Selasa, 14 April 2015

DAP Mesir..! Astagfirullahalazim...



Hubaya hubaya umat Islam..!
Baca dan fahamkan..!

Terkejut saya apabila mendapat berita seorang anak Melayu yang juga bekas pelajar Universiti Al-Azhar Mesir menjadi pengiring rombongan pemimpin DAP ke Mesir dan Jordan.
Menurut status yang dimuatnaik di laman facebook DAP Mesir, rombongan pemimpin parti cauvinis itu akan berada di Mesir untuk menziarahi mahasiswa bumi anbiya’ itu sebelum berangkat ke Jordan, juga untuk bersama dengan mahasiswa Malaysia di sana.
Semalam Ahli Parlimen DAP Zairil Khir Johari pula berkongsi gambarnya bersama Steven Sim dan Teresa Kok ketika berada di Amman, Jordan.
Apa yang mengejutkan saya adalah dua perkara. Pertama, bagaimana Zahid M Naser, bekas pelajar Universiti Al-Azhar dan juga ahli pertubuhan Ikram (mungkin dia telah keluar Ikram) boleh menjadi pengiring atau pembuka jalan bagi pimpinan DAP untuk mendekati pelajar Malaysia di Mesir dan Jordan.
Kita sedia maklum, strategi DAP yang terbaru ialah ‘memperalatkan’ anak muda Melayu dalam kempen-kempen mereka.
DAP kini ‘memiliki’ Rara dan Dyana Sofya, sudah tentu mereka juga ingin ‘memiliki’ ustaz dan ustazah lepasan Timur Tengah yang boleh mengeluarkan pandangan dan fatwa yang boleh mengelirukan orang awam bagi menjayakan agenda jahat mereka.
Laman web Ikram menggelar Zahid M Naser sebagai Ustaz Zahid Naser dalam satu laporan berita.
Laman web Ikram menggelar Zahid M Naser sebagai Ustaz Zahid Naser dalam satu laporan berita. (Rujukan: Klik gambar)
Terkejut juga apabila mengenangkan Zahid M Naser yang mengikuti sistem pengajian Al-Azhar di Fakulti Usuluddin sekurang-kurangnya selama 4 tahun, diberi kepercayaan menjadi kakitangan The Rocket malah boleh duduk semeja dan berselfie bersama Lim Kit Siang sebelum menaiki penerbangan ke Mesir dan Jordan.
Saya sepatutnya tidak perlu terkejut kerana sebelum ini pun DAP telah ‘memukau’ dan ‘memperalatkan’ anak-anak Melayu yang tidak berprinsip dan hilang jati diri untuk menyertai kem mereka menentang kem Melayu dan Islam.
Kedua, saya terkejut jika DAP mendapat ruang untuk bertemu dan beramah mesra dengan pelajar Malaysia di Mesir dan Jordan. Hal ini kerana majoriti pelajar Malaysia yang menyambung pengajian di sana adalah berbangsa Melayu.
Tiada pendekatan lain yang akan digunakan melainkan memanfaatkan keberadaan kumpulan atau persatuan pelajar yang sedia ada di sana.
Mustahil DAP mengadakan pertemuan melalui jalan rasmi iaitu Kedutaan Malaysia di Mesir dan Jordan mahupun melalui pejabat Education Malaysia Egypt (EME) dan Education Malaysia Jordan (EMJ). DAP juga mustahil menggunakan jalan persatuan pelajar terkenal seperti PMRAM dan PERMAYA/MPMMJ yang umumnya lebih cenderung kepada kumpulan ulama PAS.
Tanpa sebarang bukti, saya hanya mengandaikan sekiranya pertemuan bersama pelajar berjaya dilakukan, ia adalah melalui pintu Zahid M Naser dan anak buahnya dalam jemaah Ikram. Mungkin inilah satu-satunya cara untuk menganjurkan pertemuan tersebut.
"Mahasiswa jangan lepaskan peluang keemasan ini." Mungkin pemimpin kiasu ini dibawa berjumpa siswa Jordan melalui Zahid M Naser dan anak buah Ikramnya.
“Mahasiswa jangan lepaskan peluang keemasan ini.” Mungkin pemimpin kiasu ini dibawa berjumpa siswa Jordan melalui Zahid M Naser dan anak buah Ikramnya.
Jika pertemuan ini berjaya dilakukan, kita hanya mampu mendoakan agar pelajar-pelajar itu tidak terpengaruh dengan dakyah songsang DAP.
Keberadaan pemimpin DAP di Mesir dan Jordan bukanlah satu perkara yang ditakuti. Mereka bebas untuk pergi belajar, menghadiri seminar, mengadakan mesyuarat mahupun untuk melancong.
Akan tetapi, apa yang dimuatnaik dalam laman facebook Zahid M Naser dan facebook DAP Mesir cukup merisaukan kerana ia mengisyaratkan bahawa DAP mula mensasarkan pelajar Melayu di Timur Tengah menggunakan ‘pintu’ Ikram, supaya bakal ustaz dan ustazah menjadi ‘alat’ mereka berdepan dengan masyarakat Melayu yang masih berpegang kuat dengan ajaran Islam dan jati diri Melayu di Malaysia.
Berikut adalah nasihat saya khusus untuk Zahid M Naser:
نصيحتي لزاهد م ناصر: عد إلى فطرتك الأصيلة وتب إلى الله توبة نصوحا وتعلم الإسلام الصحيح الذي وجدته في القرأن الكريم والحديث النبوي والسيرة العطرة واعمل للإسلام من طريق جماعة المسلمين وليس من طريق جماعة الكفار مثل دي إيه بي وغيرها.
Mohd Firdaus Salleh Hudin
Pengarang ISMAweb.net
Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Orang berpelajaran tinggi lagi senang ditipu...apadahal!!????...tambah pakai duit melopong la yob!!!

    BalasPadam
  2. Benarlah seperti firman Allah... Kafir tidak akan senang hati selagi Islam tidak dihancurkan.“Kamu melihat kebanyakan dari mereka tolong-menolong dengan orang-orang yang kafir (musyrik). Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaan Allah kepada mereka; dan mereka akan kekal dalam seksaan. Sekiranya mereka beriman kepada Allah, kepada Nabi (Musa) dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (Nabi), nescaya mereka tidak akan mengambil orang-orang musyrikin itu menjadi penolong-penolong, tapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang yang fasik” [Al-Maidah (5):80-81].

    BalasPadam
  3. Majoriti budak lepasan universiti pak arab adalah pembangkang kerajaan walaupun telah dikutip dan bekerja dlm kerajaan bn..

    BalasPadam
  4. Lagi nasihat buat Zahid Nasir.Al quran surah al baqarah:120: Wallantardho ankalyahud wallan nasoro hatta tattabi a millatahumh Ayat ini sebenar nya tak dituju kan kepada semua yahudi dan nasara.Tapi DAP tak diragukan jenis nasara yg di maksud kan.Kamu telah membelakangkan kan perintah Allah,So tunggu aja akibat nya di sana nanti! Bertaubat lah! Kembali lah ke pangkal jalan sebelum ajal menjemput kita.

    BalasPadam