup mewah' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, lapor Utusan Malaysia hari ini.
Memetik kenyataan Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, pihaknya mahu berjumpa dengan editorial Tempo bagi menjelaskan isu itu yang disifatkannya sebagai tidak tepat.
Zahrain yang juga bekas pemimpin PKR itu berkata, gaya perbelanjaan Najib tidak perlu dipertikaikan kerana beliau sememangnya berasal daripada keturunan kelas tinggi.
"Perdana menteri daripada keturunan berdarjat dan bangsawan. Perbelanjaan dan penghidupannya tidak jadi masalah jika mampu.
"Yang jadi masalah ialah jika terlibat dengan korupsi, penyelewengan dan sebagainya," katanya dipetik Utusan Malaysia.
Ingat buat buat bodoh..! buka mulut CONFIRM bodoh..!

Nak salahkan Wisma Putra pun tak boleh kerana dia ni bukan dalam senarai mereka untuk dijadikan duta..! entah mana longkang dia datang..! yang jelas mulut longkang..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Jumaat, 24 April 2015

Letusan Gunung Berapi..!


Puerto Montt, Chile A volcano in southern Chile has erupted twice, sending up vast clouds of ash that have grounded flights and raised fears over contaminated water and the risk of respiratory illnesses Photograph: Alex Vidal Brecas/EPA

Lu Fikir La Sendiri!!!

Mad Sabu & Mujahid Kena Ludah..!


Alamak..!

Permatang Pauh: PAS Permatang Pauh bertindak memutuskan kerjasama dengan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohamad Sabu dan timbalannya Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, sebaliknya hanya akur keputusan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai soal kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, mereka masih mengekalkan keputusan Mesyuarat Agung PAS Permatang Pauh sebelum ini yang mendesak PKR meminta maaf dan menarik balik kenyataan berhubung hudud.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Dewan Pemuda PAS (DPP) serta Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang yang menyokong usul mereka menuntut PKR meminta maaf dan menolak kerjasama dengan Mat Sabu dan Mujahid.

“Buat apa kita nak dengar kata Mujahid? PAS Bukit Gelugor pun hanya ditubuhkan untuk memberi laluan kepada dia untuk menjadi Yang Dipertua kawasan berkenaan.

“Kami hanya akan mendengar nasihat daripada Presiden PAS, DPP negeri dan Dewan Muslimat negeri kerana mereka faham isi hati akar umbi,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Permatang Pauh, di sini, malam kelmarin.

Omar berkata, dia kecewa dengan kenyataan pimpinan PKR sebelum ini mendakwa isu hudud tidak perlu timbul dan tidak perlu diperbesarkan berbanding isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, PAS bukan hanya memperjuangkan hudud kepada penduduk Permatang Pauh dan pada PRK kali ini semata-mata, sebaliknya hukum itu diperjuangkan mereka sejak dahulu lagi.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Nazir Razak Ulas Isu 1MDB..!


Apa katanya..!

Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak lebih cepat isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diselesaikan, lebih baik untuk rakyat.

“Kita perlu tinggalkan isu yang amat besar ini di belakang.


“Keseluruhan isu 1MDB ini, lebih cepat ia diselesaikan, lebih baik untuk semua orang.

“Apabila isu itu tidak diselesaikan, orang ramai akan terus jangkakan perkara lebih buruk,” katanya.

Ditemui pemberita dalam acara sampingan di forum Invest Malaysia 2015 di Kuala Lumpur hari ini, Nazir juga menyuarakan kekesalannya terhadap kegagalan 1MDB hadir dalam acara itu.

Beliau berkata tidak tahu sebab di sebaliknya.

Sebelum ni Nazir menggemparkan dunia maya apabila mengeluarkan kenyataan dan gambar di akaun instagram miliknya...


Macam macam sekarang ni..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Nasib 21 Pelajar Malaysia..!

  • Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia (RNRMU)Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia (RNRMU)

    •  1 / 1 
      KUALA LUMPUR - Seramai 21 pelajar Malaysia di Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia (RNRMU), Moscow terlibat dalam kebakaran asrama pelajar.

      Menurut Wisma Putra, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

      "Daripada jumlah 21 orang ini, tujuh pelajar masih menerima rawatan akibat keracunan karbon monoksid dan terbakar sementara yang lain menerima rawatan
      pesakit luar," kata kenyataan Wisma Putra hari ini.

      Nama tujuh pelajar tersebut ialah Mohannan Pattu, Pavin Raaj Selva Kumar, Praveena Sunthar Raj, Chen Wei Jun, Naveen Anbalakan, Zainal Nastaiin dan
      Sharath Raj.

      Kedutaan Malaysia di Moscow melaporkan kebakaran berlaku pada pukul 11.30 malam tadi (zon masa Moscow).

      "Para pegawai kedutaan kita telah melawat pelajar berkenaan. Mereka sedang bekerjsama dengan pihak berkuasa universiti untuk memberi penempatan sementara
      kepada pelajar terbabit," kata Wisma Putra. - Bernama

      Mudah mudahan mereka semuanya selamat..!

      Amin

      Lu Fikir La Sendiri!!!

      Bila Nak Panggil..!



      PAC dan Audit Negara kena panggil cina ni..!


      Lu Fikir La Sendiri!!!

      Mengarut Ler Pemuda..!


      Masa diumumkan calon PRK Rompin, maka timbul pelbagai kata kata sinis yang cuba mengaitkan calon tersebut sebagai calon surat khabar lama..! retorik transformasi..! pemuda diketepikan dan pelbagai lagi sindiran atas ketidakpuasan hati golongan muda atas keputusan tersebut..!

      Namun selepas diumumkan calon muda di PRK Permatang Pauh...jelas suara suara sumbang yang hangat dan cepat kedengaran sebelumnya begitu lambat untuk berterima kasih dan memberi respond..! kenapa? reti la berterima kasih dan buktikan bahawa golongan muda memang perlu dan diperlukan dalam mendominasi arah tuju politik tanahair..! Buat kerja..!

      Rupanya yang menjadi isu ialah berita yang mengatakan bahawa ada sekelompok pemuda yang didakwa cuba menjatuhkan Najib..! tak tahu nak ketawa atau menangis..! Pemuda mana yang hebat sangat tu?

      Pemuda hari ini bukannya pemuda zaman Jaafar Albar..! Dato Harun..! Zaman pemuda Hussien Onn..! Apa yang nak diharap dengan pemuda berzumba zumba hari ini..! Seorang EXCO pemuda yang juga KP Bahagian di WP pun masih sebok dengan kereta ferrari nya pada malam sebelum penamaan calon PRK Rompin di Damas KL malam itu hari..! Nak berjuang apa..! Bab ni kita bongkar lain kali..!


      Apa yang sebok dengan hal yang berlaku antara Tun M dengan Najib hari ini..! pergi tolong Wanita UMNO buat kerja menarik pengundi lagi baik..!

      Tak pun pergi la melalak depan kedutaan Indonesia dengan mendesak majalah Tempo untuk menarik balik artikel mereka..!


      Atau minta Wisma Putra memanggil balik Duta Malaysia di Indonesia agar diberikan kursus bagaimana menjawab isu isu besar yang menyentuh integriti dan kedaulatan negara serta pemimpin..! Jangan ikut buih mulut jer nak bercakap..! Duta mewakili negara..! bukan dalam majlis parti PKR lalu melompat keluar..!

      Itu pun kalau Pemuda reti dan faham ler..!

      Lu Fikir La Sendiri!!!